13 February 2016

Book Review 2016 # 38 - Key of Knowledge (Key Trilogy # 2)

Title: Key of Knowledge
Author: Nora Roberts
Reading Duration: less than 10 hours


lepas abis baca buku pertama Key of Light den terus sambung baca buku ni.. memang den nekad nak abiskan trilogy ni sebelum ari isnin..

so selepas Malory berjaya dalam misinya mencari kunci pertama untuk membebaskan Daughter of Glass, dan juga selepas Flynn berjaya menambat hati Malory, kini mereka kembali di Warrior's Peak untuk upacara penyerahan tugasan kepada pencari kedua..

kali ini Giliran Dana pula.. seperti Malory, Dana juga mendapat panduan daripada Rowena.. tugasan Dana berkait rapat dengan masa lampau, masa kini dan masa depan Dana.. seperti Malory, Dana juga berhadapan halangan terutamanya daripada Kane.. Kane merupakan Tuhan yang telah mengambil jiwa Daughter of Glass dan mengunci jiwa mereka didalam kotak.. dan Dana hanya mempunyai masa selama empat minggu untuk merungkai misteri dalam mencari kunci kedua.. 

Dana, Malory dan Zoe telah bersepakat untuk membuka perniagaan bersama dan mereka telah berjaya membeli sebuah rumah 2  tingkat yang bakal mereka jadikan tempat perniagaan mereka yang mereka namakan sebagai 'Indulgence'.. kini proses untuk memulakan pernigaan pon bermula.. seiring dengan tugasan Dana dalam mencari kunci kedua.. Dana tidak keseorangan kerana bersamanya ialah Malory dan Zoe.. 

dalam menyelesaikan tugasan mencari kunci, Dana juga perlu berdepan dengan Jordan.. Jordan merupakan rakan karib Flynn iaitu abang tiri Dana.. Jordan juga merupakan insan yang telah melukakan hati Dana.. 

berjayakah Dana bersemuka Jordan dan menyelesaikan permasalahan antara mereka? apakah dugaan dan halangan yang perlu Dana lepasi? berjayakah Dana merungkai misteri dan menemukan kunci kedua? 

seperti buku pertama, korang memang tak kan rasa rugi baca buku kedua ni.. den jamin!