Title: Guilty Pleasure
Author: Tasmina Perry
Reading Duration: more than 1 week
Pages: 6++
buku ni den baca sebelum cuti raya lagi tapi baru habis baca malam tadi.. maklum ler kalo dah cuti raya memang den tak kan ade masa nak buca buku.. buku ni memang best.. memang Tasmina Perry lah!!
Soul merupakan CEO kepada sebuah syarikat membuat beg tangan terkemuka berjenama Milford.. apabila Soul meninggal dunia dia meninggalkan wasiat yang bakal merubah kehidupan seluruh keluarga Milford.. dengan tidak disangka-sangka, Soul telah memberikan sepenuh hak perniagaan Milford kepada Emma Bailey (anak saudara Soul) dengan pegangan shara paling tinggi iaitu 75%.. dengan ini ahli keluarga yang lain telah membenci Emma..
dengan bantuan Stella dan Ruan, Emma berjaya membawa Milford kembali ke zaman kegemilangannya.. namun tidak ada yang mudah dalam perjalanan Emma memacu Milford termasuklah tentangan hebat dari ahli keluarganya sendiri..
terlalu banyak sangat drama dalam cerita ni tapi takde satu pon yang membuatkan cerita ni jadi boring.. memang tak rugi den beli buku ni..
