30 May 2016

Book Review 2016 # 62 - What a Girl Wants (A Girl # 2)

Title: What a Girl Wants
Author: Lindsey Kelk
Reading Duration: 1 week
Pages: 3++


buku ni bersambung dari sini.. selepas pulang dari Hawaii, Tess terpaksa menghadap kerenah teman serumahnya pula iaitu Vanessa.. Vanessa sangat marah kepada Tess kerana pergi ke Hawaii sebagai dirinya.. disebabkan itu Vanessa telah membuat laporan polis dan mengatakan Tess adalah seorang yang merbahaya.. dengan itu Tess telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap atas kesalahan menceroboh rumah sewanya sendiri.. lebih teruk apabila Tess ditangkap ketika sedang melompat keluar dari tingkap rumah nya..

selepas diselamatkan oleh Charlie untuk sekian kalinya, dan selepas Charlie meluahkan perasaan cintanya kepada Tess, Tess membuat keputusan yang dia memerlukan masa untuk membuat keputusan.. dengan itu Tess telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran kerja daripada Al di Milan.. bersama Amy sebagai pembantunya, mereka telah terbang ke Milan..

di Milan sekali lagi Tess diuji untuk membuat keputusan sama ada untuk menerima tawaran Charlie sebagai rakan business atau meneruskan kerjayanya sebagai photographer.. dan disebalik masalah ini, tess juga perlu membuat keputusan sama ada Charlie atau Nick..

seperti biasa Lindsey Kelk pandai bermain dengan drama.. setiap hari Tess tidak terlepas daripada drama dalam kelangsungan hidupnya.. dan Amy serta Kekipi sentiasa berada disamping Tess..

dapatkah Tess membuat keputusan wajar? adakah Tess memilih marketing sebagai kerjayanya atau memilih untuk menjadi photographer? dan siapakah pula cinta hati pilihan Tess?

pendek cerita, keputusan Tess bertepatan dengan tajuk novel ini..

happy reading guys! :)