20 September 2015

Book Review 2015 # 28 - Something Borrowed

Tittle: Something Borrowed
Author: Emily Giffin

Reading Duration: 1 day
(start baca sabtu tengah hari, habis baca kul 11.30pm)


I LOVE THIS BOOK!!

dulu den ingat buku ni tak best.. bertahun buku ni dok terperap dalam box.. akhirnya den berjaya jugak membacanya.. gugel punye gugel baru den tau buku ni telah dimovie kan.. haha.. den nak try cari free download cite eh.. nak tengok best ke idak macam buku eh..

menceritakan bagaimana Rachel yang sentiasa mengalah kepada rakan baik nya Darcy.. tetapi adakah Rachel mengalah dalam soal cinta?

Rachel merupakan seorang peguam muda yang bekerja di Manhanttan.. kisah bermula pada malam hari jadinya yang ke-30.. Darcy seperti tahun sebelumnya akan membuat suprise party untuk Rachel (tapi Rachel memang dah tau yang Darcy pasti akan membuat suprise party seperti tahun2 yang lalu)..

malam tersebut selepas terlalu banyak minum, dan tanpa disedari (actually dengan sedar) malam Rachel berakhir ditempat tido dengan tunang Darcy iaitu Dex. secara kasarnya Rachel dan Dex saling mengenali antara satu sama lain kerana meraka belajar di universiti yang sama.. dan Rachel yang memperkenalkan Dex kepada Darcy..

Rachel dan Dex telah berjanji untuk tidak memberitahu tentang peristiwa mereka tidur bersama kepada sesiapa.. namun selepas itu Rachel terkejut kerana mendapati dirinya mula menyayangi Dex dan bertambah pelik apabila Dex juga mula menyukai Rachel, ditambah pula Dex tidak mempunyai perasaan serba salah terhadap tunangnya Darcy,

mereka mula berjumpa selepas waktu kerja dan meluangkan masa bersama malah tidur bersama tanpa pengetahuan sesiapa.. namun apabila September semakin menghampiri (bulan perkahwinan Darcy & Dex), Rachel perlu membuat keputusan.. sama ada beliau berjuang untuk mendapatkan Dex atau seperti biasa mengalah kepada Darcy..

so korang kenelah baca buku ni yer tuk tahu kesudahan cerita Rachel ni..

p/s: lamo bebona dah den perap buku ni.. beli nye May 2014.. last weekend bila takde ape2 nak buat tu yang cari buku tuk dibaca..

koleksi penuh Emily Giffin klik sini yer