29 April 2016

BookCafe RM1 Sale


tengah bersosial kat FB tadi ternampak banner  ni.. lepas klik lagi ler den terperanjat, sebab BookCafe tengah buat sale rm1.. ko bayangkan ler, sebuah buku rm1 jer!!


sale ni berlangsung selama 3 hari sahaja.. tapi sale bukan 24 jam.. sale hanya pada jam tertentu.. dan setiap pelanggan hanya boleh beli 1 buku sahaja.. senang cite, sape cepat dye dapat :)

lepas skodeng punye skodeng den tertarik dengan sale pada jam 4pm ni.. dah la ade 5 naskah jer.. 


p/s: den siap set alarm lagi kau.. pastu siap register lagi.. harap-harap ade ler rezeki den beli buku ni kul 4pm kang..

update 4.10pm.. buku ni dah sold dalam sekelip mata.. sedih nye la hai..

BookXcess Fiction Sales


BookXcess Retail Store Sales is comeback!!

all fiction book price is rm9.90

date: 30 april - 2 may 2016
time: 10am - 10pm
venue: Amcorp Mall | Fahrenheit88 | SS15 Courtyard

24 April 2016

Book Review 2016 # 55 - Harry Potter and the Order of the Phoenix (Harry Potter # 5)

Title: Harry Potter and the Order of the Phoenix
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 4 day (night only)
Pages: 6++


okay selepas tertangguh beberapa hari (sebenarnye dah lost count berapa hari), akhirnya den berjaya jugak menghabiskan buku nie.. 

sepanjang cuti semester, Harry dapat merasakan kawan baiknya Ron dan Hermione seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuannya.. namun setiap kali Harry cuba bertanya mereka menjawab tiada ape yang berlaku dan Harry tidak perlu merasa risau.. 

setiap hari Harry mendengar berita muggles (non-magic people) secara curi-curi, tujuannya untuk mengetahui sekiranya ade perkembangan mengenai Dark Lord seperti pembunuhan misteri.. Harry juga melanggan surat khabar Daily Prophet namun hampa kerana tiada satu pon berita mengenai Dark Lord atau kejadian pelik.. 

apabila Harry didatangi oleh 2 Dementors semasa berada di taman bersama Dudley, episode hitam pon bermula.. pertama, Harry berkemungkinan akan dibuang dari sekolah kerana melakukan magic diluar kawasan sekolah; kedua, Harry diberitahu tentang Order of the Phoenix, yang bertujuan untuk menjaga keselamatannya; ketiga, professor baru Dolores Umbridge yang mengajar subject Defense Against the Dark Art (dan bertambah teruk apabila mereka hanya membaca dari buku tanpa melakukan praktikal): keempat, apabila parut didahi Harry merasa sakit hanpir setiap hari dan Harry bermimpi tentang sebuah pintu yang sama pada setiap malam; kelima, apabila Harry diminta untuk belajar Oculemency dengan Snape!

sepanjang den baca buku nie, den rasa sangat menyampah dengan Umbridge! rasa nak tampar-tampar jer.. thanks to Centours sebab berjaya buat Umbridge kenal erti takut.. 

den berenti baca buku sebab kne tido jer, kalo lah tido tu boleh tangguh konpem lagi cepat den abis baca buku.. sebab ape? sebab buku ni best.. jalan cerita yang penuh dengan misteri dan suspen..

so korang kene lah baca buku ni yer untuk rasa sendiri betapa best nye buku ni..

22 April 2016

MPH - World Book Day


MPH juge tak ketinggalan untuk mengadakan jualan buku sempena World Book Day!

tarikh: 22 hingga 30 April

untuk member akan dapat extra 20% diskaun

tak jadi member pon tetap dapat diskaun 15%, so jangan sedih-sedih okay..

psstt, diskaun hanya untuk buku tertentu sahaja.. klik sini untuk tau buku ape yang ade diskaun ek..


