Title: Harry Potter and the Order of the Phoenix
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 4 day (night only)
Pages: 6++
okay selepas tertangguh beberapa hari (sebenarnye dah lost count berapa hari), akhirnya den berjaya jugak menghabiskan buku nie..
sepanjang cuti semester, Harry dapat merasakan kawan baiknya Ron dan Hermione seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuannya.. namun setiap kali Harry cuba bertanya mereka menjawab tiada ape yang berlaku dan Harry tidak perlu merasa risau..
setiap hari Harry mendengar berita muggles (non-magic people) secara curi-curi, tujuannya untuk mengetahui sekiranya ade perkembangan mengenai Dark Lord seperti pembunuhan misteri.. Harry juga melanggan surat khabar Daily Prophet namun hampa kerana tiada satu pon berita mengenai Dark Lord atau kejadian pelik..
apabila Harry didatangi oleh 2 Dementors semasa berada di taman bersama Dudley, episode hitam pon bermula.. pertama, Harry berkemungkinan akan dibuang dari sekolah kerana melakukan magic diluar kawasan sekolah; kedua, Harry diberitahu tentang Order of the Phoenix, yang bertujuan untuk menjaga keselamatannya; ketiga, professor baru Dolores Umbridge yang mengajar subject Defense Against the Dark Art (dan bertambah teruk apabila mereka hanya membaca dari buku tanpa melakukan praktikal): keempat, apabila parut didahi Harry merasa sakit hanpir setiap hari dan Harry bermimpi tentang sebuah pintu yang sama pada setiap malam; kelima, apabila Harry diminta untuk belajar Oculemency dengan Snape!
sepanjang den baca buku nie, den rasa sangat menyampah dengan Umbridge! rasa nak tampar-tampar jer.. thanks to Centours sebab berjaya buat Umbridge kenal erti takut..
den berenti baca buku sebab kne tido jer, kalo lah tido tu boleh tangguh konpem lagi cepat den abis baca buku.. sebab ape? sebab buku ni best.. jalan cerita yang penuh dengan misteri dan suspen..
so korang kene lah baca buku ni yer untuk rasa sendiri betapa best nye buku ni..
