Tittle: Harry Potter and The Cursed Child
Author: J.K. Rowling
Reading Duration: 4 hour
Source: epub
den beli ebook ni sebenarnya.. punye lah semangat nak baca buku ni.. den beli rm5 kat Farah Aidan.. tapi den tetap nak beli physical book, tadi tengok kat Carousell ade harga murah rm90.. tunggu den gaji dulu yo..
ok semalam masa den baca ebook ni rasa agak kelam kabut jugak sebab dye skrip untuk teater.. tapi lepas 5/10 minit macam tu den dah dapat rentak nak baca (tanpa perlu baca nama untuk dialog)..
Harry Potter and The Cursed Child bercerita tentang time travel and changing the course of history.. semuanya bermula dengan penemuan Time Traveler.. apabila Albus telah terdengar perbualan antara Amos Diggory dan ayahnya Harry Potter mengenai keinginan Amos untuk menggunakan Time Traveler untuk menyelamatkan anaknya Cedric Diggory, Albus bertekad untuk mencari Time Traveler dan membantu Amos.. ini kerana dek penyebaran khabar angin tentang anak Voldemort..
hajat Albus menjadi kenyataan kerana Scorpius (anak Draco Malfoy dan juga kawan baik Albus) dan anak saudara Amos iaitu Delphi turut serta membantu Albus.. pengembaraan pon bermula apabila mereka bertiga mula menggunakan Time Traveler namun pengembaraan mereka ke masa silam hanya bertahan selama 5 minit.. dan sekembalinya mereka ke alam nyata sesuatu yang buruk telah berlaku kepada Albus..
dan semestinya pengembaraan Albus dan Scorpius adalah tanpa pengetahuan Harry dan Draco.. dan ini menimbulkan keadaan panik apabila Harry dan Draco menerima surat daripada Professor McGonagall yang mengatakan Albus dan Scorpius tidak ada dalam senarai kehadiran di Hogwarts..
adakah Albus akan menjadi okay selepas pengembaraan ke masa silam? dapatkah Albus dan Scorpius menyelamatkan Cedric? dapatkah Harry dan Draco menemui anak mereka? dan yang paling penting siapakah anak Voldemort?
p/s: lepas ni den boleh cari sendiri ebook yang lain-lain sebab den dah ade link nye.. hihi