21 April 2016

Book Review 2016 # 54 - Alice Through the Looking Glass

Title: Alice Through the Looking Glass
Author: Lewis Carroll
Reading Duration: 5 hours
Pages: 90+


buku Alice ni den beli 2 in 1.. harga tengah murah kat MPH.. 

okay kali ni Alice mengembara masuk melaui cermin plak! den raso skuel kedua ni okay (dalam buku ler, sebab filem nye bulan depan baru keluar!) so nanri biler masuk panggung den akan ajak en.asben teman g tengok pastu kita bandingkan buku dengan filem hokay..

kali ni den raso jalan cerita okay dan nampak ade perkembangan dalam penceritaan..sebab Alice bergerak dari satu petak ke petak.. tapi petak ape? petak chess ler.. dengan adenye nasihat dari White Queen, Alice pon memulakan pengembaraan nya..

sepanjang pengembaraan Alice bertemu dengan banyak watak yang menarik dengan personaliti tersendiri.. banyak jugak cabaran yang Alice hadapi kali ni.. mane idak nye, setiap yang terjadi adalah disebalik kenyataan dalam alam realiti.. so korang jangan cari ape-ape makna dalam cerita ni yer,, just baca jer..

selamat membaca! :)

MPH Pre-Order

ingat tak wishlist den pasal buku baru Harry Potter aritu?
(korang boleh cek link ni yer)

haa.. MPH dah announce yang korang boleh pre-order buku ni


harga asal rm119.90
harga pre-order rm95.92
penjimatan rm23.98 = 20%

den ado tanyo kat bookstore kat Tesco The Scott Garden, harga pre-order kalo tak salah den rm99, so makne nye kat MPH still lagi murah..


BookXcess Free Shipping


haa minggu depan gaji masuk!

so boleh ler korang-korang soping buku kat bookXcess ni..

dengan pembelian rm200 dalam 1 resit, korang akan dapat free shipping
(psstt.. kalo dah rm200 shipping cost lebih kurang rm35 tau.. banyak dah jimat tu)

promosi sampai 1 May 2016 jer..

dan hanya SAH untuk semenanjung sahaja

18 April 2016

MPH Children Warehouse Sale


tarikh: 26 april - 2 may
masa: 10am - 10pm
tempat: Jaya One

moh ler kome-kome yang ade anak kecil.. berbaloi rasanya membeli buku atau alatan pembelajaran dengan harga sale ni!

MPH - World Book Day


so moh ler kita skodeng MPH Online store tuk tengok buku-buku baru pada 23 april ni yer

16 April 2016

Book Review 2016 # 53 - Alice Adventures in Wonderland

Title: Alice Adventures in Wonderland
Author: Lewis Carroll
Reading Duration: 5 hour
Pages: 90+


percaya tak Alice boleh muat dalam lubang arnab? haa, itulah permulaan pengembaraan Alice, sebab dye ikot White Rabiit masuk dalam lubang..

den raso filem nye lagi best dari buku ni.. sebab ape? baca list kat bawah yer

1. tiada keputusan tentang Alice sama ada nak jadi kecik atau besar, sudah nye Alice simpan sikit cebisan cendawan untuk membesar dan mengecil
2. watak-watak yang terlalu tidak masuk akal
3. jalan cerita yang tidak berkembang, kerana hampir keseluruhan cerita adalah berkisar didalam rumah sebelum Alice keluar dari pintu dan menuju ke Garden

tapi, sekira nya den baca buku ni maso den kocik-kocik dulu mest den raso buku ni best.. sebab banyak watak imaginasi yang lucu (kalau ko budak kocik lah).. di tambah pula masa Mad Tea Party.. macam takde tujuan jer beralih tempat sebab orang pertama jer yang dapat merasa guna cawan baru, tapi orang kedua dan ketiga akan guna cawan bekas orang pertama dan kedua..

dan satu watak yang den tetap tak suka baik dalam buku dan juga filem, Red Queen! asyik nak potong kepala orang jer koje nye.. 'Off his head' 'Off her head'.. takde alasan yang munasabah langsung.. tapi orang suruhan Red Queen tak potong pon kepala orang-orang tu semua,, haha.. kesian Red Queen kene tipu..

15 April 2016

Book Review 2016 # 52 - The Hobbit

Title: The Hobbit
Author: J.R.R Tolkien
Reading Duration: 1 week (night only)
Pages: 389


den beronti jap baca buku Harry Potter.. dah naek juling mato den.. so den start baca buku ni plak.. 

ni buku paling lamo den baco.. tak mau abis.. bukan cerita tak seronok tapi banyak halangan.. salah satu nye sebab den balik kg minggu lopeh.. kalau dah kat kg tu memang ke laut ler buku-buku den..

The Hobbit ni den tengok filem nye dulu baru den jumpo buku eh.. lepas google baru den tau yang ketiga-tiga cerita The Hobbit datang dari satu buku jer.. punyerlah teror orang putih ni pecahkan satu buku sampai jadi tiga filem!

