24 July 2015

Book Review 2015 # 22 - The Book of Tomorrow

Title: The Book of Tomorrow
Author: Cecelia Ahern
Reading Duration: approximately 4 days 


1st collection dari Cecelia Ahern yang den boli. next misson ialah untuk mendapatkan kesemua koleksi beliau. total 13 buku hokey.. klik sini tuk senarai penuh buku ni Cecelia Ahern Trilogy

Tamara Goodwin sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewah, kini dan selamanya.. Tamara tidak pernah untuk melihat atau memikirkan hal masa hadapan.. sehinggalah kematian bapanya secara mendadak dan meninggalkan dye dan ibunya bebanan hutang yang banyak sehingga memaksa mereka berpindah dan tinggal bersama pakcik dan makcik (adik ibu Tamara) di desa kecil..

hanya bergantung kepada travelling library sebagai tempat untuk menghilangkan rasa kebosanan, Tamara dengan tidak sengaja menjumpai buku besar berkulit dengan strap emas serta berkunci.. lebih menjadi misteri buku itu tiada nama pengarang atau pon tajuk..

rasa ingin tahu yang membuak2 membuatkan Tamara memecahkan kunci buku tersebut.. dan apa yang Tamara temui adalah sangat memeranjatkan..

apa yang Tamara lihat ialah tulisan tangan seperti tulisannya dan bertarikhkan esok hari.. dan apabila esok hari berlangsung seperti yang diceritakan dalam buku tersebut, Tamara beranggapan bahawa dye mungkin sudah menjumpai jalan penyelesaian kepada masalah2 nya..

dalam usaha Tamara mencari jawapan kepada masalah2 nya, Tamara mula belajar bahawa beberapa halaman tidak perlu diusik, dan Tamara mencuba untuk tidak mencampuri takdir yang telah ditetapkan..

p/s: buku yang den boli cover nye bukan macam ni..