Title: Breaking Dawn
Author: Stephanie Meyer
Reading Duration: 2 day
Pages: 7++
buku last dalam series Twilight.. buku keempat ni den pening sket nak baca masa mula-mula sebab ade 3 bahagian.. bahagian pertama sebagai Bella.. keindahan majlis perkahwinan Bella dan Edward yang diuruskan sepenuhnya oleh Alice.. kemudian mereke pergi honeymoon kat Esme Island hadiah perkahwinan daripada Carlisle dan Esme.. sekali lagi Bella dihimpit persoalan dalam memilih antara dirinya atau 'anak' dalam kandungan nya.. keputusan Bella ditentang oleh Edward tetapi Bella telah mendapat sokongan daripada Rosalie..
bahagian kedua sebagai Jacob.. so kat sini den ade masalah sket, sebab tiba-tiba nak jadi Jacob plak.. Jacob juga tidak terlepas dalam membuat keputusan.. kerana Jacob perlu memilih samada meneruskan kuputusan Sam untuk membunuh Bella dek kerana kandungan Bella yang mereka fikirkan akan mengundang bahaya pada masa akan datang, atau keluar daripada kawanan Sam dan menjaga keselamatan Bella sehingga Bella selamat melahirkan 'anak' nya..
bahagian ketiga kembali sebagai Bella.. Edward telah menukar Bella menjadi vampire selepas Bella melahirkan 'Renesmee'.. Bella juga perlu menerima keputusan bahawa Jacob telah imprint kepada Renesmee, walaupon pada awal nampak seperti tidak masuk akal tetapi hakikatnya itulah keputusan yang baik.. masalah bermula apabila Irina (Denali coven) ternampak Renesmee dan menganggap Renesmee ialah 'immortal child' yang mempunyai legenda hitam dalam sejarah vampire.. tanpa berfikir panjang atau mendapatkan penjelasan Irina terus pergi berjumpa Vultori, namun Vultori telah pon membuat keputusan..
dapatkah Bella menyelamatkan Renesmee daripada keputusan Vultori?
