Title: Pierced
Author: Thomas Enger
Reading Duration: 2 day
wartawan siasatan jenayah, Henning Juul masih lagi dihantui oleh kematian anaknya Jonas yang mati dalam kebakaran apartment miliknya dua tahun lepas.. apabila Henning menerima mesej daripada Tore Pulli, seorang penjenayah yang disabitkan kesalahan membunuh, Henning tidak dapat menolak permintaan Pulli "If you find out who set me up, I'll tell you what happened the day your son died"
walaupon Henning berasa ragu-ragu dengan kenyataan Pulli yang beliau tahu apa yang terjadi pada hari kematian Jonas, Henning tetap meneruskan siasatan mengenai sabitan Pulli membunuh salah seorang sahabatnya.. namun apabila Henning mendapati ade jarak masa selama 19 minit dari masa Henning menjumpai mayat dan menelefon polis dan apabila signature Pulli "jaw breaking" terdapat pada mayat menguatkan lagi kesangsian Henning kepada Pulli..
namun begitu Henning tetap meneruskan siasatannya.. semakin banyak perkara Henning selongkar semakin banyak misteri dijumpai.. walaupon Henning mendesak Pulli untuk memberitahu perkara sebenar mengenai hari kematian Jonas, Pulli tetap berkeras.. dan apabila Pulli tiba-tiba mati pada hati "appeal" nya, Henning seperti menjumpai jalan buntu..
bergandingan dengan rakan sejawatan Iver Gundersen yang kini merupakan kekasih bekas isteri Henning iaitu Nora, mereka berdua menyelami kehidupan dalam dunia jenayah.. mencari jawapan dan pada masa yang sama menjumpai banyak lagi persoalan.. semakin jaoh progress Henning semakin Henning mengetahui bahawa kini dye bukan hanya mencari seorang pembunuh, tetapi beberapa orang pembunuh yang saling berkait antara satu kes bunuh dengan kes bunuh yang lain..
dapatkah Henning menjumpai siapa pembunuh Pulli sekaligus yang memerangkap Pulli sebagai pembunuh? dan dapatkah Henning mengetahui siapa yang membunuh anaknya atau apa yang terjadi pada hari kematian anaknya Jonas?
p/s: walaupon den tak baca buku pertama Thomas Enger iaitu Burned, den sangat rekomen korang untuk baca Pierced..
okay, den akan cari jugak buku pertama Thomas Enger ni.. stay tune...
