27 February 2016

Book Review 2016 # 41 - The Keeper

Tittle: The Keeper
Author: John Lescroart
Reading Duration: 1 day


buku ni den beli kat bookXcess, sampai nye lame dah tapi disebabkan orang Pos Laju malas nak naek tingkat 3, dye tinggalkan note jer suh p amek kat Brikfields.. maka nye ari sabtu lepas sebelum g dobi den g lah amek buku ni.. balik umah terus den start baca.. tengah malam den dah abis baca.. cepat kan? sebab den suka jalan ceritanya..

cite nye bermula bila Hal Chase balik dari airport dan mendapati isterinya Katie telah hilang dari rumah tetapi anak-anak mereka tidur didalam bilik.. ditambah dengan kesan darah dibahagian dapur makin membuat Hal Chase bimbang..

selepas lima hari hilang tanpa kesan, pihak polis telah menukar status kes daripada "Missing Person" kepada "Homicide" walaupon status Katie masih belum terjawab.. dek kerana itu Hal telah membuat keputusan untuk melantik seorang peguam iaitu Hardy Dismas bagi mengelakkan masalah pada hari mendatang.. ini juga kerana Hal telah menjadi suspek utama dalam kes kehilangan Katie.. 

Hardy telah meminta pertolongan seorang pesara polis homicide iaitu Abe Glitsky bagi menolong beliau dalam menyelesaikan misteri kehilangan Katie.. pada mulanya seperti pihak polis betol tentang Hal Chase telah membunuh isterinya sendiri kerana rumahtangga mereka bermasalah dan ditambah pula dengan jumlah insurans diatas nama Katie sangat tinggi.. 

tugas Abe ialah untuk mencari Katie, dan untuk mencari suspek lain sekiranya ade termasuklah Patti Orosco, seorang dara kaya dan bernahaya, juga merupakan bekas kekasih Hal Chase, bekas kekasih misteri Katie, ibu tiri Hal Chase iaitu Ruth yang geram kepada Katie kerana menghalang Ruth daripada berjumpa cucnya.. semakin jaoh siasatan Abe, beliau mendapati terdapat kejadian banduan mati mengejut ditempat kerja Hal iaitu penjara San Francisco.. inimenambahkan lagi persoalan kepada kehilangan Katie..

apabila mayat Katie dijumpai hanya tiga blok dari kediaman Hal dan Katie, pihak homicide terus menahan Hal dan menempatkan beliau dipenjara yang menjadi tempat kerjanya.. penjara yang penuh dengan rahsia yang dia sendiri tahu..

dapatkah Abe mencari pembunuh sebenar? adakah Hal tidak mempunyai kaitan dengan kematian Katie? ending sangat-sangat memberikan kejutan dan sangat-sangat tidak disangka..

p/s: den sangat-sangat recommend buku ni! tak rugi den beli kat bookXcess walaupon harga shipping nye kadang-kadang rasa macam tak berbaloi..