16 August 2016

Book Review 2016 # 79 - Quinn (Eve Duncan # 13)

Title: Quinn
Author: Iris Johansen
Reading Duration: 3 day
Pages: 3++


patut nye minggu lepas lagi boleh abis baca buku ni tapi den g outstation lak.. semalam den nekad nak kasi abis..

ok, ni sambungan kepada novel Eve, kali ni bercerita tentang bagaimana Quinn boleh 'terjebak' dengan Eve.. tentang pertemuan pertama mereka, tentang penglibatan Eve dalam misi pencarian Bonnie..

Quinn sebenarnya dah mula tertarik kepada Eve semasa pertemuan pertama mereka namun Quinn perlu meletakkan perasaannya sebagai nombor dua kerana kini Eve sedang 'bertarung' dengan emosi akibat penculikkan Bonnie.. sejak Eve meminta fail tentang kehilangan orang terutamanya melibatkan kanak-kanak, bermula lah episode keintiman antara Eve dan Quinn..

selepas Quinn 'bertemu' dengan Bonnie (semasa Quinn dalam keadaan koma), kini Quinn berasa dye kenal rapat kepada Bonnie.. dan mula faham bagaimana perasaan Eve apabila bercerita tentang 'kewujudan' Bonnie.. 

dalam pada masa yang sama Catherine Ling, CIA agent mula bertindak memburu Gallo secara sendirian.. Catherine pasti yang Gallo masih berada di sekitar cabin miliknya.. jangkaan Catherine benar apabila Catherine berjaya mengakap kelibat Gallo.. dengan itu Catherine mula menjejak Gallo.. 

dapatkah Catherine menangkap Gallo? berjayakah Quinn sedar dari situasi koma? dapatkah Eve membuktikan bahawa Gallo pembunuh Bonnie yang sebenarnya?

07 August 2016

Book Review 2016 # 78 - Eve (Eve Duncan # 12)

Title: Eve
Author: Iris Johansen
Reading Duration: 10 hour
Pages: 3++


selepas 7 tahun misteri kehilangan Bonnie secara tiba-tiba Chaterine Ling seorang ejen CIA sekali lagi telah membuka ruang untuk menemukan pembunuh Bonnie.. namun anehnya nama ayah Bonnie menjadi suspek utama pembunuhan Bonnie, John Gallo.. John Gallo merupakan kisah silam Eve Duncan..

bertemu John pada usia 16 tahun dan dengan persetujuan bersama John dan Eve berkongsi kehidupan intim bersama tanpa ade sebarang ikatan semasa dan akan datang.. Eve percaya sekiranya dia mengambil pil perancang milik ibunya, tiada kehamilan tanpa dirancang akan berlaku.. hubungan intim antara Eve dan John berlaku selama beberapa minggu sehingga John memasuki tentera..

namun itu hanyalah rancangan semata dan akhirnya Eve disahkan mengandung tanpa pengetahuan John.. Eve pada mulanya tidak mahu membela Bonnie namun selepas pertama kali melihat Bonnie selepas dilahirkan Eve nekad untuk memelihara Bonnie dengan bantuan Sandra.. ketika Bonnie berusia 8 bulan John dikhabarkan telah meninggal dunia.. 

kini secara tiba-tiba nama John timbul semula dan berkemungkinan John merupakan pembunuh Bonnie.. hanya Eve mengenali John dan hanya John mengenali Eve seperti mereka remaja.. Eve nekad untuk menjejaki John bagi mengetahui siapakah pembunuh misteri Bonnie..

namun dapatkah Eve bertemu dengan John yang telah hilang dari radar tentera selama bertahun-tahun? adakah benar John Gallo pembunuh Bonnie? dapatkah Eve menyempurnakan misi ini tanpa melibatkan Quinn?

Book Review 2016 # 77 - Promise Not To Tell

Title: Promise Not to Tell
Author: Jennifer McMahon
Reading Duration: 2 days
Pages: 2++


pada malam pertama kembalinya Kate ke kampung halamannya, telah berlaku satu pembunuhan kejam keatas seorang budak perempuan yang mirip menyerupai satu pembunuhan yang telah berlaku semasa zaman kanak-kanak Kate pada 30 tahun yang lalu.. budak malang tersebut ialah Del tapi lebih dikenali dengan panggilan Potato Girl..

kini seseorang pembunuh atau pembunuh yang sama telah membunuh seorang budak perempuan iaitu Tori kawan karib Opal yang merupakan anak kepada Raven, rakan kepada Kate yang kini merupakan salah seorang penjaga ibu Kate yang menghidap Alzheimer.. 

umum mengetahui Kate pernah sama-sama menunggu bas setiap pagi untuk ke sekolah.. namun hanya Kate dan Nicky abang kepada Del tahu bahawasanya Kate dan Del berkawan rapat.. Del menganggap dirinya seorang sheriff dek kerana Del memiliki sheriff badge dan melantik Kate sebagai Deputy.. Del dan Kate juga telah membuat perjanjian darah dan Del telah berkongsi satu rahsia dengan Kate..

 apabila pembunuhan Tori berlaku Opal sering bertanya Kate perihal pembunuhan Del.. dalam masa yang sama Kate dan Nicky mula mengalami perkara pelik seperti ternampak bayangan budak perempuan yang menyerupai Del.. mereka beranggapan hantu Del menjelma bagi menuntut bela atas kematiannya.. 

apakah rahsia Del yang hanya diketahui oleh Kate? benarkah Del telah menjelma sebagai hantu? mengapakah Opal begitu taksub untuk mengetahui perihal pembunuhan Del?

p/s: baca waktu malam memang ade rasa seram sikit.. ni buku kedua den baca pasal cerita hantu..

