02 December 2015

Sun@Mag KL Sentral Book SALE!!


semalam den berjalan-jalan ke KL Sentral, actually g beli tiket ETS sebenar nye.. tengah jalan laju-laju menuju ke kaunter ETS, den ternampak billboard buat iklan "6 book @ RM10".. haa sape yang tak terliur tengok iklan macam tu kan..

lepas beli tiket ETS terus den heret adek den pegi kedai buku Sun@Mag kat Level 2 KL Sentral tu.. memang betol dye tengah buat sale.. tapi "6 book @ RM10" tu untuk buku kanak-kanak jer.. buku mewarna, buku belaja menulis dan etc..

den tak putus ase, den masuk dalam kedai plak.. maka nye den ternampak plak iklan "1 RM15, 3 RM25"..  haa yang ni pon buat den terliur.. memang banyak koleksi novel untuk dijual.. 

condition ade yang masih berbalut dengan plastik (which is good!), ade yang dah terlipat-lipat, kemek-kemek and most of the books really look very old.. alaa bila kertas dye dah kuning-kuning and berbintik-bintik tu.. (pandai-pandai lah korang imagine yer..)

lepas belek-belek buku tu sume den dapatlah merembat 3 novel..




lepas ni weekend den akan lebih bermakne.. takdelah kire nye men game pastu masak pastu makan pastu golek-golek jer.. hahaha

01 December 2015

BBW Membership Registration

haa.. yang dinanti-nanti telah tiba.. sebagai  BBW "kipas susah nak mati", den pepagi lagi dah register diri den.. so korang, tunggu ape lagi kan.. sila bertindak!!

klik sini tuk register yer..

below ialah benefit yang korang akn dapat sebagai member yer..


30 November 2015

MPH Sale - Cyber Monday



novel beli minggu lepas baru jer sampai.. tengok-tengok MPH ade buat sale lagi..

memang terliur tengok buku-buku yang tengah sale ni.. antara yang menarik perhatian den adalah seperti dibawah yer


range harga dari rm11.90 hingga rm25.90.. jadi nye den kena banyak-banyak bersaba sebab berkemungkinan besa den dapat beli dengan harga RM8 sahaja kat BBW yang start jumaat nih..


p/s: kene g ari jumaat jugak kalo lambat-lambat nanti banyak buku yang best dah kene rembat dengan orang lain..

27 November 2015

MPH Sale - Online Black Friday



lame sangat dah rasanya tak update blog ni.. maklum ler keje tengah banyak.. 

ni nak cerita pasal MPH Online Black Friday Sale.. aritu den sign-up as member so MPH ni selalu la jugak send email bagitau promosi-promosi yang dye tengah buat.. disebabkan sale up to 70% den pon p lah jenguk-jenguk website nye..

memang banyak buku yang tengah sale.. range harga rm10 hingga rm50 selepas diskaun.. memang tak dapat nak lawan harga BBW la kan.. tapi takpe den tetap usha buku-buku kat MPH ni.. dan hasilnya terbelilah buku di bawah..


kasi den baca buku ni dulu nanti den update yer.. 

15 October 2015

BBW Book Sale & Book Preview - Mines 2015


yang ditunggu2 telah tiba..!!

Date: 4 - 14 Dec
Time: start 7 am on 4 Dec and end 12 am on 14 Dec 
24 hour sales
Venue: MIECC The Mines

nak tahu lebih lanjut klik sini yer Big Bad Wolf

later will updates on book preview.. stay tune!

p/s: ritu BBW de wat announcement (klik sini) cakap yang lepas ni takde dah book sale discount sampai 95%.. ape lagi kan, den pon rasa down sebab den dah buat buat plan book hunting.. boleh rujuk label wishlist tuk senarai buku yang den nak cari.. tapi lepas 3 ari BBW up banner ni.. so makne nye announcement ritu ialah prank sahaja..

