Showing posts with label Iris Johansen. Show all posts
Showing posts with label Iris Johansen. Show all posts

16 August 2016

Book Review 2016 # 79 - Quinn (Eve Duncan # 13)

Title: Quinn
Author: Iris Johansen
Reading Duration: 3 day
Pages: 3++


patut nye minggu lepas lagi boleh abis baca buku ni tapi den g outstation lak.. semalam den nekad nak kasi abis..

ok, ni sambungan kepada novel Eve, kali ni bercerita tentang bagaimana Quinn boleh 'terjebak' dengan Eve.. tentang pertemuan pertama mereka, tentang penglibatan Eve dalam misi pencarian Bonnie..

Quinn sebenarnya dah mula tertarik kepada Eve semasa pertemuan pertama mereka namun Quinn perlu meletakkan perasaannya sebagai nombor dua kerana kini Eve sedang 'bertarung' dengan emosi akibat penculikkan Bonnie.. sejak Eve meminta fail tentang kehilangan orang terutamanya melibatkan kanak-kanak, bermula lah episode keintiman antara Eve dan Quinn..

selepas Quinn 'bertemu' dengan Bonnie (semasa Quinn dalam keadaan koma), kini Quinn berasa dye kenal rapat kepada Bonnie.. dan mula faham bagaimana perasaan Eve apabila bercerita tentang 'kewujudan' Bonnie.. 

dalam pada masa yang sama Catherine Ling, CIA agent mula bertindak memburu Gallo secara sendirian.. Catherine pasti yang Gallo masih berada di sekitar cabin miliknya.. jangkaan Catherine benar apabila Catherine berjaya mengakap kelibat Gallo.. dengan itu Catherine mula menjejak Gallo.. 

dapatkah Catherine menangkap Gallo? berjayakah Quinn sedar dari situasi koma? dapatkah Eve membuktikan bahawa Gallo pembunuh Bonnie yang sebenarnya?

07 August 2016

Book Review 2016 # 78 - Eve (Eve Duncan # 12)

Title: Eve
Author: Iris Johansen
Reading Duration: 10 hour
Pages: 3++


selepas 7 tahun misteri kehilangan Bonnie secara tiba-tiba Chaterine Ling seorang ejen CIA sekali lagi telah membuka ruang untuk menemukan pembunuh Bonnie.. namun anehnya nama ayah Bonnie menjadi suspek utama pembunuhan Bonnie, John Gallo.. John Gallo merupakan kisah silam Eve Duncan..

bertemu John pada usia 16 tahun dan dengan persetujuan bersama John dan Eve berkongsi kehidupan intim bersama tanpa ade sebarang ikatan semasa dan akan datang.. Eve percaya sekiranya dia mengambil pil perancang milik ibunya, tiada kehamilan tanpa dirancang akan berlaku.. hubungan intim antara Eve dan John berlaku selama beberapa minggu sehingga John memasuki tentera..

namun itu hanyalah rancangan semata dan akhirnya Eve disahkan mengandung tanpa pengetahuan John.. Eve pada mulanya tidak mahu membela Bonnie namun selepas pertama kali melihat Bonnie selepas dilahirkan Eve nekad untuk memelihara Bonnie dengan bantuan Sandra.. ketika Bonnie berusia 8 bulan John dikhabarkan telah meninggal dunia.. 

kini secara tiba-tiba nama John timbul semula dan berkemungkinan John merupakan pembunuh Bonnie.. hanya Eve mengenali John dan hanya John mengenali Eve seperti mereka remaja.. Eve nekad untuk menjejaki John bagi mengetahui siapakah pembunuh misteri Bonnie..

namun dapatkah Eve bertemu dengan John yang telah hilang dari radar tentera selama bertahun-tahun? adakah benar John Gallo pembunuh Bonnie? dapatkah Eve menyempurnakan misi ini tanpa melibatkan Quinn?

09 June 2015

Book Review 2015 # 19 - Sleep No More

Title: Sleep No More
Author: Iris Johansen


one day Sandra, ibu kepada Eve Duncan datang mintak tolong untuk mencari kawannya yang hilang iaitu Beth Avery. Eve dapat merasakan yang ibu beliau merahsiakan tentang sesuatu kerana ibunya bersungguh2 menyuruh Eve untuk mencari Beth dan ditambah pula keengganan Sandra untuk melaporkan kehilangan Avery kepada polis.

Selepas mengetahui yang Beth pernah ditempatkan di hospital sakit jiwa, Eve sangat terkejut kerana kehidupan antara Beth, Sandra dan Eve sendiri saling berkait.. dan dengan kehilangan Beth dari hospital telah mendekatkan mereka dengan bahaya..

so nak tahu ape misteri kehidupan antara mereka bertiga dan bagaimana Beth boleh lari dari hospital sakit jiwa, kene lah baca sendiri buku ni..