Title: Dead Ever After
Author: Charlaine Harris
Reading Duration: 3 days (night only)
Pages: 3++
(cover buku den bukan macam ni)
Sookie Stcakhouse series ni watak dia bercampur-campur.. ade fairy, vampire, werewolf, shapeshifter, dan juga witches.. dan buku ni juga lain daripada yang lain (dari sisi pandangan den la yer)
disebabkan ni buku terakhir dalam series Stackhouse, den ade blur sikit-sikit tentang punca kepada segala permasalahan.. tapi don't worry, review den ni hanya dibuat berdasarkan novel ini sahaja..
Sookie Stackhouse seorang witches dan baru-baru ini dia telah menggunakan 'sesuatu' untuk menghidupkan kembali Sam, namun tindakan Sookie ini tidak mendatangkan kesenangan padanya.. kerana Eric, suami vampire Sookie (perkahwinan alam vampire) berpendapat Sookie seperti tidak menyayanginya.. dan mendatangkan rasa marah kepada ayah Amelia dek kerana tindakan Sookie itu..
selepas insiden itu, Sookie didatangi oleh bekas waitress di Merlotte's Bar iaitu Arlene yang ingin kembali bekerja di Merlotte's namun permintaan beliau terpaksa ditolak oleh Sookie (yang kini merangkap Merlotte's business partner).. ini adalah kerana Arlene pernah membuatkan Sookie terbunuh sebelum ini..
namun keesokan harinya Arlene ditemui mati dan dibuang ke dalam bekas sampah dibelakang Merlotte's.. dan anehnya Sookie telah ditangkap atas dakwaan membunuh Arlene dek kerana penemuan scarf milik Sookie pada mayat Arlene.. dalam kekalutan pembunuhan Arlene, Sookie telah 'diceraikan' oleh Eric..
selepas Sookie diikat jamin keluar daripada penjara, Sookie telah dibantu oleh beberapa rakannya iaitu Mr. Cataliades, Diantha, Barry, Amelia dan Bob untuk merungkai misteri pembunuhan Arlene dan juga untuk menyingkirkan Sookie sebagai suspek pembunuhan..
apakah punca penceraian antara Sookie dan Eric? dan yang paling penting dapatkah Sookie merungkai misteri pembunuhan Arlene? dan sekaligus menyingkirkan namanya sebagai suspek pembunuhan?
buku ni takde elemen suspen, dan takde pon scene magic ke ape ke.. tapi ade sedikit elemen sex (minor jer).. keseluruhan cerita slow tapi tidak memboringkan.. sebab den berjaya baca sampai habis.. maybe kalau den baca dari buku first den dapat rasa excited sikit kot.. anyways, takde istilah rugi bagi den lepas baca buku ni..
