Title: Stolen Away
Author: Alyxandra Harvey
Reading Duration: 5 hour
Pages: 2++
hi I'm back!! haha.. maklum ler cuti raya lama sangat.. pastu sambung outstation plak seminggu lagi, memang takde lah masa den nak membaca kan.. buku ni den beli minggu lepas lagi masa den outstation tapi baru semalam mood membaca datang balik..
tak sangka plak buku ni den boleh habis baca sebelum kul 12 malam tadi.. buku ni simple dan straight forward.. den enjoy membacanya dan jalan cerita takde nak putar belit sangat.. kalo tak salah den seluruh cerita habis dalam seminggu jer (seminggu dalam buku tu yer)
Eloise merupakan seorang remaja biasa yang mempuyai keluarga biasa kecuali tentang kepelikkan makcik Antonia adik kembar ibunya Jazmine.. ape yang pelik nye ialah makcik Antonia akan menghilangkan diri apabila menjelang musim autumn dan hanya akan pulang apabila masuk musim sejuk.. lagi pelik apabila dye suka pakai baju terbalik (dalam ke luar).. banyak lagi mende pelik tapi Eloise tak pernah amek pusing..
so bila suatu hari secara tiba-tiba seorang remaja lelaki (tua 2/3 tahun dari Eloise) datang dan tunduk hormat kepada Eloise dikhalayak ramai, perkara pelik mula berlaku.. remaja lelaki ini bernama Lucas dan dye memakai baju yang agak pelik (seperti dari zaman dahulu) dan mempunyai sebilah pedang.. Lucas memberitahu Eloise bahawa dye perlu mengikutnya dan kerana Eloise berada dalam bahaya..
lebih pelik apabila Eloise didatangi oleh beberapa ekor burung gagak yang banyak dan agresif, serta tindakan seekor burung helang seperti mempertahankan Eloise daripada ancaman.. keadaan menjadi lebik pelik apabila Eloise diculik oleh beberapa ekor burung gagak yang bertukar menjadi manusia.. dan mereka bertindak atas arahan Lord Strahan, Kinf of Faery..
apakah tujuan Strahan menculik Eloise? dapatkah Lucas menyelamatkan Eloise? apakah kaitan makcik Antonia dengan penculikkan Eloise?
