Title: Promise Not to Tell
Author: Jennifer McMahon
Reading Duration: 2 days
Pages: 2++
pada malam pertama kembalinya Kate ke kampung halamannya, telah berlaku satu pembunuhan kejam keatas seorang budak perempuan yang mirip menyerupai satu pembunuhan yang telah berlaku semasa zaman kanak-kanak Kate pada 30 tahun yang lalu.. budak malang tersebut ialah Del tapi lebih dikenali dengan panggilan Potato Girl..
kini seseorang pembunuh atau pembunuh yang sama telah membunuh seorang budak perempuan iaitu Tori kawan karib Opal yang merupakan anak kepada Raven, rakan kepada Kate yang kini merupakan salah seorang penjaga ibu Kate yang menghidap Alzheimer..
umum mengetahui Kate pernah sama-sama menunggu bas setiap pagi untuk ke sekolah.. namun hanya Kate dan Nicky abang kepada Del tahu bahawasanya Kate dan Del berkawan rapat.. Del menganggap dirinya seorang sheriff dek kerana Del memiliki sheriff badge dan melantik Kate sebagai Deputy.. Del dan Kate juga telah membuat perjanjian darah dan Del telah berkongsi satu rahsia dengan Kate..
apabila pembunuhan Tori berlaku Opal sering bertanya Kate perihal pembunuhan Del.. dalam masa yang sama Kate dan Nicky mula mengalami perkara pelik seperti ternampak bayangan budak perempuan yang menyerupai Del.. mereka beranggapan hantu Del menjelma bagi menuntut bela atas kematiannya..
apakah rahsia Del yang hanya diketahui oleh Kate? benarkah Del telah menjelma sebagai hantu? mengapakah Opal begitu taksub untuk mengetahui perihal pembunuhan Del?
p/s: baca waktu malam memang ade rasa seram sikit.. ni buku kedua den baca pasal cerita hantu..
