Title: Key of Valor
Author: Nora Roberts
Reading Duration: less than 10 hour
okay, den abis baca buku kedua Key of Knowledge ni sabtu malam, so den start baca buku ketiga ni ari ahad tengahari.. nak kate den giler, kate ler.. tapi den memang abis baca Trilogy ni dalam masa 3 hari jer.. mission accomplished!
beban untuk mencari kunci ketiga makin dirasai oleh Zoe selepas Malory dan Dana berjaya dalam misi mereka.. semasa upacara penyerahan tugasan Zoe nekad membaza Simon bersama, iaitu anaknya.. luckily Simon seorang yang cepat memahami keadaan, so Zoe tidak memerlukan masa yang panjang untuk menceritakan perihal keadaan yang bakal dihadapinya kepada Simon..
seperti Malory dan Dana, Zoe juga mendapat panduan daripada Rowena dan Pitte.. namun kali ini panduan Zoe bercerita tentang pilihan dan keputusan, pertumpahan darah dan peperangan.. dan seperti Malory dan Dana, pencarian Zoe juga berkait rapat dengan penglibatan Flynn, Jordan dan Bradley, terutamanya Bradley..
Zoe seorang wanita yang independent dalam segala hal.. apabila Bradley mula mengambil berat dan concern terhadap dirinya, Zoe berasa rimas.. namun perasaan rimas itu berjaya diketepikan dek kerana sikap dan tindakan Bradley kepada Simon..
Zoe merasakan dirinya tidak berdaya dalam menyelesaikan pencarian kunci kerana selepas sekian hari Zoe masih tercari-cari clue untuk merungkai misteri kedudukan kunci.. namun dengan sokongan Malory dan Dana Zoe berjaya mengatasi perasaan kecewanya.. Bradley juga sedikit sebanyak membantu..
hubungan Zoe dan Bradley mula menjurus ke arah posituf.. dan ini telah membantu Zoe dalam merungkai misteri untuk mencari kunci.. dan Kane juga kini bertindak lebih agresif dalam mematahkan semangat Zoe untuk mencari kunci.. namun Zoe boleh menarik nafas lega apabila Rowena dan Pitte telah meletakkan spell a.k.a jampi untuk melindungi Simon..
adakah Zoe cukup berani dalam melawan halangan Kane? adakah Zoe telah membuat keputusan yang tepat? adakah Zoe berjaya mencari kunci seperti mana Malory dan Dana? dan adakah hubungan Zoe dan Bradley berakhir dengan kegembiraan?
jawapannya ade dalam buku ni.. so kenelah baca sendiri yer..
but anyway, Key Trilogy memang best.. adventure & love is the best!
p/s: rasanya elok kalau korang selang-selikan baca buku lain sebelum baca buku kedua dan ketiga.. takut korang rasa boring..
