Title: Take a Look at Me Now
Author: Miranda Dickinson
Reading Duration: 2 days
its all about LOVE.. with great background! even from the words i can clearly visualize the place told in the story.. ni yang raso nak kumpul duit p honey to the moon kat San Francisco!
dalam masa sehari, Nell kehilangan pekerjaan dan juga cinta.. lebih perit apabila berita tentang beliau diberhentikan kerja diberitah oleh Aidan, bos merangkap kekasih on-off.. dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil agak mustahil untuk Nell mendapat pekerjaan baru dengan kadar segera..
berbekalkan ganti rugi yang diterima dari ex-syarikat, Nell membuat keputusan untuk membuat sesuatu untuk diri sendiri, yang selama ini dikenali dengan gelaran 'girl with five year plan'.. langkah kaki Nel berhenti dihadapan sebuah pejabat agen pelancongan..
tanpa memikirkan ape yang akan dihadapi Nell telah menempah tiket penerbangan ke San Francisco.. nak dijadikan cerita Nell mempunyai seporang sepupu yang menetap dan bekerja di San Francisco.. Nell menetap bersama sepupunya selama 8 minggu..
percutian Nell untuk menenangkan diri dari belenggu ketiadaan kerja dan kehilangan cinta telah bertukar menjadi percutian cinta apabila Max muncul.. dalam masa yang sama Nell juga berfikir untuk merealisasikan impiannya untuk membuka sebuah kedai makan a.k.a Diner..
adakah percutian Nell benar-benar menjadi percutian cinta? adakah impian Nell menjadi kenyataan? so kenelah korang beli dan baca buku ni yer..
jalan cerita tak padat.. sangat enjoy masa baca buku nie.. tengah buat rambut pon den tibai baca buku ni.. sampai tak sanggup nak letak buku ni lelame sebab tak saba nak abiskan..
p/s: orang yang diet jangan baca buku ni yer.. sebab scene makan terlalu banyak.. sampaikan den pon boleh terbayang-bayang makanan yang diceritakan..
