Title: Twilight
Author: Stephanie Meyer
Reading Duration: 1 day
Pages: 3++
macam yang den cakap sebelum ni, den dah banyak kali nonton cite twilight ni.. den pon dah banyak kali baca e-book nye.. tapi ni pertama kali den baca dari physical book.. den memang excited baca buku ni sebab den akan compare dengan movie nye.. den akan bayangkan dalam movie bila scene nye.. bagi den of course ler buku lagi best..
Twilight ni first buku dalam Twilight series.. perkenalan antara Bella Swan dengan Edward Cullen.. Bella seorang pelajar high school berumur 17 tahun yang baru berpindah dari Jacksonville ke Forks.. Bella seorang yang pendiam, menyendiri, tidak suka aktiviti, dan seorang pemerhati.. dan yang paling penting Bella seorang 'danger magnet' pada mata Edward.
kisah bermula apabila Edward menyelamatkan Bella dari ditimpa kemalangan di perkarangan parking sekolah.. bermula dari itu, Bella mula membuat pelbagai spekulasi mengenai diri Edward.. namun Edward tidak mengiakan komen Bella.. tapi akhirnya Bella pasti yang Edward ialah vampire..
so first book ni banyak berkisar tentang Bella membongkar rahsia Edward.. bagaimana Bella menyelami kehidupan seharian Edward.. bagaimana persekitaran menerima hubungan Bella dan Edward.. bagaimana penerimaan keluarga masing-masing..
jalan cerita tak sarat dan tidak meleret.. hanya watak penting sahaja yang diketengahkan.. senang untuk faham penulisan Stephanie Meyer dan senang untuk faham kesuluruhan cerita..
walaupon dah banyak kali nonton cerita nie, tapi buku tetap yang best..