Book Preview

BBW de preview few buku-buku baru.. tapi tak bape kenan dengan style den.. korang boleh klik link ni yer Book Preview

05 October 2015

Book Review 2015 # 30 - Fifty Shades of Grey

Title: Fifty Shades of Grey
Author: E.L James
Source: online

Reading Duration: 1 week


tahun lepas kot, den dok dengar orang cakap filem Fifty Shades of Grey kene banned dari tayang kat Malaysia.. masa tu den tak bape amek port cite ape.. then bila g BBW Mines tahun lepas den boli buku kedua dalam siri ni,  Fifty Shades of Darker

tiap kali ade BBW den mesti nak cari buku pertama dan ketiga tapi takde stok.. dan disebabkan den tak berpeluang pegi BBW Seremban & BBW Penang, hati den ni meronta2 nak baca ape jadi dalam siri pertama Fifty Shades ni.. maka nye den pon berusaha laa mencari secara online.. 

ni haa baru abis baca.. kisah bermula apabila teman serumah Anastasia iaitu Katherine yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menemuramah Christian telah dijangkiti demam selesema disaat2 akhir, dan meminta pertolongan Anastasia untuk menggantikannya.. 

 hidup Christian penuh dengan peraturan dan gemar memberi arahan.. sejak dari pertemuan pertama Anastasia dan Christian dapat merasakan seperti ada chemistry antara mereka.. Anastasia inginkan hubungan mereka lebih dari yang apa digariskan oleh Christian.. dan Christian bersedia untuk memberikan apa yang diingini oleh Anastasia namun masih terikat dengan peraturan2 yang telah ditetapkan sendiri oleh Christian..

hubungan mereka berdasarkan konsep dominance & submission.. biasa la kan dalam hubungan percintaan mesti la ada pasang surut nye.. seperti percintaan orang lain, hubungan mereka berakhir apabila Anastasia meninggalkan Christian..

atas sebab apa hubungan mereka berakhir, korang kene la baca sendiri yer buku ni.. nak cito lobih den tak pandai..


p/s: den totap akan cari buku ni kat BBW.. kalo xdo gak den pojam mato jolah beli kat MPH Online

21 September 2015

Wish List Part 4 # 2015


lepas baca Shadow Spell baru den tau yang ade lagi buku dalam trilogy ni.. dan disebabkan Shadow Spell ialah buku kedua makanya den kono lah cari buku di bawah.. baru la tahu ape terjadi sebelum dan selepas, sebab den ado semasa nye jer..

Dark Witch
Shadow Spell
Blood Magick

updated 11 April 2016, den dapat beli dua-dua buku ni kat MPH Online



lepas tengok book preview BBW Penang, den pon telah menyenaraikan buku2 di bawah dalam wish list den.. konpem en.tunang bulat bijik mata kalo tengok wish list den nih.. huhu


dua buku ade preview kat BBW Penang.. so harap2 masa buat kat KL ujung tahun kang ade la buku ni lagi.. huhu

Book Review 2015 # 29 - Shadow Spell

Tittle: Shadow Spell
Author: Nora Roberts

Reading Duration: 1 day
(semalam den abis baca buku ni around kul 10.30pm)


buku ni merupakan buku kedua dari tiga buku dalam The Cousins O'Dwyer Trilogy

Shadow Spell menceritakan bagaimana dari sahabat bertukar menjadi cinta antara Meara dan Connor. mereka merupakan sahabat untuk bertahun lamanya.. tidak pernah ada perasaan cinta antara mereka.. namun terdapat petunjuk yang mereka menyukai antara satu sama lain, apabila Connor memberitahu betapa cantiknya Meara yang mempunyai paras rupa persis seorang gipsi, dan Meara pula memberitahu hanya seseorng yang mencintai begitu dalam sahaja boleh memahami..

buku ni bermula dengan kisah 3 yang pertama (Eamon, Brannough & Teagan).. juga bercerita mengenai kejahatan Cabhan, kemahuannya terhadap wanita dan kelemahan kuasanya.. lebih menarik apabila Eamon dan Connor mula berinteraksi disebalik tabir mimpi dimana mereka bercakap dan saling melindungi antara satu sama lain..

terdapat beberapa kali pertembungan sengit antara Cabhan dan Meara.. yang menariknya Meara tidak mempunyai kuasa dan Cabhan berpendapat sekiranya dia dapat menculik Meara maka Cabhan berjaya melemahkan 'the six' (Connor, Brana, Iona, Boyle, Fin, Meara)

dari semasa ke semasa the six mencuba pelbagai cara mencari jalan untuk membunuh Cabhan..

adakah the six berjaya membunuh Cabhan? so kenelah baca buku yer.. 