04 August 2016

Book Review 2016 # 76 - Wicked Business

Title: Wicked Business
Author: Janet Evanovich
Reading Duration: 4 day
Pages: 2++


Lizzy seorang pastry chef di sebuah kedai cupcake yang dimiliki oleh Clara dan dibantu oleh Glo.. walaupon Lizzy seorang chef pastry tetapi beliau mempunyai bakat luar biasa.. dan disebabakan bakat ini Diesel telah mengangkat Lizzy sebagai partner dalam menyelesaikan misteri kematian seorang professor Gilbert Reedy..

kematian Reedy adalah berkait rapat dengan Luxuria Stone yang mempunyai kisah purba yang berkait rapat dengan nafsu.. dipercayai barang siapa yang memiliki batu ini akan dapat menemukan cinta sejati.. 

dalam menyelesaikan isteri Luxuria Stone, Lizzy dan Diesel telah melakukan banyak perkara yang melanggar undang-undang seperti 'meminjam' lukisan bersejarah tanpa pengetahuan pemiliknya, memasuki kawasan larangan dan sekaligus mengambil 'loceng' tanpa kebenaran pihak berwajib, menanggalkan plag dihadapan kediaman awam dan bermacam lagi.. 

tidak cukup dengan itu, Lizzy dan Diesel juga perlu menyelsesaikan teka-teki setiap kali mereka mendapat clue daripada barangan yang 'dipinjam'.. selain itu Lizzi dan Diesel juga perlu berdepan dengan ancaman daripada mereka-mereka yang turut sama ingin mencari Luxuria Stone.. 

dapatkah Lizzy menyelesaikan misteri dan sekaligus menemukan Luxuria Stone?

bagi den cerita ni straight forward dan leisure.. kalau ikotkan den boleh jer abiskan baca dalam sehari tapi dek kerana den baca masa hari bekerja tu yang jadi 4 hari baru abis.. haha

02 August 2016

Book Review 2016 # 75 - Harry Potter and The Cursed Child

Tittle: Harry Potter and The Cursed Child
Author: J.K. Rowling
Reading Duration: 4 hour
Source: epub


den beli ebook ni sebenarnya.. punye lah semangat nak baca buku ni.. den beli rm5 kat Farah Aidan.. tapi den tetap nak beli physical book, tadi tengok kat Carousell ade harga murah rm90.. tunggu den gaji dulu yo..

ok semalam masa den baca ebook ni rasa agak kelam kabut jugak sebab dye skrip untuk teater.. tapi lepas 5/10 minit macam tu den dah dapat rentak nak baca (tanpa perlu baca nama untuk dialog)..

Harry Potter and The Cursed Child bercerita tentang time travel and changing the course of history.. semuanya bermula dengan penemuan Time Traveler.. apabila Albus telah terdengar perbualan antara Amos Diggory dan ayahnya Harry Potter mengenai keinginan Amos untuk menggunakan Time Traveler untuk menyelamatkan anaknya Cedric Diggory, Albus bertekad untuk mencari Time Traveler dan membantu Amos.. ini kerana dek penyebaran khabar angin tentang anak Voldemort.. 

hajat Albus menjadi kenyataan kerana Scorpius (anak Draco Malfoy dan juga kawan baik Albus) dan anak saudara Amos iaitu Delphi turut serta membantu Albus.. pengembaraan pon bermula apabila mereka bertiga mula menggunakan Time Traveler namun pengembaraan mereka ke masa silam hanya bertahan selama 5 minit.. dan sekembalinya mereka ke alam nyata sesuatu yang buruk telah berlaku kepada Albus..

dan semestinya pengembaraan Albus dan Scorpius adalah tanpa pengetahuan Harry dan Draco.. dan ini menimbulkan keadaan panik apabila Harry dan Draco menerima surat daripada Professor McGonagall yang mengatakan Albus dan Scorpius tidak ada dalam senarai kehadiran di Hogwarts.. 

adakah Albus akan menjadi okay selepas pengembaraan ke masa silam? dapatkah Albus dan Scorpius menyelamatkan Cedric? dapatkah Harry dan Draco menemui anak mereka? dan yang paling penting siapakah anak Voldemort?

p/s: lepas ni den boleh cari sendiri ebook yang lain-lain sebab den dah ade link nye.. hihi