Title: Heaven Can Wait
Author: Cally Taylor
Reading Duration: 2 day
actually ni first buku
den baca dari author Cally Taylor.. tak penah dengar pon pasal author ni.. tapi
masa selak-selak BookXcess nampak de orang jual buku ni.. lepas baca komen
orang pasal buku ni kat GoodReads pasal buku ni, den decide untuk beli..
Heaven Can Wait berkisar
tentang kehidupan Lucy Brown.. dalam masa beberapa hari lagi Lucy akan
berkahwin dengan tunangnya Dan, seorang yang baikhati, kelakar dan kacak..
namun impiannya punah apabila Lucy meninggal dunia pada malam sebelum hari
perkahwinannya.. kematian Lucy sangat pelik kerana dia mati patah tulang leher
dek kerana jatuh tangga dan terhantuk di sinki..
Lucy tidak dapat menerima
kematiannya dan fakta yang dia akan berjauhan daripada Dan.. disebabkan itu
Lucy membuat keputusan untuk menjadi hantu supaya dia dapat bersama dengan Dan
selamanya.. selepas membuat keputusan untuk menjadi hantu, Lucy telah
ditempatkan disebuah rumah so-called “House Ghost Wannabe” dimana rumah ini
merupakan penempatan sementara bagi mereka yang telah mati tapi ingin menjadi
hantu.. di sini Lucy bertemu dengan house-mate barunya iaitu Claire dan Brian..
Claire ialah seorang gothic yang ingin menghantui bekas kekasihnya dan Brian
ialah seorang train spotter..
Untuk menjadi hantu tidak
senang seperti yang disangka, Lucy perlu melaksanakan satu tugasan dalam masa
21 hari (waktu hantu).. tugasan Lucy ialah untuk mencari soulmate untuk Archie seorang
IT geek yang hanya berminat dengan permaianan IT dan neneknya.. dalam
melaksanakan tugasan nya Lucy juga turut terlibat sama dalam permasalahan yang
melanda housemate nya iaitu Claire dan Brian.. dalam misi untuk mencari
Archie’s soulmate, Lucy menyedari bahawa Anna kawan karibnya telah memulakan
langkah untuk menggoda Dan.. Lucy perlu segera bertindak supaya Dan tidak
termakan pujuk rayu Anna..
Heaven Can Wait
mempamerkan jalan cerita yang ringkas dan menarik.. memang senang untuk faham
situasi dan pastinya anda akan rasa seperti tidak mahu berhenti membaca, kerana
anda ingin tahu kesudahan Lucy dalam melaksanakan misi nya..
dapatkah Lucy
melaksanakan tugasannya dalam mencari Archie’s soulmate dan sekaligus menjadi
hantu untuk mendampingi Dan selamanya? Dapatkah juga Lucy membantu Claire dan
Brian dalam tugasan mereka? Dan yang paling penting dapatkah Lucy menghalang
Anna daripada menggoda Dan?
ending yang sangat
menarik.. tak sedar den dah abis baca buku sebelum tengah malam.. haha.. korang
pon patut baca buku ni.. den tak rasa rugi pon beli buku nie..