20 September 2015

Book Review 2015 # 28 - Something Borrowed

Tittle: Something Borrowed
Author: Emily Giffin

Reading Duration: 1 day
(start baca sabtu tengah hari, habis baca kul 11.30pm)


I LOVE THIS BOOK!!

dulu den ingat buku ni tak best.. bertahun buku ni dok terperap dalam box.. akhirnya den berjaya jugak membacanya.. gugel punye gugel baru den tau buku ni telah dimovie kan.. haha.. den nak try cari free download cite eh.. nak tengok best ke idak macam buku eh..

menceritakan bagaimana Rachel yang sentiasa mengalah kepada rakan baik nya Darcy.. tetapi adakah Rachel mengalah dalam soal cinta?

Rachel merupakan seorang peguam muda yang bekerja di Manhanttan.. kisah bermula pada malam hari jadinya yang ke-30.. Darcy seperti tahun sebelumnya akan membuat suprise party untuk Rachel (tapi Rachel memang dah tau yang Darcy pasti akan membuat suprise party seperti tahun2 yang lalu)..

malam tersebut selepas terlalu banyak minum, dan tanpa disedari (actually dengan sedar) malam Rachel berakhir ditempat tido dengan tunang Darcy iaitu Dex. secara kasarnya Rachel dan Dex saling mengenali antara satu sama lain kerana meraka belajar di universiti yang sama.. dan Rachel yang memperkenalkan Dex kepada Darcy..

Rachel dan Dex telah berjanji untuk tidak memberitahu tentang peristiwa mereka tidur bersama kepada sesiapa.. namun selepas itu Rachel terkejut kerana mendapati dirinya mula menyayangi Dex dan bertambah pelik apabila Dex juga mula menyukai Rachel, ditambah pula Dex tidak mempunyai perasaan serba salah terhadap tunangnya Darcy,

mereka mula berjumpa selepas waktu kerja dan meluangkan masa bersama malah tidur bersama tanpa pengetahuan sesiapa.. namun apabila September semakin menghampiri (bulan perkahwinan Darcy & Dex), Rachel perlu membuat keputusan.. sama ada beliau berjuang untuk mendapatkan Dex atau seperti biasa mengalah kepada Darcy..

so korang kenelah baca buku ni yer tuk tahu kesudahan cerita Rachel ni..

p/s: lamo bebona dah den perap buku ni.. beli nye May 2014.. last weekend bila takde ape2 nak buat tu yang cari buku tuk dibaca..

koleksi penuh Emily Giffin klik sini yer

16 September 2015

Book Review 2015 # 27 - How To Train Your Dragon

Title: How To Train Your Dragon
Author: Cressida Cowell
Source: Online

Reading Duration: 3 hour


haa buku ni den teringin sangat nak baca sebab ade book preview How To Steal Dragon's Sword kat BBW Penang.. lepas gugel menggugel den dapek tahu ade banyak buku dalam siri ni, cek cni yer How To Train Your Dragon Series..

jadi den amek pendekatan cari buku online jer.. tapi punyo lah susah nak mendapek kan buku ni yang free online reading.. macam2 keyword den guno.. selepas berhempas pulas den pon dapek cari buku ni.. ikutkan buku ni tuk bebudak tapi sebena nye cite ni best.. tapi den nak jugak! haha..

 cite ni bermula dengan training untuk menjadi seorang Viking.. Hiccup ialah anak kepada ketua kampung a.k.a ketua puak kat tempat bernama Berk.. kalo dah name nye Viking badan mesti la sado2 sume nye kan.. tapi yang kelakar nye Hiccup ni kecik dan kurus.. tak macam anak kepada seorang Viking pon.. maka nye semua orang pandang sebelah mata jer kat Hiccup ni..

first training untuk menjadi seorang Viking ialah dengan menangkap sendiri naga.. ko bayangkan bebudak kecik dah di suruh tangkap naga.. tapi jangan riso yer, tangkap naga kecik jer.. baby naga.. Hiccup berjaya tangkap seekor naga tapi tetap kene bahan dengan bebudak lain sebab naga yang Hiccup tangkap tu pon saiz nye kecik jugak.. sesuai sangat dengan Hiccup kate nye.. tambah pulak naga Hiccup takde gigi.. jadi dapatlah name nye Toothless (takde gigi)..