Bilbo Baggins merupakan seorang Hobbit.. Bilbo sukakan adventure tapi dye lebih memilih untuk duduk dirumah sambil menikmati secawan teh daripada melakukan aktiviti yang berkaitan dengan adventure.. tapi bila satu hari seorang ahli sihir bernama Gandalf datang kerumah Bilbo bersama 13 orang kerdil, secara tidak langsung Bilbo telah terlibat dengan adventure..

maka Bilbo pon pergi memulakan pengembaraan yang sangat menakjubkan yang membawa Bilbo menjelajah ke Middle Earth dan kepada tempat-tempat yang bahaya.. sepanjang pengembaraan Bilbo menyedari yang dia mampu dalam dunia pengembaraan lebih daripada apa yang dibayangkan sebelum ini.. dan acap kali Bilbo membuktikan dirinya kepada orang kerdil bahawa betapa bernilainya dirinya kepada orang kerdil.. dan Gandalf sangat menyedari perkara itu dari mula..

jalan penceritaan yang funny and easy membuat kan den seronok baca buku ni.. dan setiap kali orang kerdil 'menyanyi' den pon ikut 'nyanyi' sekali.. pelik tapi benar.. haha

so, dengan ini den menyeru korang-korang untuk baca buku ni.. 

11 April 2016

MPH Book Hunting

next month cite Alice Through The Looking Glass akan keluar wayang.. jadi den raso-raso macam nak baca buku nye dulu sebelum tengok kat wayang.. 

ritu de jumpe pre-loved buku Alice ni kat Carousell tapi seller tak reply-reply lagi mesej den.. tengok kat MPH buku ni tengah sale, rm18.95 jer


ape lagi kan, den rembat ler buku ni.. 

dan dengan ini, den isytiharkan den coti boli buku sampai la ujung bulan kang..

BookXcess Sale - World Book Day


bersempena World Book Day, BookXcess sekali lagi mengadakan jualan untuk selected tajuk buku

Tarikh: 11 - 15 April 2016
Diskaun: 10%

moh ler kite tengok-tengok yer kat website nye..

tik tok tik tok...

okay selepas lihat melihat (ade lah 15 minit kot), den berkenan dengan buku ni.. sebab nye buku ni ade dalam wishlist den..

 

kat bawah ni screenshot transaction den.. diskaun rm3.58.. jadilah.. kate 10% diskaun kan..

05 April 2016

Book Review 2016 # 51 - Harry Potter and the Goblet of Fire (Harry Potter # 4)

Title: Harry Potter and the Goblet of Fire
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 3 day
Pages: 5++


Quidditch World Cup akan berlangsung tidak lama lagi.. dan ini merupakan pengalaman pertama Harry untuk menyaksikan perlawanan ini.. Harry bernasib baik apabila Mr.Weasley telah mendapat tiket percuma bagi perlawanan Quidditch.. namun sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku apabila seseorang telah memancarkan lambang Dark Mark (lambang Dark Lord) dan lebih malang apabila house-elf Mr.crouch telah dijumpai ditempat kejadian dengan memegang wand milik Harry Potter.. 

selepas kembali nya Harry ke Hogwarts, sekali lagi Harry dikejutkan dengan kejadian pelik apabila nama Harry tersenarai sebagai salah seorang champion yang akan bertanding dalam Triwizard Tournament.. hal ini menjadi pelik kerana Dumbledore sendiri telah melukis garisan umur supaya pelajar berumur dibawah 17 tahun tidak dapat menghantar penyertaan mereka untuk bertanding..

pada mata pandangan orang lain, kejadian ini berlaku kerana Harry mengejar popularity yang bakal di kecapi apabila mula bertanding.. dan Harry akan semakin popular apabila menang pertandingan itu.. namun pada mata Sirius Black, Dumbledore, McGonagall, Hagrid, Ron dan Hermoine kejadian ini mengundang bahaya kepada Harry.. 

apakah halangan yang bakal Harry hadapi dalam Triwizard Tournament? dan dapatkah Harry melepasi halangan-halangan tersebut? dan dapatkah Harry memenangi Triwizard Tournament?

03 April 2016

Carousell - Book Hunting

pantang masuk gaji mesti den beli buku.. Alhamdulillah en.asben faham dengan perangai den yang giler dengan buku ni..

so nak di jadikan cerita, ari ahad lepas (semalam ler tu) den ade beli buku baru.. buku ni sebenarnya den ade list dalam list idaman den, cek sini yer.. 

genre yang berbeza dari koleksi-koleksi buku den sebelum ni.. lepas abis baca Harry Potter boleh ler den baca buku-buku ni pulak..

