Showing posts with label e-Book. Show all posts
Showing posts with label e-Book. Show all posts

05 October 2015

Book Review 2015 # 30 - Fifty Shades of Grey

Title: Fifty Shades of Grey
Author: E.L James
Source: online

Reading Duration: 1 week


tahun lepas kot, den dok dengar orang cakap filem Fifty Shades of Grey kene banned dari tayang kat Malaysia.. masa tu den tak bape amek port cite ape.. then bila g BBW Mines tahun lepas den boli buku kedua dalam siri ni,  Fifty Shades of Darker

tiap kali ade BBW den mesti nak cari buku pertama dan ketiga tapi takde stok.. dan disebabkan den tak berpeluang pegi BBW Seremban & BBW Penang, hati den ni meronta2 nak baca ape jadi dalam siri pertama Fifty Shades ni.. maka nye den pon berusaha laa mencari secara online.. 

ni haa baru abis baca.. kisah bermula apabila teman serumah Anastasia iaitu Katherine yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menemuramah Christian telah dijangkiti demam selesema disaat2 akhir, dan meminta pertolongan Anastasia untuk menggantikannya.. 

 hidup Christian penuh dengan peraturan dan gemar memberi arahan.. sejak dari pertemuan pertama Anastasia dan Christian dapat merasakan seperti ada chemistry antara mereka.. Anastasia inginkan hubungan mereka lebih dari yang apa digariskan oleh Christian.. dan Christian bersedia untuk memberikan apa yang diingini oleh Anastasia namun masih terikat dengan peraturan2 yang telah ditetapkan sendiri oleh Christian..

hubungan mereka berdasarkan konsep dominance & submission.. biasa la kan dalam hubungan percintaan mesti la ada pasang surut nye.. seperti percintaan orang lain, hubungan mereka berakhir apabila Anastasia meninggalkan Christian..

atas sebab apa hubungan mereka berakhir, korang kene la baca sendiri yer buku ni.. nak cito lobih den tak pandai..


p/s: den totap akan cari buku ni kat BBW.. kalo xdo gak den pojam mato jolah beli kat MPH Online

16 September 2015

Book Review 2015 # 27 - How To Train Your Dragon

Title: How To Train Your Dragon
Author: Cressida Cowell
Source: Online

Reading Duration: 3 hour


haa buku ni den teringin sangat nak baca sebab ade book preview How To Steal Dragon's Sword kat BBW Penang.. lepas gugel menggugel den dapek tahu ade banyak buku dalam siri ni, cek cni yer How To Train Your Dragon Series..

jadi den amek pendekatan cari buku online jer.. tapi punyo lah susah nak mendapek kan buku ni yang free online reading.. macam2 keyword den guno.. selepas berhempas pulas den pon dapek cari buku ni.. ikutkan buku ni tuk bebudak tapi sebena nye cite ni best.. tapi den nak jugak! haha..

 cite ni bermula dengan training untuk menjadi seorang Viking.. Hiccup ialah anak kepada ketua kampung a.k.a ketua puak kat tempat bernama Berk.. kalo dah name nye Viking badan mesti la sado2 sume nye kan.. tapi yang kelakar nye Hiccup ni kecik dan kurus.. tak macam anak kepada seorang Viking pon.. maka nye semua orang pandang sebelah mata jer kat Hiccup ni..

first training untuk menjadi seorang Viking ialah dengan menangkap sendiri naga.. ko bayangkan bebudak kecik dah di suruh tangkap naga.. tapi jangan riso yer, tangkap naga kecik jer.. baby naga.. Hiccup berjaya tangkap seekor naga tapi tetap kene bahan dengan bebudak lain sebab naga yang Hiccup tangkap tu pon saiz nye kecik jugak.. sesuai sangat dengan Hiccup kate nye.. tambah pulak naga Hiccup takde gigi.. jadi dapatlah name nye Toothless (takde gigi)..

tapi Hiccup tetap sayang dengan naga dye.. training kedua ialah untuk ajar naga perkara basic seperti 'eat', 'seat', 'go', 'catch'.. yang menarik nya Hiccup boleh berinteraksi dengan naga.. bukan sahaja dengan Toothless tapi dengan naga2 yang lain.. training kedua ni sangat mencabar bagi Hiccup sebab Toothless ni seekor naga yang degil dan malas.. bayangkan Hiccup kene buat jenaka supaya Toothless mendengar arahan.. satu jenaka untuk satu tindakan daripada Toothless.. nasib baek lah Hiccup ni pandai buat jenaka..

hanya ade dua training sahaja untuk memilih siapa yang layak untuk menjadi Viking.. hari pemilihan pon tiba.. tapi ade satu peristiwa yang akan berlaku.. sesuatu yang tidak dijangka..

nak tahu ape peristiwa yang terjadi dan dapatkah Hiccup menjadi seorang Viking, korang kene lah baca buku ni yer..

BUKU NI MEMANG BEST!!

p/s: harap2 ujung tahun kang ade laa buku ni kat BBW.. tapi den dah usha dah kat MPH Online buku ni.. harga cecah gak 3 rat!!