Title: Key of Light
Author: Nora Roberts
Reading Duration: less than 12 hour
buku pertama dalam series Key Trilogy.. kurang 12 jam den abis baca buku ni.. tak sampai hati nak letak dan sambung baca kemudian.. haha
buku ni berkisar tentang perjalanan Malory mencari kunci untuk membebaskan Daughter of Glass.. bermula dari jemputan untuk makan malam di Warrior's Peak, sebuah rumah agam/istana di atas bukit.. jemputan tidak hanya kepada Malory tetapi juga kepada Dana dan Zoe.. anehnya mereka bertiga sebenarnya tinggal di pekan yang sama tetapi tidak pernah bersemuka antara satu sama lain..
Rowena dan Pitte ialah penjaga kepada anak Tuhan iaitu Daughter of Glass.. mereka telah diusir dari alam mereka dan telah diberikan tugas untuk mencari tiga orang manusia (mortal) untuk menerima tugasan untuk mencari kunci bagi membebaskan Daughter of Glass.. tugas Rowena dan Pitte adalah untuk membantu manusia dalam misi mencari kunci tersebut..
setelah menceritakan hal yang sebenar, Malory, Dana dan Zoe masih tidak percaya namun mereka tetap menerima tugasan untuk mencari kunci tersebut kerana mereka akan menerima wang sejumlah 25k sebaik sahaja menerima tugasan. dan wang tidak akan diminta semula sekiranya mereka gagal mencari kunci tersebut.. dek kerana mereka bertiga dalam situasi yang sama iaitu kehilangan kerja atau akan kehilangan kerja, mereka sangat memerlukan wang tersebut untuk meneruskan kelangsungan hidup..
semasa upacara penyerahan tugasan, Malory telah dipilih sebagai pencari pertama.. seperti yang dijanjikan Rowena telah memberikan panduan kepada Malory dalam misi mencari kunci tersebut.. Malory hanya mempunyai masa selama empat minggu untuk melaksanakan tugasannya.. selepas Malory berjaya dalam misinya, pencari kedua akan meneruskan misi untuk mencari kunci kedua dan seterusnya..
dalam masa empat minggu Malory telah menjadi rakan baik kepada Dana dan Zoe.. mereka seakan adik-beradik.. menjadi rapat dalam misi mencari kunci.. saling tolong-menolong dan menyokong antara satu sama lain.. malah mereka juga telah bersepakat untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.. Malory bercadang membuka Art Galery, Dana membuka bookstore dan Zoe membuka Salon..
dalam misi mencari kunci, bukan hanya Dana dan Zoe yang terlibat.. malahan abang tiri Dana iaitu Flynn, serta rakan karib Flynn iaitu Jordan dan Bradley turut terkait dalam menyelesaikan quest bagi mencari kunci untuk membuka peti yang menyimpan jiwa Daughter of Glass.. Malory perlu menggunakan kearifannya dalam seni untuk menyelesaikan misteri dalam mencari kunci.. dan ianya bermula dengan lukisan Daughter of Glass..
apakah kaitannya Flynn dan rakan karibnya dalam misi Malory? adakah Malory berjaya menghadapi halangan dalam misi mencari kunci? adakah Malory berjaya membuka perniagaan bersama Dana dan Zoe? so kenelah korang baca buku ni sendiri.. den jamin korang tak kan menyesal baca buku ni!
