27 February 2016

Book Review 2016 # 41 - The Keeper

Tittle: The Keeper
Author: John Lescroart
Reading Duration: 1 day


buku ni den beli kat bookXcess, sampai nye lame dah tapi disebabkan orang Pos Laju malas nak naek tingkat 3, dye tinggalkan note jer suh p amek kat Brikfields.. maka nye ari sabtu lepas sebelum g dobi den g lah amek buku ni.. balik umah terus den start baca.. tengah malam den dah abis baca.. cepat kan? sebab den suka jalan ceritanya..

cite nye bermula bila Hal Chase balik dari airport dan mendapati isterinya Katie telah hilang dari rumah tetapi anak-anak mereka tidur didalam bilik.. ditambah dengan kesan darah dibahagian dapur makin membuat Hal Chase bimbang..

selepas lima hari hilang tanpa kesan, pihak polis telah menukar status kes daripada "Missing Person" kepada "Homicide" walaupon status Katie masih belum terjawab.. dek kerana itu Hal telah membuat keputusan untuk melantik seorang peguam iaitu Hardy Dismas bagi mengelakkan masalah pada hari mendatang.. ini juga kerana Hal telah menjadi suspek utama dalam kes kehilangan Katie.. 

Hardy telah meminta pertolongan seorang pesara polis homicide iaitu Abe Glitsky bagi menolong beliau dalam menyelesaikan misteri kehilangan Katie.. pada mulanya seperti pihak polis betol tentang Hal Chase telah membunuh isterinya sendiri kerana rumahtangga mereka bermasalah dan ditambah pula dengan jumlah insurans diatas nama Katie sangat tinggi.. 

tugas Abe ialah untuk mencari Katie, dan untuk mencari suspek lain sekiranya ade termasuklah Patti Orosco, seorang dara kaya dan bernahaya, juga merupakan bekas kekasih Hal Chase, bekas kekasih misteri Katie, ibu tiri Hal Chase iaitu Ruth yang geram kepada Katie kerana menghalang Ruth daripada berjumpa cucnya.. semakin jaoh siasatan Abe, beliau mendapati terdapat kejadian banduan mati mengejut ditempat kerja Hal iaitu penjara San Francisco.. inimenambahkan lagi persoalan kepada kehilangan Katie..

apabila mayat Katie dijumpai hanya tiga blok dari kediaman Hal dan Katie, pihak homicide terus menahan Hal dan menempatkan beliau dipenjara yang menjadi tempat kerjanya.. penjara yang penuh dengan rahsia yang dia sendiri tahu..

dapatkah Abe mencari pembunuh sebenar? adakah Hal tidak mempunyai kaitan dengan kematian Katie? ending sangat-sangat memberikan kejutan dan sangat-sangat tidak disangka..

p/s: den sangat-sangat recommend buku ni! tak rugi den beli kat bookXcess walaupon harga shipping nye kadang-kadang rasa macam tak berbaloi..

22 February 2016

Book Review 2016 # 40 - Inkdeath (Inkworld # 3)

Title: Inkdeath
Author: Cornelia Funke
Reading Duration: 3 day


Inkdeath merupakan series ketiga dalam Inkheart Trilogy

selepas dilepaskan dari tawanan Adderhead, Mo, Resa dan Megie tinggal disebuah rumah ladang yang ditinggalkan jaoh daripada Ombra.. walaupon begitu mereka tetap dikawal oleh orang-orang Black Prince.. watak Bluejay seperti telah menyerap ke dalam diri Mo, dan Mo seringkali turut serta dalam misi Black Prince..

kini Ombra menjadi semakin huru-hara dan semua watak ciptaan Fegnolia seperti tidak boleh dikawal lagi, walaupon dari pencipta nya sendiri.. ditambah pula dek campur tangan dari Orpheus yang sering menulis dan membaca sesuatu demi kepentingan dirinya sendiri.. lain pula cerita dengan Fegnolia, kerana kini dia seakan tidak dapat menulis semula.. 

