Title: Fifty Shades of Grey
Author: E.L James
Source: online
Reading Duration: 1 week
tahun lepas kot, den dok dengar orang cakap filem Fifty Shades of Grey kene banned dari tayang kat Malaysia.. masa tu den tak bape amek port cite ape.. then bila g BBW Mines tahun lepas den boli buku kedua dalam siri ni, Fifty Shades of Darker
tiap kali ade BBW den mesti nak cari buku pertama dan ketiga tapi takde stok.. dan disebabkan den tak berpeluang pegi BBW Seremban & BBW Penang, hati den ni meronta2 nak baca ape jadi dalam siri pertama Fifty Shades ni.. maka nye den pon berusaha laa mencari secara online..
ni haa baru abis baca.. kisah bermula apabila teman serumah Anastasia iaitu Katherine yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menemuramah Christian telah dijangkiti demam selesema disaat2 akhir, dan meminta pertolongan Anastasia untuk menggantikannya..
hidup Christian penuh dengan peraturan dan gemar memberi arahan.. sejak dari pertemuan pertama Anastasia dan Christian dapat merasakan seperti ada chemistry antara mereka.. Anastasia inginkan hubungan mereka lebih dari yang apa digariskan oleh Christian.. dan Christian bersedia untuk memberikan apa yang diingini oleh Anastasia namun masih terikat dengan peraturan2 yang telah ditetapkan sendiri oleh Christian..
hubungan mereka berdasarkan konsep dominance & submission.. biasa la kan dalam hubungan percintaan mesti la ada pasang surut nye.. seperti percintaan orang lain, hubungan mereka berakhir apabila Anastasia meninggalkan Christian..
atas sebab apa hubungan mereka berakhir, korang kene la baca sendiri yer buku ni.. nak cito lobih den tak pandai..
