Showing posts with label Stephanie Meyer. Show all posts
Showing posts with label Stephanie Meyer. Show all posts

27 March 2016

Book Review 2016 # 47 - Breaking Dawn (Twilight # 4)

Title: Breaking Dawn
Author: Stephanie Meyer
Reading Duration: 2 day
Pages: 7++


buku last dalam series Twilight.. buku keempat ni den pening sket nak baca masa mula-mula sebab ade 3 bahagian.. bahagian pertama sebagai Bella.. keindahan majlis perkahwinan Bella dan Edward yang diuruskan sepenuhnya oleh Alice.. kemudian mereke pergi honeymoon kat Esme Island hadiah perkahwinan daripada Carlisle dan Esme.. sekali lagi Bella dihimpit persoalan dalam memilih antara dirinya atau 'anak' dalam kandungan nya.. keputusan Bella ditentang oleh Edward tetapi Bella telah mendapat sokongan daripada Rosalie..

bahagian kedua sebagai Jacob.. so kat sini den ade masalah sket, sebab tiba-tiba nak jadi Jacob plak.. Jacob juga tidak terlepas dalam membuat keputusan.. kerana Jacob perlu memilih samada meneruskan kuputusan Sam untuk membunuh Bella dek kerana kandungan Bella yang mereka fikirkan akan mengundang bahaya pada masa akan datang, atau keluar daripada kawanan Sam dan menjaga keselamatan Bella sehingga Bella selamat melahirkan 'anak' nya..

bahagian ketiga kembali sebagai Bella.. Edward telah menukar Bella menjadi vampire selepas Bella melahirkan 'Renesmee'.. Bella juga perlu menerima keputusan bahawa Jacob telah imprint kepada Renesmee, walaupon pada awal nampak seperti tidak masuk akal tetapi hakikatnya itulah keputusan yang baik.. masalah bermula apabila Irina (Denali coven) ternampak Renesmee dan menganggap Renesmee ialah 'immortal child' yang mempunyai legenda hitam dalam sejarah vampire.. tanpa berfikir panjang atau mendapatkan penjelasan Irina terus pergi berjumpa Vultori, namun Vultori telah pon membuat keputusan..

dapatkah Bella menyelamatkan Renesmee daripada keputusan Vultori? 

25 March 2016

Book Review 2016 # 46 - Eclipse (Twilight # 3)

Title: Eclipse
Author: Stephanie Meyer
Reading Duration: 4 days (night only)
Pages: 6++



Eclipse merupakan buku ketiga dalam series Twilight.. buku ketiga banyak berkisar tentang Bella.. 

bandar berhampiran Seattle telah dilanda satu siri pembunuhan yang penuh misteri.. mangsa tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.. ditambah pula dengan kenyataan Victoria masih meneruskan niat jahatnya untuk membalas dendam diatas kematian partner nya James.. dan situasi ini menyedarkan Bella yang dia sekali lagi dikelilingi oleh bahaya..

dalam pada masa yang sama Bella juga dihimpit persoalan dalam membuat pilihan diantara kekasihnya Edward si vampire atau sahabatnya Jacob si werewolf.. dan keputusan yang bakal diambil Bella pasti akan meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap dirinya..

ditambah pula hari graduasi yang semakin hampir, Bella sekali lagi dihimpit persoalan dalam membuat keputusan.. Bella perlu membuat keputusan yang paling penting dalam hidupnya, kekal sebagai manusia atau menjadi vampire..

20 March 2016

Book Review 2016 # 45 - New Moon (Twilight # 2)

Title: New Moon
Author: Stephanie Meyer
Reading Duration: 1 day
Pages: 5++



New Moon buku kedua dalam Twilight series.. kisah bermula apabila Edward membuat keputusan untuk meninggalkan Bella seperti Edward tidak pernah wujud dalam kisah hidup Bella..

so kali ni New Moon bercerita bagaimana Bella menghadapi keadaan dan kehidupan tanpa kehadiran Edward.. sepanjang ketiadaan Edward, Bella tetap dapat mendengar suara Edward apabila Bella terlibat dalam situasi bahaya.. dan disebabkan itu Bella bersangka sekiranya dia melakukan aktiviti yang boleh mengundang bahaya dia akan dapat mendengar suara Edward, hakikatnya dia akan berasa sesak nafas walaupon hanya nama Edward disebut.. sepanjang ketiadaan Edward dan keluarganya, Bella menghabiskan masanya bersama Jacob Black yang merupakan werewolf.. 

kali ni cerita agak meleret kerana kebanyakkan nya bercerita tentang kehidupan seharian Bella tanpa kehadiran Edward.. cerita tentang persahabatan baru antara Bella dan Jacob.. boleh dikatakan tiada langsung aksi dalam buku kedua.. namun Stephanie Meyer berjaya membuat pembaca ingin terus membaca novel ni sehingga akhir..

apa yang den boleh katakan filem dan buku sangat jaoh perbezaan nya.. terutamanya yang melibatkan scene Italy.. walaupon begitu buku kedua tetap mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membuatkan pembaca tidak berhenti membaca..

19 March 2016

Book Review 2016 # 44 - Twilight (Twilight # 1)

Title: Twilight
Author: Stephanie Meyer
Reading Duration: 1 day
Pages: 3++


macam yang den cakap sebelum ni, den dah banyak kali nonton cite twilight ni.. den pon dah banyak kali baca e-book nye.. tapi ni pertama kali den baca dari physical book.. den memang excited baca buku ni sebab den akan compare dengan movie nye.. den akan bayangkan dalam movie bila scene nye.. bagi den of course ler buku lagi best.. 

Twilight ni first buku dalam Twilight series.. perkenalan antara Bella Swan dengan Edward Cullen.. Bella seorang pelajar high school berumur 17 tahun yang baru berpindah dari Jacksonville ke Forks.. Bella seorang yang pendiam, menyendiri, tidak suka aktiviti, dan seorang pemerhati.. dan yang paling penting Bella seorang 'danger magnet' pada mata Edward.

kisah bermula apabila Edward menyelamatkan Bella dari ditimpa kemalangan di perkarangan parking sekolah.. bermula dari itu, Bella mula membuat pelbagai spekulasi mengenai diri Edward.. namun Edward tidak  mengiakan komen Bella.. tapi akhirnya Bella pasti yang Edward ialah vampire..

so first book ni banyak berkisar tentang Bella membongkar rahsia Edward.. bagaimana Bella menyelami kehidupan seharian Edward.. bagaimana persekitaran menerima hubungan Bella dan Edward.. bagaimana penerimaan keluarga masing-masing..

jalan cerita tak sarat dan tidak meleret.. hanya watak penting sahaja yang diketengahkan.. senang untuk faham penulisan Stephanie Meyer dan senang untuk faham kesuluruhan cerita..

walaupon dah banyak kali nonton cerita nie, tapi buku tetap yang best..