tapi Hiccup tetap sayang dengan naga dye.. training kedua ialah untuk ajar naga perkara basic seperti 'eat', 'seat', 'go', 'catch'.. yang menarik nya Hiccup boleh berinteraksi dengan naga.. bukan sahaja dengan Toothless tapi dengan naga2 yang lain.. training kedua ni sangat mencabar bagi Hiccup sebab Toothless ni seekor naga yang degil dan malas.. bayangkan Hiccup kene buat jenaka supaya Toothless mendengar arahan.. satu jenaka untuk satu tindakan daripada Toothless.. nasib baek lah Hiccup ni pandai buat jenaka..

hanya ade dua training sahaja untuk memilih siapa yang layak untuk menjadi Viking.. hari pemilihan pon tiba.. tapi ade satu peristiwa yang akan berlaku.. sesuatu yang tidak dijangka..

nak tahu ape peristiwa yang terjadi dan dapatkah Hiccup menjadi seorang Viking, korang kene lah baca buku ni yer..

BUKU NI MEMANG BEST!!

p/s: harap2 ujung tahun kang ade laa buku ni kat BBW.. tapi den dah usha dah kat MPH Online buku ni.. harga cecah gak 3 rat!!

14 September 2015

Wish List Part 3 # 2015


den nampak one of the buku dalam series nie dalam book preview BBW kat Penang ujung bulan ni.. disebabkan den suko sangat dengan movie nye, den harap BBW ade la bawak semua buku dalam series ni masa buek kat KL ujung tahun kang..


How to Train Your Dragon Series (by Cressida Cowell)
How to Train Your Dragon
How to Be a Pirate
How to Speak Dragonese
How to Cheat a Dragon's Curse
How to Twist a Dragon's Tale
A Hero's Guide to Deadly Dragons
How to Ride a Dragon's Storm
How to Break a Dragon's Heart
How to Steal a Dragon's Sword
How to Seize a Dragon's Jewel
How to Betray a Dragon's Hero
How to Fight a Dragon's Fury


yang kaler purple tu den dah baca e-book nye.. cek sini yer..

p/s: rasa nye den takdo lagi buku pasal cartoon ni.. tengok cover pon dah menarik..

08 September 2015

BBW Book Sale & Book Preview - Penang 2015


Date: 24 September - 4 Oktober 2015
Time: 10am - 10pm
Venue: Penang Times Square

more details klik sini yer Big Bad Wolf

updated on 21 September 2015

Book Preview



19 August 2015

BBW Book Sale & Book Preview - Seremban 2015



Date: 27 August to 1 Sept
Time: 10am - 10pm
Venue: Pasaraya Rapid Exhibition Hall, Seremban

nak tau lebih lanjut, sila lah pegi Big Bad Wolf nye facebook page yer.. klik jer link tu.. =)


Book Preview



18 August 2015

Wish List Part 1 #2015


jangan terkejut baca wish list den kat bawah ni yer..

den ngidam sangat buku2 nih.. potong duit belanja pon xpe.. janji den dapek buku2 nih semua.. harap2 next BBW kat Seremban den jumpo lah buku2 nih..


Fifty Shades Series (E.L James)
Fifty Shades Grey
Fifty Shades Darker
Fifty Shades Freed



A Girl & I Heart Series (Lindsey Kelk)
About A Girl
What A Girl  Wants**
The Single Girl's To-Do List**
I Heart New York
I Heart Hollywood
I Heart Vegas
I Heart London
I Heart Christmas
I Heart Paris
Always The Bridesmaid *

* updated 4 Feb 2016 - beli kat Carousell
** updated 19 May 2016 - beli kat Carousell


nanti2 den update lagi yer.. 

yang kaler purple tu den dah ado buku eh.. =)

07 August 2015

Book Review 2015 # 26 - About A Girl (A Girl # 1)

Title: About A Girl
Author: Lindsey Kelk
Reading Duration: 3 day


den nekad abiskan baca buku ni malam tadi.. yelah esok (arini) dah jumaat.. makna nya dah seminggu den baco buku nih.. jadi kalo dah abis baca buleh la den start baca buku baru.. hihi

"it supposed to be the happier day ever in my life but it turned out to be the worst! i lost my job, my mum didn't want to speak to me and i probably lost my room"

buku ni menceritakan kisah hidup Tess Brookes. Tess ialah seorang gadis yang sentiasa mempunyai rancangan. dan apabila rancangan nya tidak menjadi dye akan cuba untuk menilai semula rancangan2 nya..