walaupon memiliki White Book, Adderhead kini sengsara dengan penyakit kulit yang semakin cair dan berbau busuk.. ini berlaku kerana Mo telah meletakkan sesuatu pada White Book semasa membuatnya dahulu tanpa disedari sesiapa pon.. disebabkan itu Adderhead telah memanggil semua bookbinder untuk membaiki White Book dan sekiranya gagal mereka akan digantung sehingga mati.. pada masa yang sama, Violante, anak perempuan kepada Adderhead telah menghulurkan  perjanjian kepada Bluejay untuk bekerjasama membunuh Adderhead.. 

dapatkah Mo membuang sifat Bluejay dalam dirinya? dapatkah Adderhead menghilangkan penyakit yang semakin menguasai dirinya? dan adakah Bluejay akan bekerjasama dengan Violante?

p/s: den harap orang lain yang baca buku ni akan ade perasaan yang sama macam den masa baca buku ni.. sangat berbaloi den beli buku ni..

19 February 2016

BookXcess - Book Hunting

isnin lepas den de post pasal sale kat bookXcess, check sini yer

as you know, today is the last day.. dan bersempena dengan itu den pon try ler beli guna code last arini iaitu 'LoveIsBookXcess'..

den beli 2 buku jer.. asyik buku cintan-cintun jer kan.. kali ni kita bertukar angin plak kepada  mood crime and mystery..




p/s: next BBW den nak hunting buku crime and mystery lagi.. last time den dapat semurah rm3 jer.. harap-harap en.asben bertabahlah dengan karenah den ni..

16 February 2016

BBW Book Sale & Book Preview - MITC Melaka 2016


tora datang lagi!! haha..

kali ni kat Melaka pulak.. dari 26 Feb sampai 6 March.. 10am sampai 10pm jer..

rasanya lepas gaji boleh la pergi terjah dengan en.asben.. dengan alasan jalan-jalan kat Melaka.. en.asben memang nak sangat ke Melaka.. boleh ler 2 in 1 kan.. 

p/s: itu pon kalo den tak kene fly ke Filipina.. tarikh nye tak jugak ditetapkan lagi.. susah hati den menunggunye..

15 February 2016

BookXcess Sale - Love is


Sale again!!

this promo not applicable for 'Blind Date with a Book' Sale or purchase physically at store

here's the code

15 Feb 2016

16 Feb 2016

17 Feb 2016

18 Feb 2016

19 Feb 2016


psttt... you can use the code more than once! any problem just let them know.. good luck!

14 February 2016

Book Review 2016 # 39 - Key of Valor (Key Trilogy # 3)

Title: Key of Valor
Author: Nora Roberts
Reading Duration: less than 10 hour


okay, den abis baca buku kedua Key of Knowledge ni sabtu malam, so den start baca buku ketiga ni ari ahad tengahari.. nak kate den giler, kate ler.. tapi den memang abis baca Trilogy ni dalam masa 3 hari jer.. mission accomplished!

beban untuk mencari kunci ketiga makin dirasai oleh Zoe selepas Malory dan Dana berjaya dalam misi mereka.. semasa upacara penyerahan tugasan Zoe nekad membaza Simon bersama, iaitu anaknya.. luckily Simon seorang yang cepat memahami keadaan, so Zoe tidak memerlukan masa yang panjang untuk menceritakan perihal keadaan yang bakal dihadapinya kepada Simon..

seperti Malory dan Dana, Zoe juga mendapat panduan daripada Rowena dan Pitte.. namun kali ini panduan Zoe bercerita tentang pilihan dan keputusan, pertumpahan darah dan peperangan.. dan seperti Malory dan Dana, pencarian Zoe juga berkait rapat dengan penglibatan Flynn, Jordan dan Bradley, terutamanya Bradley..

