Title: Harry Potter and the Chamber of Secrets
Auther: J.K Rowling
Reading Duration: 3 days
Pages: 2++
satu-satunya kemahuan Harry ialah lari daripada keluarga Dursley dan pulang kembali ke Hogwarts.. disana Harry merasakan dirinya normal seperti yang lain.. namun apabila hampir tiba masa untuk pulang ke Hogwarts, Harry telah didatangi oleh house-elf bernama Dobby dengan membawa amaran bahawa sekiranya Harry pulang ke Hogwarts, beliau akan ditimpa bencana..
selepas Harry diselamatkan oleh Ron, Fred dan George dengan menaiki kereta terbang milik Mr. Weaselly, Harry terus-terusan ditimpa kemalangan walaupon berada di dalam kawasan sekolah..
sebaik tiba di Hogwarts untuk memulakan tahun kedua persekolahan, bencana ngeri bakal melanda.. ditambah pula dengan kehadiran guru baru bangi mengisi kekosongan Defense the Dark Art Teacher iaitu Gilderoy Lockheart (pada pendapat Harry dan Ron, Gilderoy seakan mereka-reka tentang kehebatan dan kemampuannya dalam mengatasi Dark Art, kecuali Hermoine), spirit yang menghantui bilik air pelajar perempuan iaitu Moaning Mrytle serta perhatian yang ditarik oleh adik perempuan Ron iaitu Ginny..
namun ini semua adalah masalah kecil berbanding dengan masalah sebenar yang lebih besar, apabila seseorang atau sesuatu telah menukar pelajar Hogwarts kepada batu.. pelajar-pelajar tersebut masih hidup namun telah bertukar keras seakan batu.. dan apabila Hermoine juga telah bertukar menjadi batu, Harry dan Ron perlu melakukan sesuatu..
suasana di Hogwarts telah bertukar menjadi kelam kabut apabila pengetuanya Dumbledore telah dipaksa untuk meletakkan jawatan sementara sehingga masalah selesai..
persoalan sebenar, siapakah yang telah memulakan bencana ngeri ini.. adakah mungkin berpunca daripada Draco Malfoy? adakah juga mungkin berpunca daripada Hagrid, yang mempunyai rahsia lampau yang tidak diketahui ramai? dan mungkinkah juga berpunca daripada Harry Potter sendiri?
jalan cerita yang simple dan senang untuk difahami.. apa yang den boleh cakap, den cukup enjoy baca buku ni walaupon dah banyak kali menonton cerita nya.. tapi cerita memang tidak boleh menandingi buku ini sendiri..
