Showing posts with label Alexandra Potter. Show all posts
Showing posts with label Alexandra Potter. Show all posts

29 January 2016

Book Review 2016 # 35 - Love From Paris

Title: Love From Paris
Author: Alexandra Potter
Reading Duration: 3 days (night only)


again Alexandra Potter novel telah menambat hati den.. Love From Paris ni adalah sambungan kepada Love Detective

setelah beberapa bulan menjalani hubungan jarak jauh dan hanya berkomunikasi melalui Skype, emails dan text akhirnya Jack akan datang berjumpa Ruby dan meluangkan masa bersama sempena birthday Ruby.. dan semestinya Ruby sangat teruja dan telah melakukan pelbagai persediaan untuk menyambut kedatangan Jack..

namun Jack terpaksa membatalkan rancangannya untuk datang berjumpa Ruby atas sebab panggilan kerja pada saat akhir.. lebih memeritkan Ruby hanya mengetahui perkara tersebut apabila Ruby tidak nampak bayang Jack keluar dari pintu departure di airport..  

mereka bertekak di telefon mengenai tindakan Jack yang tidak memberitahu awal tentang pembatalan kedatangannya dan Jack pula menyalahkan Ruby kerana tidak faham kehendak situasi dan bertindak seperti kebudak-budakkan.. akhirnya mereka mengakhiri perbualan dengan perasaan marah dan kecewa..

selepas pertengkaran dengan Jack, rakan karib Ruby iaitu Harriet yang kini bekerja dan menetap di Paris menelefon Ruby dan terus mengajak Ruby melawatnya di Paris untuk melapangkan fikiran serta meredakan perasaan kecewa.. Ruby yang dalam perasaan dilema terus membuat keputusan untuk pergi berjumpa Harriet..

Harriet ialah seorang tukang nilai barangan antik untuk syarikat lelongan.. selepas Ruby sampai Harriet telah mengajak Ruby untuk menemaninya berjumpa seorang peguam kepada client baru Harriet iaitu Xavier untuk pergi melihat barangan antik milik client Xavier.. sesampainya di apartment client Xavier, Ruby telah menemui sebundle surat lama milik Amanuella iaitu client Xavier.. setelah membaca sekeping nota daripada longgokan surat tersebut, Ruby terpanggil untuk mengtahui kesudahan nota tersebut..

nota tersebut berkisarkan tentang keinginan Amanuella untuk berkongsi rahsianya dengan kekasihnya  iaitu Henry.. namun atas sebab peperangan yang bakal melanda Paris pada tahun 1930 dan tentang ketegasan keluarga Amanuella tentang hubungan tanpa restu keluarga, hubungan percintaan Amanuella dan Henry terhenti di pertengahan jalan dengan penuh tanda tanya.. semakin Ruby galak membaca surat-surat milik Amanuella semakin galak untuk Ruby mengtahui apakah kesudahan dan jawapan kepada segala persoalan yang timbul..

dapatkah Ruby merungkai segala persoalan yang terbit? dapatkah Ruby mengetahui identiti Henry? dapatkah Ruby mengenali Amanuella? dan adakah hubungan percintaan jarak jauh Ruby dan Jack mekar kembali?

haa.. kenelah korang baca buku ni..tak rugi den beli buku ni dari Carousell dan tak rugi den tunggu dekat tiga minggu owner nak hantar buku ni kat den..

 den sangat puas hati dengan jalan cerita dan watak-watak dalam cerita nie.. dan yang paling penting happy ending untuk semua orang dalam cerita ni!

11 January 2016

Book Review 2016 # 33 - Going La La

Title: Going La La
Author: Alexandra Potter
Reading Duration : <12 hour

ternyata semua novel Alexandra Potter meninggalkan kesan!!

dalam masa seminggu Frankie telah kehilangan kerja, dihalau keluar oleh tuan rumah dan putus hubungan dengan Hugh selepas menjalinkan hubungan selama 2 tahun.. lebih perit apabila Hugh meminta perpisahan pada ulang tahun kelahiran Frankie yang ke-29..

sedih dan masih tidak dapat menerima kenyataan, Frankie sebulat suara untuk pergi jaoh dari Hugh (seperti permintaan Hugh 'I need space').. Frankie mengambil keputusan untuk menziarahi kawan serumah nya dulu, Rita yang mengejar impian untuk menjadi seorang pelakon di LA..

bermula dari kejadian di airport, sehingga pertemuan tidak diduga di sebuah parti (ajakan Dorian, jiran rumah Rita) Frankie acap kali bertembung dengan Reilly, seorang photographer.. mereka seringkali bersemuka tanpa diduga.. 

adakah Frankie berjaya melupakan Hugh? adakah Frankie sedia membuka hatinya untuk menerima cinta sekali lagi? adakah pertembungan tidak diduga antara Frankie dan Reilly berakhir dengan sebuah percintaan? 

jadi nye korang kene la baca sendiri yer.. memang tak rugi den beli buku ni kat BookXceess.. 

28 July 2015

Book Review 2015 # 24 - The Love Detective

Title: The Love Detective
Author: Alexandra Potter
Reading Duration: 1 day


I LOVE THIS BOOK!!

buku ni pasal Ruby Miller yang telah hilang percaya kepada cinta akibat kecurangan bekas tunangnya.. cerita berkisarkan suasana di India (mostly Goa dan Delhi).. dek disebabkan Ruby seperti hilang arah dalam penulisan akibat kepedihan putus tunang, Diana (ejen Ruby) telah mencadangkan supaya Ruby pergi bercuti..

selepas mendapat kiriman poskad dari adiknya Amy yang bercuti di India, Ruby terus membuat keputusan untuk pergi bercuti sekaligus meluangkan masa bersama adiknya.. selepas seminggu bercuti Ruby dan Amy bercadang untuk pulang ke London bersama.. namun Amy telah menghilangkan diri untuk berkahwin lari dengan Shine (instructor kelas Yoga)..

pengembaraan Ruby pon bermula dalam menjejak Amy.. selepas mendapatkan maklumat dari resort Ruby terus menaiki keretapi ke Delhi.. dalam perjalanan Ruby telah bertemu dengan Jack.. namun ini bukan lah pertemuan romantik yer..

sampai di Delhi Ruby telah kehilangan beg serta passport.. namun Jack sudi untuk menolong Ruby.. bahkan Jack sanggup berkongsi kereta sewa (kepunyaan Rocky) untuk membawa Ruby ke tempat yang dipercayai Amy berada.. banyak insiden yang terjadi dalam perjalanan Ruby dan Jack menjejaki Amy..

maka bermulah episod Ruby mengenali erti cinta sekali lagi.. adakah Ruby akhirnya percaya pada cinta? adakah Jack lelaki yang berjaya mengubah persepsi Ruby terhadap cinta? adakah mereka akhirnya menjalinkan hubungan cinta?

so kenelah baca sendiri buku ni yer..

i think dalam cerita ni ade Cupid (yang bernama Rocky) yang tolong this women (Ruby) to meet this guy (Jack) and help them to fall in love.. but then Cupid version India lah yer..

very lovely story.. that's why den boleh abis baco dalam 1 hari jer.. *wink wink*

pstt.. nak khoba ni, maso den baco buku ni den bayangkan watak hero eh ialah Branden Fraser.. sobab eh dalam cito The Mummy tu dio suko nyakat bini eh..