Zoe seorang wanita yang independent dalam segala hal.. apabila Bradley mula mengambil berat dan concern terhadap dirinya, Zoe berasa rimas.. namun perasaan rimas itu berjaya diketepikan dek kerana sikap dan tindakan Bradley kepada Simon.. 

Zoe merasakan dirinya tidak berdaya dalam menyelesaikan pencarian kunci kerana selepas sekian hari Zoe masih tercari-cari clue untuk merungkai misteri kedudukan kunci.. namun dengan sokongan Malory dan Dana Zoe berjaya mengatasi perasaan kecewanya.. Bradley juga sedikit sebanyak membantu.. 

hubungan Zoe dan Bradley mula menjurus ke arah posituf.. dan ini telah membantu Zoe dalam merungkai misteri untuk mencari kunci.. dan Kane juga kini bertindak lebih agresif dalam mematahkan semangat Zoe untuk mencari kunci.. namun Zoe boleh menarik nafas lega apabila Rowena dan Pitte telah meletakkan spell a.k.a jampi untuk melindungi Simon..

adakah Zoe cukup berani dalam melawan halangan Kane? adakah Zoe telah membuat keputusan yang tepat? adakah Zoe berjaya mencari kunci seperti mana Malory dan Dana? dan adakah hubungan Zoe dan Bradley berakhir dengan  kegembiraan?

jawapannya ade dalam buku ni.. so kenelah baca sendiri yer..

but anyway, Key Trilogy memang best.. adventure & love is the best!

p/s: rasanya elok kalau korang selang-selikan baca buku lain sebelum baca buku kedua dan ketiga.. takut korang rasa boring.. 

13 February 2016

Book Review 2016 # 38 - Key of Knowledge (Key Trilogy # 2)

Title: Key of Knowledge
Author: Nora Roberts
Reading Duration: less than 10 hours


lepas abis baca buku pertama Key of Light den terus sambung baca buku ni.. memang den nekad nak abiskan trilogy ni sebelum ari isnin..

so selepas Malory berjaya dalam misinya mencari kunci pertama untuk membebaskan Daughter of Glass, dan juga selepas Flynn berjaya menambat hati Malory, kini mereka kembali di Warrior's Peak untuk upacara penyerahan tugasan kepada pencari kedua..

kali ini Giliran Dana pula.. seperti Malory, Dana juga mendapat panduan daripada Rowena.. tugasan Dana berkait rapat dengan masa lampau, masa kini dan masa depan Dana.. seperti Malory, Dana juga berhadapan halangan terutamanya daripada Kane.. Kane merupakan Tuhan yang telah mengambil jiwa Daughter of Glass dan mengunci jiwa mereka didalam kotak.. dan Dana hanya mempunyai masa selama empat minggu untuk merungkai misteri dalam mencari kunci kedua.. 

Dana, Malory dan Zoe telah bersepakat untuk membuka perniagaan bersama dan mereka telah berjaya membeli sebuah rumah 2  tingkat yang bakal mereka jadikan tempat perniagaan mereka yang mereka namakan sebagai 'Indulgence'.. kini proses untuk memulakan pernigaan pon bermula.. seiring dengan tugasan Dana dalam mencari kunci kedua.. Dana tidak keseorangan kerana bersamanya ialah Malory dan Zoe.. 

dalam menyelesaikan tugasan mencari kunci, Dana juga perlu berdepan dengan Jordan.. Jordan merupakan rakan karib Flynn iaitu abang tiri Dana.. Jordan juga merupakan insan yang telah melukakan hati Dana.. 

berjayakah Dana bersemuka Jordan dan menyelesaikan permasalahan antara mereka? apakah dugaan dan halangan yang perlu Dana lepasi? berjayakah Dana merungkai misteri dan menemukan kunci kedua? 

seperti buku pertama, korang memang tak kan rasa rugi baca buku kedua ni.. den jamin!

