Title: Eve
Author: Iris Johansen
Reading Duration: 10 hour
Pages: 3++
selepas 7 tahun misteri kehilangan Bonnie secara tiba-tiba Chaterine Ling seorang ejen CIA sekali lagi telah membuka ruang untuk menemukan pembunuh Bonnie.. namun anehnya nama ayah Bonnie menjadi suspek utama pembunuhan Bonnie, John Gallo.. John Gallo merupakan kisah silam Eve Duncan..
bertemu John pada usia 16 tahun dan dengan persetujuan bersama John dan Eve berkongsi kehidupan intim bersama tanpa ade sebarang ikatan semasa dan akan datang.. Eve percaya sekiranya dia mengambil pil perancang milik ibunya, tiada kehamilan tanpa dirancang akan berlaku.. hubungan intim antara Eve dan John berlaku selama beberapa minggu sehingga John memasuki tentera..
namun itu hanyalah rancangan semata dan akhirnya Eve disahkan mengandung tanpa pengetahuan John.. Eve pada mulanya tidak mahu membela Bonnie namun selepas pertama kali melihat Bonnie selepas dilahirkan Eve nekad untuk memelihara Bonnie dengan bantuan Sandra.. ketika Bonnie berusia 8 bulan John dikhabarkan telah meninggal dunia..
kini secara tiba-tiba nama John timbul semula dan berkemungkinan John merupakan pembunuh Bonnie.. hanya Eve mengenali John dan hanya John mengenali Eve seperti mereka remaja.. Eve nekad untuk menjejaki John bagi mengetahui siapakah pembunuh misteri Bonnie..
namun dapatkah Eve bertemu dengan John yang telah hilang dari radar tentera selama bertahun-tahun? adakah benar John Gallo pembunuh Bonnie? dapatkah Eve menyempurnakan misi ini tanpa melibatkan Quinn?
