Title: The Comeback Girl
Author: Katie Price
Reading Duration: 12 hour
Pages: 3++
dua tahun lalu Eden merupakan seorang penyanyi pop yang paling digemari dan merupakan kesayangan ramai.. namun selepas kematian ibunya Terri, Eden seperti hilang punca dan mula mabuk setiap hari, dan sering bertukar pasangan.. keadaan ini menjadi semakin teruk apabila dirinya dibuang oleh kakaknya sendiri Savannah..
selepas dua tahun berlalu, Eden nekad untuk kembali ke dunia kegemilangannya.. sebagai permulaan Eden perlu bekerjasama dengan seorang penulis lirik berjaya iaitu Jack Steele untuk menjayakan album barunya.. kemudian Eden perlu mendapatkan kembali bentuk badan asalnya dengan bantuan personal trainer Rufus..
tuah menyebelahi Eden apabila dye dijemput menjadi salah seorang juri dalam program realiti Band Ambition menggantikan salah seorang juri yang menarik diri disaat akhir.. dengan itu Eden bertekad untuk tidak mempersia-siakan peluang ini.. namun apabila Eden jatuh cinta terhadap salah seorang peserta iaitu Stevie bukanlah satu idea yang bagus.. namun Eden selalu mengikut gerak hatinya dan Eden merasakan Stevie is 'The One'..
namun adakah Eden betul tentang Stevie? dapatkah Jack membantu mengembalikan kegemilangan Eden dengan lagu-lagu baru hasil penulisannya?
mula-mula baca den dah 'nampak' jalan cerita buku ni, dah boleh teka siapa Stevie sebenarnya.. apa yang akan terjadi antara Eden dan Jack.. tapi tak rugi pon baca buku ni sebab hanya perlu 12 jam untuk habiskan buku nie..
jalan cerita yang sempoi dan ringkas.. tak sarat dengan aksi atau scene yang tak sepatutnya.. straight forward!
den sangat rekemen buku ni bagi mereka yang mencari 'light book' untuk mengisi masa lapang semasa menungggu bas atau train :)