Book Review 2016 # 37 - Key of Light (Key Trilogy # 1)

Title: Key of Light
Author: Nora Roberts
Reading Duration: less than 12 hour


buku pertama dalam series Key Trilogy.. kurang 12 jam den abis baca buku ni.. tak sampai hati nak letak dan sambung baca kemudian.. haha

buku ni berkisar tentang perjalanan Malory mencari kunci untuk membebaskan Daughter of Glass.. bermula dari jemputan untuk makan malam di Warrior's Peak, sebuah rumah agam/istana di atas bukit.. jemputan tidak hanya kepada Malory tetapi juga kepada Dana dan Zoe.. anehnya mereka bertiga sebenarnya tinggal di pekan yang sama tetapi tidak pernah bersemuka antara satu sama lain..

Rowena dan Pitte ialah penjaga kepada anak Tuhan iaitu Daughter of Glass.. mereka telah diusir dari alam mereka dan telah diberikan tugas untuk mencari tiga orang manusia (mortal) untuk menerima tugasan untuk mencari kunci bagi membebaskan Daughter of Glass.. tugas Rowena dan Pitte adalah untuk membantu manusia dalam misi mencari kunci tersebut..

setelah menceritakan hal yang sebenar, Malory, Dana dan Zoe masih tidak percaya namun mereka tetap menerima tugasan untuk mencari kunci tersebut kerana mereka akan menerima wang sejumlah 25k sebaik sahaja menerima tugasan. dan wang tidak akan diminta semula sekiranya mereka gagal mencari kunci tersebut.. dek kerana mereka bertiga dalam situasi yang sama iaitu kehilangan kerja atau akan kehilangan kerja, mereka sangat memerlukan wang tersebut untuk meneruskan kelangsungan hidup..

semasa upacara penyerahan tugasan, Malory telah dipilih sebagai pencari pertama.. seperti yang dijanjikan Rowena telah memberikan panduan kepada Malory dalam misi mencari kunci tersebut.. Malory hanya mempunyai masa selama empat minggu untuk melaksanakan tugasannya.. selepas Malory berjaya dalam misinya, pencari kedua akan meneruskan misi untuk mencari kunci kedua dan seterusnya.. 

dalam masa empat minggu Malory telah menjadi rakan baik kepada Dana dan Zoe.. mereka seakan adik-beradik.. menjadi rapat dalam misi mencari kunci.. saling tolong-menolong dan menyokong antara satu sama lain.. malah mereka juga telah bersepakat untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.. Malory bercadang membuka Art Galery, Dana membuka bookstore dan Zoe membuka Salon..

dalam misi mencari kunci, bukan hanya Dana dan Zoe yang terlibat.. malahan abang tiri Dana iaitu Flynn, serta rakan karib Flynn iaitu Jordan dan Bradley turut terkait dalam menyelesaikan quest bagi mencari kunci untuk membuka peti yang menyimpan jiwa Daughter of Glass.. Malory perlu menggunakan kearifannya dalam seni untuk menyelesaikan misteri dalam mencari kunci.. dan ianya bermula dengan lukisan Daughter of Glass.. 

apakah kaitannya Flynn dan rakan karibnya dalam misi Malory? adakah Malory berjaya menghadapi halangan dalam misi mencari kunci? adakah Malory berjaya membuka perniagaan bersama Dana dan Zoe? so kenelah korang baca buku ni sendiri.. den jamin korang tak kan menyesal baca buku ni!

12 February 2016

Carousell - Book Hunting



den mula kenal cite Harry Potter ni masa study dulu, tahun 2007 macam tu kot.. de sorang member den nih, dye memang addict dengan cite nie.. so kalau dye tengok Harry Potter or bercerita pasal Harry Potter den pon nyebok-nyebok ler.. 

so sejak dari tu, den dah tak tau berapa kali dah den ulang cerita nya dan ulang baca e-book nya.. sampaikan bila baca e-book den boleh bayangkan scene dalam movie.. 

