24 June 2015

Book Review 2015 # 21 - Split Second

Title: Split Second
Author: Catherine Coulter


ni 3rd crime book yang den boli.. boli sebab harga nye rm3 jer..

dua cerita dalam satu buku.. bak kata pepatah seiring dan sejalan.. hihi

buku ni menceritakan kisah FBI ejen Dillon dan ejen Lacey dibantu oleh ejen khas Lucy dan ejen khas Cooper untuk menangkap pembunuh bersiri yang terlepas. namun setelah meneliti kes tersebut mereka mendapati pembunuh bersiri tersebut mempunyai hubungan darah dengan pembunuh kejam terkenal yang telah meninggal dunia, iaitu Ted Bunny. maka pemburuan pon bermula..

pada masa yang sama ejen khas Lucy mendapat tahu daripada bapanya yang terlantar sakit bahawa datuk Lucy bukanlah dengan tiba2 menghilangkan diri 20 tahun dulu seperti yang digembar-gemburkan, tetapi telah dibunuh oleh nenek Lucy sendiri!

nekad untuk mengetahui kebenaran mengenai datuknya, Lucy berpindah masuk ke Chevy Chase, rumah nenek nya. namun apa yang dijumpai Lucy bukan hanya kebenaran tentang perkara yang berlaku bertahun2 dahulu tetapi, Lucy juga menjumpai sebentuk cincin pelik yang mempuyai kuasa..

nak tahu ape kuasa yang dimiliki oleh cincin dan misteri disebalik cincin tersebut, kenelah baca sendiri buku ni..