Title: Inkdeath
Author: Cornelia Funke
Reading Duration: 3 day
Inkdeath merupakan series ketiga dalam Inkheart Trilogy
selepas dilepaskan dari tawanan Adderhead, Mo, Resa dan Megie tinggal disebuah rumah ladang yang ditinggalkan jaoh daripada Ombra.. walaupon begitu mereka tetap dikawal oleh orang-orang Black Prince.. watak Bluejay seperti telah menyerap ke dalam diri Mo, dan Mo seringkali turut serta dalam misi Black Prince..
kini Ombra menjadi semakin huru-hara dan semua watak ciptaan Fegnolia seperti tidak boleh dikawal lagi, walaupon dari pencipta nya sendiri.. ditambah pula dek campur tangan dari Orpheus yang sering menulis dan membaca sesuatu demi kepentingan dirinya sendiri.. lain pula cerita dengan Fegnolia, kerana kini dia seakan tidak dapat menulis semula..
walaupon memiliki White Book, Adderhead kini sengsara dengan penyakit kulit yang semakin cair dan berbau busuk.. ini berlaku kerana Mo telah meletakkan sesuatu pada White Book semasa membuatnya dahulu tanpa disedari sesiapa pon.. disebabkan itu Adderhead telah memanggil semua bookbinder untuk membaiki White Book dan sekiranya gagal mereka akan digantung sehingga mati.. pada masa yang sama, Violante, anak perempuan kepada Adderhead telah menghulurkan perjanjian kepada Bluejay untuk bekerjasama membunuh Adderhead..
dapatkah Mo membuang sifat Bluejay dalam dirinya? dapatkah Adderhead menghilangkan penyakit yang semakin menguasai dirinya? dan adakah Bluejay akan bekerjasama dengan Violante?
p/s: den harap orang lain yang baca buku ni akan ade perasaan yang sama macam den masa baca buku ni.. sangat berbaloi den beli buku ni..
