Showing posts with label Lindsey Kelk. Show all posts
Showing posts with label Lindsey Kelk. Show all posts

30 May 2016

Book Review 2016 # 62 - What a Girl Wants (A Girl # 2)

Title: What a Girl Wants
Author: Lindsey Kelk
Reading Duration: 1 week
Pages: 3++


buku ni bersambung dari sini.. selepas pulang dari Hawaii, Tess terpaksa menghadap kerenah teman serumahnya pula iaitu Vanessa.. Vanessa sangat marah kepada Tess kerana pergi ke Hawaii sebagai dirinya.. disebabkan itu Vanessa telah membuat laporan polis dan mengatakan Tess adalah seorang yang merbahaya.. dengan itu Tess telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap atas kesalahan menceroboh rumah sewanya sendiri.. lebih teruk apabila Tess ditangkap ketika sedang melompat keluar dari tingkap rumah nya..

selepas diselamatkan oleh Charlie untuk sekian kalinya, dan selepas Charlie meluahkan perasaan cintanya kepada Tess, Tess membuat keputusan yang dia memerlukan masa untuk membuat keputusan.. dengan itu Tess telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran kerja daripada Al di Milan.. bersama Amy sebagai pembantunya, mereka telah terbang ke Milan..

di Milan sekali lagi Tess diuji untuk membuat keputusan sama ada untuk menerima tawaran Charlie sebagai rakan business atau meneruskan kerjayanya sebagai photographer.. dan disebalik masalah ini, tess juga perlu membuat keputusan sama ada Charlie atau Nick..

seperti biasa Lindsey Kelk pandai bermain dengan drama.. setiap hari Tess tidak terlepas daripada drama dalam kelangsungan hidupnya.. dan Amy serta Kekipi sentiasa berada disamping Tess..

dapatkah Tess membuat keputusan wajar? adakah Tess memilih marketing sebagai kerjayanya atau memilih untuk menjadi photographer? dan siapakah pula cinta hati pilihan Tess?

pendek cerita, keputusan Tess bertepatan dengan tajuk novel ini..

happy reading guys! :)

21 May 2016

Book Review 2016 # 61 - The Single Girl's To-Do List

Title: The Single Girl's To-Do List
Author: Lindsey Kelk
Reading Duration: 2 day
Pages: 3++


mungkin den pon patut buat macam Rachel Summer nih.. tapi den dah kawen jadi den tak leh ler buat macam tu kan? hihi so korang-korang yang masih single, boleh ler cuba idea dari nanges jer kan..

realiti takde orang buat macam ni kot tapi dalam novel ni, senarai aktiviti yang perlu dibuat selepas ditinggalkan kekasih adalah merupakan satu idea yang sangat bernas!

macam dalam novel ni, Rachel Summer telah dibantu oleh dua rakan karibnya iaitu Emelie dan Mathew untuk melaksanakan aktiviti baru bagi membantu Rachel kembali bersemangat selepas ditinggalkan oleh kekasihnya Simon.. aktiviti yang telah disenaraikan dinamakan 'Single Girl's To-Do List'..

07 August 2015

Book Review 2015 # 26 - About A Girl (A Girl # 1)

Title: About A Girl
Author: Lindsey Kelk
Reading Duration: 3 day


den nekad abiskan baca buku ni malam tadi.. yelah esok (arini) dah jumaat.. makna nya dah seminggu den baco buku nih.. jadi kalo dah abis baca buleh la den start baca buku baru.. hihi

"it supposed to be the happier day ever in my life but it turned out to be the worst! i lost my job, my mum didn't want to speak to me and i probably lost my room"

buku ni menceritakan kisah hidup Tess Brookes. Tess ialah seorang gadis yang sentiasa mempunyai rancangan. dan apabila rancangan nya tidak menjadi dye akan cuba untuk menilai semula rancangan2 nya..

selepas tidak sengaja menjawab panggilan telefon rakan serumah nya (Vanessa), Tess berpendapat sekiranya menjadi Tess tidak menjadi ape salahnya beliau cuba menjadi Vanessa.. with nothing left to lose, Tess  telah menerima tugasan photography Vanessa ke Hawaii..

tetapi Tess tidak sedar sebenarnya beliau akan menghadapi masalah besar apabila sampai ke Hawaii..

jaoh dari rumah dan menyamar menjadi orang lain, Tess mesti membuat keputusan sama ada untuk meneruskan rancangan menjadi Vanessa atau berterus terang dan kempali ke kehidupan realiti nya..

p/s: tak sabar nak cari series kedua buku ni bertajuk "What A Girl Wants".. harap2 adelah on next BBW.. ;-)

klik sini tuk senarai penuh buku ni A Girl Trilogy