Title: Unlike a Virgin
Author: Lucy-Anne Holmes
Reading Duration: 1 week
Pages: 2++
ok buku ni den start baca sebelum pegi outstation 2 minggu lepas.. tapi tertangguh sebab den p baca buku Stolen Away dulu.. haha
tahun ini merupakan tahun kelima Gracie berkerja di Make a Home dan hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana Gracie sangat confident yang dia akan dinaikkan pangkat.. namun harapan Gracie musnah apabila Ken (bos Gracie) telah melantik John untuk jawatan idaman Gracie.. keadaan semakin buruk apabila Danny telah meninggalkan Gracie walaupon mereka telah menjalinkan hubungan selama 10 tahun.. lebih memeranjatkan Gracie apabila berita perpisahan itu disampaikan oleh ibu Danny!
namun semuanya menjadi semakin buruk apabila tapak perkuburan ayah Gracie perlu ditukar tempat untuk memberi lalaun kepada pembinaan jalan baru oleh JSJ Construction.. pada masa yang sama ibu Gracie telah membuat pinjaman kepada 'along' untuk membayar hutang kad kredit sebanyak 20ribu..
keadaan menjadi bertambah buruk apabila Gracie disahkan mengandung..
kini Gracie berada dalam keadaan dilema sama ada meneruskan pregnancy nya atau melakukan abortion.. dalam masa yang sama Gracie selalu bermimpi tentang Anton.. seorang pemilik bar di seberang jalan rumah Gracie dan juga merupakan seorang bekas enyanyi yang kini memasuki pertandingan nyanyian..
bagi yang tidak tahu Gracie merupakan bekas penyanyi dan Gracie berhenti menyanyi selepas kematian ayahnya.. dan kini Anton telah mengajak Gracie untuk menjadi partner nya bagi meneruskan pertandingan nyanyian tersebut..
dengan begitu banyak dilema dan masalah, dapatkah Gracie meneruskan kehidupannya? dapatkah Gracie memilih apa yang penting dalam hidupnya? menjadi ejen hartanah atau menjadi penyanyi? meneruskan pregnancy atau melakukan abortion? terus menunggu kepulangan Danny atau move on?