selepas tidak sengaja menjawab panggilan telefon rakan serumah nya (Vanessa), Tess berpendapat sekiranya menjadi Tess tidak menjadi ape salahnya beliau cuba menjadi Vanessa.. with nothing left to lose, Tess  telah menerima tugasan photography Vanessa ke Hawaii..

tetapi Tess tidak sedar sebenarnya beliau akan menghadapi masalah besar apabila sampai ke Hawaii..

jaoh dari rumah dan menyamar menjadi orang lain, Tess mesti membuat keputusan sama ada untuk meneruskan rancangan menjadi Vanessa atau berterus terang dan kempali ke kehidupan realiti nya..

p/s: tak sabar nak cari series kedua buku ni bertajuk "What A Girl Wants".. harap2 adelah on next BBW.. ;-)

klik sini tuk senarai penuh buku ni A Girl Trilogy

31 July 2015

Book Review 2015 # 25 - The Proposal

Title: The Proposal
Author: Tasmina Perry
Reading Duration: 4 days (on and off)


semangat den baco cito ni kasi abis malam tadi.. setel baca 11.30pm.. seb bek pagi ni sonang bangun tido.. haha

Buku ni menceritakan tentang kisah hidup Georgia Hamilton, seorang penulis berbakat. Kisah bermula apabila Georgia mengiklankan sebuah iklan mencari teman untuk menemani beliau pergi bercuti ke New York pada hari Krimas.

Amy Carrell seorang penari, secara tidak sengaja menjumpai iklan tersebut. Nak di jadikan cerita seminggu sebelum Krimas, boypren pujaan hati nya telah memutuskan hubungan dengan alasan beliau tidak sesuai untuk menjadi isteri kepada ahli diplomat. Ditambah pula rasa rindu pada keluarga Amy Carrel nekad untuk menjawab iklan Georgia Hamilton.

Sepanjang menjadi teman bercuti kepada Georgia Hamilton, Amy tertanya2 mengapa Georgia ingin melawat New York pada hari Krimas dan tidak ditemani ahli keluarga. Apabila ditanya Georgia hanya menjawab "It's complicated"..

Ikuti kisah ini untuk mengetahui kisah di sebalik "It's complicated"..

p/s: den tak expect ending dye mcm tu.. so kne la baca untuk tahu ending nye yer..

28 July 2015

Book Review 2015 # 24 - The Love Detective

Title: The Love Detective
Author: Alexandra Potter
Reading Duration: 1 day


I LOVE THIS BOOK!!

buku ni pasal Ruby Miller yang telah hilang percaya kepada cinta akibat kecurangan bekas tunangnya.. cerita berkisarkan suasana di India (mostly Goa dan Delhi).. dek disebabkan Ruby seperti hilang arah dalam penulisan akibat kepedihan putus tunang, Diana (ejen Ruby) telah mencadangkan supaya Ruby pergi bercuti..

selepas mendapat kiriman poskad dari adiknya Amy yang bercuti di India, Ruby terus membuat keputusan untuk pergi bercuti sekaligus meluangkan masa bersama adiknya.. selepas seminggu bercuti Ruby dan Amy bercadang untuk pulang ke London bersama.. namun Amy telah menghilangkan diri untuk berkahwin lari dengan Shine (instructor kelas Yoga)..

pengembaraan Ruby pon bermula dalam menjejak Amy.. selepas mendapatkan maklumat dari resort Ruby terus menaiki keretapi ke Delhi.. dalam perjalanan Ruby telah bertemu dengan Jack.. namun ini bukan lah pertemuan romantik yer..

sampai di Delhi Ruby telah kehilangan beg serta passport.. namun Jack sudi untuk menolong Ruby.. bahkan Jack sanggup berkongsi kereta sewa (kepunyaan Rocky) untuk membawa Ruby ke tempat yang dipercayai Amy berada.. banyak insiden yang terjadi dalam perjalanan Ruby dan Jack menjejaki Amy..

maka bermulah episod Ruby mengenali erti cinta sekali lagi.. adakah Ruby akhirnya percaya pada cinta? adakah Jack lelaki yang berjaya mengubah persepsi Ruby terhadap cinta? adakah mereka akhirnya menjalinkan hubungan cinta?

so kenelah baca sendiri buku ni yer..

i think dalam cerita ni ade Cupid (yang bernama Rocky) yang tolong this women (Ruby) to meet this guy (Jack) and help them to fall in love.. but then Cupid version India lah yer..

very lovely story.. that's why den boleh abis baco dalam 1 hari jer.. *wink wink*

pstt.. nak khoba ni, maso den baco buku ni den bayangkan watak hero eh ialah Branden Fraser.. sobab eh dalam cito The Mummy tu dio suko nyakat bini eh..

