02 April 2016

Book Review 2016 # 50 - Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (Harry Potter # 3)

Title: Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 2 day
Pages: 3++


Harry Potter dikira sangat bernasib baik kerana masih dapat menyambut hari kelahiran nya yang ke tiga belas tahun selepas terselamat daripada serangan the Dark Lord sebanyak beberapa kali semenjak Harry bersekolah di Hogwarts..

Harry sangat teruja untuk memulakan tahun persekolahan baru kerana Harry dapat bermain Quidditch semula dan dengan harapan dapat membantu house school menang untuk tahun ini..  namun Harry terpaksa melupakan hasrat itu kerana seorang pembunuh kejam telah terlepas daripada penjara ahli sihir iaitu Azkaban.. dan Harry di khabarkan bahawa tahanan penjara yang terlepas itu datang untuk membunuh Harry..

Harry melalui situasi pelik setiap kali Harry berhadapan dengan Dementors penghisap jiwa yang juga merupakan penjaga penjara Azkaban.. setiap kali berdepan dengan Dementors Harry pasti akan mendengar suara perempuan menjerit dan selepas itu Harry akan pengsan.. dengan bantuan professor Lupin, cikgu baru Defend Against the Dark Art Harry telah berjaya belajar sihir baru untuk menghalang atau menghalau Dementors..

tahun ini Harry, Ron Hermoine mengambil subjek baru dengan professor Trelawney.. dan setiap kali itu juga lah professor Trelawney akan membuat ramalan yang Harry bakal berdepan dengan maut.. namun Hermoine tidak pernah ambil pusing berkenaan ramalam tersebut..

Haryy dan yang lain membuat andaian bahawa Hogwarts merupakan tempat paling selamat bagi Harry.. adakah andaian mereka benar? dan adakah ramalan professor Trelawney akan benar-benar terjadi?