Title: Harry Potter and the Philosopher's Stone
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 1 day
Pages: 2++
kita back to origin, semua buku Harry Potter memang seronok.. pengolahan jalan cerita yang tak membosankan.. walaupon ade beberapa watak yang membuatkan kita rasa menyampah, tapi itulah yang memberikan kesan menarik pada jalan cerita..
Harry Potter digambarkan sebagai seorang budak lelaki yatim piatu yang tinggal bersama pakcik Vernon , makcik Petunia dan seorang sepupu lelaki Dudley.. Harry tak pernah rasa gembira sepanjang tinggal bersama keluarga pakciknya.. ini kerana keluarga pakciknya melayan Harry seperti Harry bukan budak normal.. namun Harry hanya dapat memendamkan perasaan nya itu kerana Harry dilarang sama sekali untuk bertanya soalan..
Apabila seutus surat yang ditujukan kepada Harry tiba, sekaligus telah mendedahkan sebuah rahsia lama, namun Harry merupakan orang yang terakhir mengetahui mengenainya.. rahsia bahawa kedua ibu dan bapa Harry merupakan ahli sihir.. dan sekaligus menjadikan Harry juga seorang ahli sihir..
disebalik rahsia ini ialah tentang punca kematian sebenar ibubapa Harry, iaitu kematian mereka disebabkan oleh sumpahan Dark Lord's semasa Harry masih kecil, dimana Harry terselamat semasa kejadian itu..
dengan meninggalkan pakcik dan makcik nya, Harry melangkahkan kaki ke Hogwarts iaitu sebuah sekolah untuk ahli sihir yang penuh dengan pesona..
pengembaraan bermula apabila Harry serta Ron dan Hermione dengan secara tidak sengaja terserempak dengan anjing gergasi berkepala tiga.. ditambah pula apabila mereka bertiga mendengar khabar tentang kehilangan sebuah batu ajaib yang boleh menjadi sebuah batu berharga atau berbahaya..
walaupon dah berpuluh kali tengok filem ni, tapi bila baca novelnya tetap memberikan impak dan sekaligus membawa den ke alam fantasi..
tak rugi pon kalau baca atau menonton berulang-kali





