26 July 2015

Book Review 2015 # 23 - As You Wish

Title: As You Wish
Author: Eloise James
Reading Duration: 1 day and a half
(24 July)


aye aye Captain! haha.. cite ni pasal pirate yang dah retired.. ade 2 part dalam buku nih.. 

part 1, cite macam mana retired pirate pikat balik isteri yang dye tinggalkan selama 14 tahun.. bayangkan dye p tinggalkan isteri yang baru dye kahwini pada malam pertama! dah tu balik2 tengok isteri dye dah ada anak 3 orang..

so korang kene la baca sendiri buku ni tuk tahu sebab ape dye tinggalkan isteri dye, dan macam mana isteri dye ade anak 3 orang.. short story tapi best!

part 2, kehidupan selapas dye berjaya pikat balik isteri dye.. kehidupan dye berkeluarga.. ragam anak2.. anak sulung beliau turut mengikuti jejak beliau yang suka dengan laut.. tapi bukan sebagai Pirate tetapi  Navy, Captain Barry of Deadulus (name kapal eh)..

kali ni berkisar kisah tentang Captain Barry yang berjuang untuk cinta zaman kanak2 dye.. lebih kurang macam cite bapak dye nak memenangi blik hati isteri dye.. cite anak dye nih sodih sket.. sebab banyak main perasaan.. iyerlah sebab kekasih dye ingat c Captain Barry ni syok dengan adik dye..

 so kena la baca sendiri buku nih tuk tahu dapat tak dye memenangi hati kekasih nye nih..

24 July 2015

Book Review 2015 # 22 - The Book of Tomorrow

Title: The Book of Tomorrow
Author: Cecelia Ahern
Reading Duration: approximately 4 days 


1st collection dari Cecelia Ahern yang den boli. next misson ialah untuk mendapatkan kesemua koleksi beliau. total 13 buku hokey.. klik sini tuk senarai penuh buku ni Cecelia Ahern Trilogy

Tamara Goodwin sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewah, kini dan selamanya.. Tamara tidak pernah untuk melihat atau memikirkan hal masa hadapan.. sehinggalah kematian bapanya secara mendadak dan meninggalkan dye dan ibunya bebanan hutang yang banyak sehingga memaksa mereka berpindah dan tinggal bersama pakcik dan makcik (adik ibu Tamara) di desa kecil..

hanya bergantung kepada travelling library sebagai tempat untuk menghilangkan rasa kebosanan, Tamara dengan tidak sengaja menjumpai buku besar berkulit dengan strap emas serta berkunci.. lebih menjadi misteri buku itu tiada nama pengarang atau pon tajuk..

rasa ingin tahu yang membuak2 membuatkan Tamara memecahkan kunci buku tersebut.. dan apa yang Tamara temui adalah sangat memeranjatkan..

apa yang Tamara lihat ialah tulisan tangan seperti tulisannya dan bertarikhkan esok hari.. dan apabila esok hari berlangsung seperti yang diceritakan dalam buku tersebut, Tamara beranggapan bahawa dye mungkin sudah menjumpai jalan penyelesaian kepada masalah2 nya..

dalam usaha Tamara mencari jawapan kepada masalah2 nya, Tamara mula belajar bahawa beberapa halaman tidak perlu diusik, dan Tamara mencuba untuk tidak mencampuri takdir yang telah ditetapkan..

p/s: buku yang den boli cover nye bukan macam ni..

20 July 2015

BBW Ipoh July 2015



ni tahun ke-2 BBW buat kat Ipoh. macam tahun lepas. en.tunang teman kan sebab den tak tau jalan ke sana.. haha.. ape yang menarik den raso banyak buku baru time nih.. harap2 kang masa buek kat KL banyak jugak lah buku baru.. jadi nye kene la nyimpan ongkos nye dari sekarang..

so inilah hasil rembatan!

p/s: xleh lelame dok citu sebab nanti makin banyak yang den rembat..


