Title: The Starter House
Author: Sonja Condit
Reading Duration: 1 day
Pages: 3++
masa nak beli buku ni mestilah den baca sipnopsis dulu, tengok kenan ke tak dengan cerita tu.. so rupanya buku ni bercerita pasal hantu.. haha.. rasanya ni first time den baca buku cerita hantu..
Lacey dan Eric merupakan pasangan muda yang baru berkahwin dan kini Lacey sedang mengandung anak pertama mereka.. membesar tanpa rumah membuatkan Lacey nekad untuk mencari sebuah rumah untuk memulakan hidup baru mereka.. dan akhirnya Lacey dapat juga menemukan sebuah rumah di Greeneburg..
tetapi seperti ada sesuatu yang menolak kehadiran Lacey dirumah tersebut.. seorang budak lelaki yang sering mengganggu Lacey dan Lacey sedar dia perlu berdepan dengan situasi ini.. yang peliknya hanya Lacey seorang dapat melihat dan berbicara dengan budak lelaki ini, iaitu Drew..
sebagai seorang guru, Lacey mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kanak-kanak yang suka memberontak.. dengan pengalaman tersebut Lacey nekad untuk merungkai misteri rumah barunya dan juga misteri kehadiran Drew..
dapatkah Lacey merungkai kehadiran Drew? dapatkah Lacey bertahan dirumah barunya? dan dapatkah Lacey menyelamatkan kandungannya?
memang tak rugi den amek buku nie.. walaupon kekuatan antara watak nampak seperti ada kekurangan, dan jalan cerita yang slow tapi den tetap baca sampai habis, sebab apa? sebab den nak tahu punca kehadiran Drew dan sebab den nak tahu apa yang jadi seterusnya..
p/s: ade satu scene tu, den dok bersila atas katil sebab den tiba-tiba rasa takut macam ade mende kat bawah katil akan pegang kaki den.. haha