so lepas den pusing-pusing dalam Carousell tu den jumpe sorang ni dye jual banyak version buku Harry Potter.. dari yang paperback sampai lah hard cover.. dari harga murah sampailah harga mahal.. so boleh pilih ikut kemampuan..

harga asal paperback rm90
 postage rm30
harga final dengan postage rm120

disebabkan buku ni pre-order so den kene tunggu ler.. mula-mula takut jugak nak beli dengan dye nih, tapi lepas tengak de banyak response positive dari previous buyer, den pon bayar lah rm120 tu.. ETA sampai ujung bulan March atau awal bulan April..

nanti dah sampai bukunye den upload picture OK :)

p/s: den beli kat sini

05 February 2016

BookXcess - Book Hunting

surprise... surprise... surprise.....!!


ingat tak semalam den beli buku 'Blind Date with a Book' kat BookXcess? as expected, wrapping nye same seperti yang di iklan dalam website.. den sendiri pon terkejut..

dan selepas bukak wrap nye den dapat buku kat bawah ni.. mula-mula den macam a little bit disappointed gak sebab den bajet lain tapi dapat nye lain.. tapi inilah dinamakan blind date kan?? hehe


jadi sempena cuti CNY ni den akan cuba lah cari masa untuk baca buku ni yer.. nanti dah abis baca den update yer.. 

stay tune......

03 February 2016

BookXcess Sale - Blind Date with a Book


promo 29 Jan - 8 March 2016

bookxcess tengah buat promo 'Blind Date with a Book'.. so korang tak akan tahu title buku yang korang dapat.. tapi korang boleh pilih genre ape.. macam den, den nak try genre ni dulu..


quite interesting jugak kan promo macam ni.. so nanti den update biler dah dapat buku nye yer..
since today dah rabu and next week CNY, so den bayo after CNY leave ler jawab nye.. 

p/s: mana tau kan, kot2 after CNY leave ade bajet nak beli lebih.. hihi

02 February 2016

Book Review 2016 # 36 - Take a Look at Me Now

Title: Take a Look at Me Now
Author: Miranda Dickinson
Reading Duration: 2 days


its all about LOVE.. with great background! even from the words i can clearly visualize the place told in the story.. ni yang raso nak kumpul duit p honey to the moon kat San Francisco!

dalam masa sehari, Nell kehilangan pekerjaan dan juga cinta.. lebih perit apabila berita tentang beliau diberhentikan kerja diberitah oleh Aidan, bos merangkap kekasih on-off.. dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil agak mustahil untuk Nell mendapat pekerjaan baru dengan kadar segera.. 

berbekalkan ganti rugi yang diterima dari ex-syarikat, Nell membuat keputusan untuk membuat sesuatu untuk diri sendiri, yang selama ini dikenali dengan gelaran 'girl with five year plan'.. langkah kaki Nel berhenti dihadapan sebuah pejabat agen pelancongan..

tanpa memikirkan ape yang akan dihadapi Nell telah menempah tiket penerbangan ke San Francisco.. nak dijadikan cerita Nell mempunyai seporang sepupu yang menetap dan bekerja di San Francisco.. Nell menetap bersama sepupunya selama 8 minggu..

percutian Nell untuk menenangkan diri dari belenggu ketiadaan kerja dan kehilangan cinta telah bertukar menjadi percutian cinta apabila Max muncul.. dalam masa yang sama Nell juga berfikir untuk merealisasikan impiannya untuk membuka sebuah kedai makan a.k.a Diner..

adakah percutian Nell benar-benar menjadi percutian cinta? adakah impian Nell menjadi kenyataan? so kenelah korang beli dan baca buku ni yer.. 

jalan cerita tak padat.. sangat enjoy masa baca buku nie.. tengah buat rambut pon den tibai baca buku ni.. sampai tak sanggup nak letak buku ni lelame sebab tak saba nak abiskan.. 

p/s: orang yang diet jangan baca buku ni yer.. sebab scene makan terlalu banyak.. sampaikan den pon boleh terbayang-bayang makanan yang diceritakan..