24 June 2015

Book Review 2015 # 21 - Split Second

Title: Split Second
Author: Catherine Coulter


ni 3rd crime book yang den boli.. boli sebab harga nye rm3 jer..

dua cerita dalam satu buku.. bak kata pepatah seiring dan sejalan.. hihi

buku ni menceritakan kisah FBI ejen Dillon dan ejen Lacey dibantu oleh ejen khas Lucy dan ejen khas Cooper untuk menangkap pembunuh bersiri yang terlepas. namun setelah meneliti kes tersebut mereka mendapati pembunuh bersiri tersebut mempunyai hubungan darah dengan pembunuh kejam terkenal yang telah meninggal dunia, iaitu Ted Bunny. maka pemburuan pon bermula..

pada masa yang sama ejen khas Lucy mendapat tahu daripada bapanya yang terlantar sakit bahawa datuk Lucy bukanlah dengan tiba2 menghilangkan diri 20 tahun dulu seperti yang digembar-gemburkan, tetapi telah dibunuh oleh nenek Lucy sendiri!

nekad untuk mengetahui kebenaran mengenai datuknya, Lucy berpindah masuk ke Chevy Chase, rumah nenek nya. namun apa yang dijumpai Lucy bukan hanya kebenaran tentang perkara yang berlaku bertahun2 dahulu tetapi, Lucy juga menjumpai sebentuk cincin pelik yang mempuyai kuasa..

nak tahu ape kuasa yang dimiliki oleh cincin dan misteri disebalik cincin tersebut, kenelah baca sendiri buku ni..

12 June 2015

Book Review 2015 # 20 - The Hunter

Title: The Hunter
Author: John Lescroart


2nd book pasal crime investigation.. beli sebab harga dye murah, rm3 jer.. haha


one day Wyatt Hunt menerima mesej berbuyi "How your mother die?".. sape yang tak terkezut kan tiba2 dapat mesej dari stranger then tanye macam mano mak kau meninggal.. bila call balik xde jawapan.. makin lah tambah suspen kan..

so Hunt pon start lah investigate pasal mesej yang dye dapat tu.. apparently Hunt ialah private investigator so xdelah susah sangat nak start "koje".. 

cerita ni best sebab banyak putar belit, which mean buat kita tertanye2 sape yang hantar mesej tu.. sape yang dye boleh percaya.. sape yang sayangkan dye.. sambil baca sambil berfikir.. 

so kene lah den baco sampai akhir tuk tahu macam mana mak eh meninggal dunia dan juga sapo yang hantar mesej tu..

quite interesting story.. sebab banyak elemen suspen.. den suko suspen2 nih.. =)

09 June 2015

Book Review 2015 # 19 - Sleep No More

Title: Sleep No More
Author: Iris Johansen


one day Sandra, ibu kepada Eve Duncan datang mintak tolong untuk mencari kawannya yang hilang iaitu Beth Avery. Eve dapat merasakan yang ibu beliau merahsiakan tentang sesuatu kerana ibunya bersungguh2 menyuruh Eve untuk mencari Beth dan ditambah pula keengganan Sandra untuk melaporkan kehilangan Avery kepada polis.

Selepas mengetahui yang Beth pernah ditempatkan di hospital sakit jiwa, Eve sangat terkejut kerana kehidupan antara Beth, Sandra dan Eve sendiri saling berkait.. dan dengan kehilangan Beth dari hospital telah mendekatkan mereka dengan bahaya..

so nak tahu ape misteri kehidupan antara mereka bertiga dan bagaimana Beth boleh lari dari hospital sakit jiwa, kene lah baca sendiri buku ni..