 The Hobbit den beli dengan harga rm15 include postage

The Maze Runner rm36 include postage


Hunger Games rm50 include postage

02 April 2016

Book Review 2016 # 50 - Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (Harry Potter # 3)

Title: Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 2 day
Pages: 3++


Harry Potter dikira sangat bernasib baik kerana masih dapat menyambut hari kelahiran nya yang ke tiga belas tahun selepas terselamat daripada serangan the Dark Lord sebanyak beberapa kali semenjak Harry bersekolah di Hogwarts..

Harry sangat teruja untuk memulakan tahun persekolahan baru kerana Harry dapat bermain Quidditch semula dan dengan harapan dapat membantu house school menang untuk tahun ini..  namun Harry terpaksa melupakan hasrat itu kerana seorang pembunuh kejam telah terlepas daripada penjara ahli sihir iaitu Azkaban.. dan Harry di khabarkan bahawa tahanan penjara yang terlepas itu datang untuk membunuh Harry..

Harry melalui situasi pelik setiap kali Harry berhadapan dengan Dementors penghisap jiwa yang juga merupakan penjaga penjara Azkaban.. setiap kali berdepan dengan Dementors Harry pasti akan mendengar suara perempuan menjerit dan selepas itu Harry akan pengsan.. dengan bantuan professor Lupin, cikgu baru Defend Against the Dark Art Harry telah berjaya belajar sihir baru untuk menghalang atau menghalau Dementors..

tahun ini Harry, Ron Hermoine mengambil subjek baru dengan professor Trelawney.. dan setiap kali itu juga lah professor Trelawney akan membuat ramalan yang Harry bakal berdepan dengan maut.. namun Hermoine tidak pernah ambil pusing berkenaan ramalam tersebut..

Haryy dan yang lain membuat andaian bahawa Hogwarts merupakan tempat paling selamat bagi Harry.. adakah andaian mereka benar? dan adakah ramalan professor Trelawney akan benar-benar terjadi?

01 April 2016

Book Review 2016 # 49 - Harry Potter and the Chamber of Secrets (Harry Potter # 2)

Title: Harry Potter and the Chamber of Secrets
Auther: J.K Rowling
Reading Duration: 3 days
Pages: 2++


satu-satunya kemahuan Harry ialah lari daripada keluarga Dursley dan pulang kembali ke Hogwarts.. disana Harry merasakan dirinya normal seperti yang lain.. namun apabila hampir tiba masa untuk pulang ke Hogwarts, Harry telah didatangi oleh house-elf bernama Dobby dengan membawa amaran bahawa sekiranya Harry pulang ke Hogwarts, beliau akan ditimpa bencana..

selepas Harry diselamatkan oleh Ron, Fred dan George dengan menaiki kereta terbang milik Mr. Weaselly, Harry terus-terusan ditimpa kemalangan walaupon berada di dalam kawasan sekolah..

sebaik tiba di Hogwarts untuk memulakan tahun kedua persekolahan, bencana ngeri bakal melanda.. ditambah pula dengan kehadiran guru baru bangi mengisi kekosongan Defense the Dark Art Teacher iaitu Gilderoy Lockheart (pada pendapat Harry dan Ron, Gilderoy seakan mereka-reka tentang kehebatan dan kemampuannya dalam mengatasi Dark Art, kecuali Hermoine), spirit yang menghantui bilik air pelajar perempuan iaitu Moaning Mrytle serta perhatian yang ditarik oleh adik perempuan Ron iaitu Ginny..

namun ini semua adalah masalah kecil berbanding dengan masalah sebenar yang lebih besar, apabila seseorang atau sesuatu telah menukar pelajar Hogwarts kepada batu.. pelajar-pelajar tersebut masih hidup namun telah bertukar keras seakan batu.. dan apabila Hermoine juga telah bertukar menjadi batu, Harry dan Ron perlu melakukan sesuatu..

suasana di Hogwarts telah bertukar menjadi kelam kabut apabila pengetuanya Dumbledore telah dipaksa untuk meletakkan jawatan sementara sehingga masalah selesai.. 

persoalan sebenar, siapakah yang telah memulakan bencana ngeri ini.. adakah mungkin berpunca daripada Draco Malfoy? adakah juga mungkin berpunca daripada Hagrid, yang mempunyai rahsia lampau yang tidak diketahui ramai? dan mungkinkah juga berpunca daripada Harry Potter sendiri? 

jalan cerita yang simple dan senang untuk difahami.. apa yang den boleh cakap, den cukup enjoy baca buku ni walaupon dah banyak kali menonton cerita nya.. tapi cerita memang tidak boleh menandingi buku ini sendiri..