17 June 2016

Book Review 2016 # 64 - Lucky Bunny

Title: Lucky Bunny
Author: Jill Dawson
Reading Duration: 2 week (night only)
Pages: 3++


buku ni sebenarnya takde lah tebal mana tapi den amek masa yang teramat lah sangat lame tuk habis baca.. sebabnya satu, den baca waktu malam jer, dua sebab den balik kampung pehtu den tak bawak balik buku nie..

okay, buku ni lain daripada yang lain.. cara penulis ni menulis buku nie dengan cara bercerita.. bercerita tentang pengalaman, berkisar tentang kehidupan QueenieDove yang berlatar belakangkan perang dunia kedua..

bercerita tentang hidup Queenie daripada kecil sehinggalah dia berkahwin dan mempunyai seorang anak,, kehidupan Queenie tidak seperti kanak-kanak lain kerana ibu dan bapa Queenie sering bergaduh dan bapa Queenie seringkali juga memukul ibu Queenie.. lebih perit apabila adik bongsu Queenie iaitu Vera meninggal dunia akibat kecuaian ibu Queenie sendiri.. maka tinggallah Queenie bersama Bobby, adik lelakinya..

belajar cara hidup daripada Green Bottle, Queenie berjaya mengubah kehidupannya.. namun jalan hidupnya tidak sesenang yang kita bayangkan.. Queenie sering keluar masuk dari sekolah pemulihan, actually Queenie lari bersama Stella.. 

kemudian Queenie bertemu Tony dan kadangkala Tony bertindak kejam dengan memukul Queenie namun perasaan sayang Queenie terhadap Tony masih tebal.. 

dapatkah Queenie mengubah nasib dirinya? adakah perasaan sayang terhadap Tony berkekalan?