30 May 2015

Book Review 2015 # 18 - Fifty Shades Darker

Title: Fifty Shades Darker
Author: EL James


first of all kalo nak baca buku ni kene open minded betoi2 yer.. sebab banyak scene yang ghairah dan tahap sexual nye tinggi sangat.. tahap kedoktoran! haha

buku ni actually sambungan kepada Fifty Shades Grey (rujuk sini yer).. dalam buku kedua nie hubungan Anastasia dengan Christian pon asyik tenggelam timbul tapi dyeorang dah decide bebetol nak realisasikan hubungan dyeorang.. bukan macam hubungan Christian dengan perempuan2 sebelum nie.. pendek cerita dyeorang nak declare yang dyeorang ni boypren & girlpren laa..

tapi bukan nye senang dyeorang ni nak declare hubungan dyeorang sebab ade jer orang yang cemburu.. Jack Hyde, ex-bos Anastasia yang memang ade simpan perasaan tuk Anastasia dan Elena, bekas perempuan simpanan Christian.. 

both of them ni memang buat macam2 supaya hubungan Anastasia dengan Chritian tidak menjadi.. 

nak tahu ape kesudahan hubungan Anastasia dengan Christian kene la baca buku ni sendiri.. adakah sama seperti ending buku pertama? 

p/s: 27 August ni ade BBW kat Seremban.. den ingat nak apply cuti p terjah sana.. nak cari buku 1st and 3rd dalam series nie.. sekali cari buku2 yang lain.. next post den bagi list buku yang den nak cari yer..

klik sini tuk senarai penuh buku ni Fifty Shades Trilogy

29 April 2015

Book Review 2015 # 17 - The Girl Under The Olive Tree

Title: The Girl Under The Olive Tree
Author: Leah Fleming


buku ni beli sebab cover dia lawa.. haha.. xdelah, den baco sinopsis dulu baru then boli tau..


den bajet cito ni pasal cintan-cintun bebudak zaman ni lah.. rupo2 eh pasal dulu2.. mula2 baca macam tak best tapi tetap teruskan sampailah dah masuk chapter ke-2 or ke-3 baru ade rasa best. 

buku ni banyak flashback (bukan flashlight yer..), flashback masa zaman perang. time tulah dia jumpa kekasih hati dia. cite pasal minat dia dengan bidang perubatan (actually dia ni bidan terjun). sebab mula2 dye ni lari dari rumah sebab nak jadi archaeologist tpi sampai ujung dye jadi nurse plak..

macam mana dia jumpe bestfren and boyfren dye, terpisah & berjumpa balik. den banyak kali nanges masa baco novel nih.. meleleh air mata abeh basah baju..

memang nak kne baca betol2 sebab buku ni kejap ke depan kejap ke belakang. 

walaupon dye tak dapat jumpe boypren dye tapi dye dapat jumpe bestfren dye.. so happy ending story..

21 April 2015

Book Review 2015 # 16 - Safe Haven

Title: Safe Haven
Author: Nicholas Sparks


1st buku terpandang kat BBW KL Dec 2014 & terus grab masuk bakul. haha.. novel ni telah di movie kan, which is den dah tengok movie dulu pehtu baru boli buku eh.. 

memang ade lari bajet sket ape yang ditengok dengan yang dibaca. maklum ler konpem tak boleh nak amek sume scene tuk dimuatkan dalam movie kan.. 

susah jugak kalo de ex yang taksub ni.. buku ni pasal seorang pompuan yang melarikan diri dari laki eh yang taksub dengan dio (lobih kurang macam gilo talak lahh). dalam dio lari tu dio buek keputusan untuk stay kat satu tempat dan bermulah episod cintan-cintun..

ku sangka panas hingga ke petang rupe nye hujan di petang hari (betol ke idak pantun nih?), aleh2 laki eh dapek jumpo dio. so cerita pon bermula.. 

nak tau cito eh samo ko idak dengan movie kene la beli & baca sendiri yer.. =)

jalan cerita yang menarik. not really suspen tapi boleh laa.. and the best part is happy ending story!

09 February 2015

For Sale # 3 - SOLD

Title: The Hidden Cottage
Author: Erica James


buy: rm8
sell: rm8 (include postage)
condition: 10/10

sesape yang berminat tu buleh lah email terus ke kucing.belang.05@gmail.com

Online Book Review

updated on 26 March 2016, book sold using Carousell

06 January 2015

For Sale # 2 - SOLD

Title: The Heart Whisperer
Author: Elle Griffin


buy: rm8
sell: rm 8 (include postage)
condition: 10/10

sesape yang berminat tu buleh lah email terus ke kucing.belang.05@gmail.com

Online Book Review

updated on 26 March 2016, book sold using Carousell