05 April 2016

Book Review 2016 # 51 - Harry Potter and the Goblet of Fire (Harry Potter # 4)

Title: Harry Potter and the Goblet of Fire
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 3 day
Pages: 5++


Quidditch World Cup akan berlangsung tidak lama lagi.. dan ini merupakan pengalaman pertama Harry untuk menyaksikan perlawanan ini.. Harry bernasib baik apabila Mr.Weasley telah mendapat tiket percuma bagi perlawanan Quidditch.. namun sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku apabila seseorang telah memancarkan lambang Dark Mark (lambang Dark Lord) dan lebih malang apabila house-elf Mr.crouch telah dijumpai ditempat kejadian dengan memegang wand milik Harry Potter.. 

selepas kembali nya Harry ke Hogwarts, sekali lagi Harry dikejutkan dengan kejadian pelik apabila nama Harry tersenarai sebagai salah seorang champion yang akan bertanding dalam Triwizard Tournament.. hal ini menjadi pelik kerana Dumbledore sendiri telah melukis garisan umur supaya pelajar berumur dibawah 17 tahun tidak dapat menghantar penyertaan mereka untuk bertanding..

pada mata pandangan orang lain, kejadian ini berlaku kerana Harry mengejar popularity yang bakal di kecapi apabila mula bertanding.. dan Harry akan semakin popular apabila menang pertandingan itu.. namun pada mata Sirius Black, Dumbledore, McGonagall, Hagrid, Ron dan Hermoine kejadian ini mengundang bahaya kepada Harry.. 

apakah halangan yang bakal Harry hadapi dalam Triwizard Tournament? dan dapatkah Harry melepasi halangan-halangan tersebut? dan dapatkah Harry memenangi Triwizard Tournament?