03 May 2016

BookXcess Mothers Day Sale


okay guys!

bookXcess buat sale lagi.. kali ni bersempena Mothers Day

3 - 13 May 2016
buy 2 get 3rd at 50%

Book Review 2016 # 56 - Harry Potter and the Half Blood Prince (Harry Potter # 6)

Title: Harry Potter and the Half Blood Prince
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 1 week (night only)
Pages: 5++


kematian Dumbledore adalah berita yang paling menyedihkan dan memberikan kesan yang mendalam kepada Harry terutamanya.. dan pada saya, "Harry Potter and the Half Blood Prince" merupakan buku yang paling gelap kerana pemerintahan Voldemort mula mengambil tempat..

dalam buku keenam, Dumbledore telah membawa Harry  kembali ke masa lampau untuk mengetahui lanjut tentang Voldemort dengan menyelami beberapa memori tentang Voldemort.. sepanjang beberapa kali menyelami memori Harry akhirnya dapat mengetahui tentang punca mengapa Voldemort berubah menjadi seorang yang suka akan keganasan..

dalam siri ini juga kita dibentangkan tentang sisi baru Draco Malfoy.. semenjak ayah nya Lucious Malfoy ditahan di penjara Azkaban, Draco mula menunjukkan sifat baru, dimana beliau tidak lagi memulakan kekecohan, malahan Malfoy dilihat seperti menjaohkan diri dari publisiti.. dan Malfoy mula berkawan dengan kawan baru.. Malfoy juga kerap tidak masuk ke kelas dengan alasan tidak sihat, malah Malfoy juga tidak terlibat dalam perlawanan Quidditch.. 

dengan penemuan baru tentang masa lampau Voldemort, Harry mula membuat penilaian dan salah satu penemuan yang amat mengejutkan ialah apabila mengetahui tentang kewujudan Horcuxes.. 

buku ni meninggalkan sikit kesan kat den terutama part kematian Dumbledore.. dan juga tentang kebanggaan Malfoy serta pengkianatan dari Snape!

lepas abis baca, den rasa sedih dan marah.. :(

29 April 2016

BookCafe RM1 Sale


tengah bersosial kat FB tadi ternampak banner  ni.. lepas klik lagi ler den terperanjat, sebab BookCafe tengah buat sale rm1.. ko bayangkan ler, sebuah buku rm1 jer!!


sale ni berlangsung selama 3 hari sahaja.. tapi sale bukan 24 jam.. sale hanya pada jam tertentu.. dan setiap pelanggan hanya boleh beli 1 buku sahaja.. senang cite, sape cepat dye dapat :)

lepas skodeng punye skodeng den tertarik dengan sale pada jam 4pm ni.. dah la ade 5 naskah jer.. 


p/s: den siap set alarm lagi kau.. pastu siap register lagi.. harap-harap ade ler rezeki den beli buku ni kul 4pm kang..

update 4.10pm.. buku ni dah sold dalam sekelip mata.. sedih nye la hai..

BookXcess Fiction Sales


BookXcess Retail Store Sales is comeback!!

all fiction book price is rm9.90

date: 30 april - 2 may 2016
time: 10am - 10pm
venue: Amcorp Mall | Fahrenheit88 | SS15 Courtyard

24 April 2016

Book Review 2016 # 55 - Harry Potter and the Order of the Phoenix (Harry Potter # 5)

Title: Harry Potter and the Order of the Phoenix
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 4 day (night only)
Pages: 6++


okay selepas tertangguh beberapa hari (sebenarnye dah lost count berapa hari), akhirnya den berjaya jugak menghabiskan buku nie.. 

sepanjang cuti semester, Harry dapat merasakan kawan baiknya Ron dan Hermione seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuannya.. namun setiap kali Harry cuba bertanya mereka menjawab tiada ape yang berlaku dan Harry tidak perlu merasa risau.. 

setiap hari Harry mendengar berita muggles (non-magic people) secara curi-curi, tujuannya untuk mengetahui sekiranya ade perkembangan mengenai Dark Lord seperti pembunuhan misteri.. Harry juga melanggan surat khabar Daily Prophet namun hampa kerana tiada satu pon berita mengenai Dark Lord atau kejadian pelik.. 

apabila Harry didatangi oleh 2 Dementors semasa berada di taman bersama Dudley, episode hitam pon bermula.. pertama, Harry berkemungkinan akan dibuang dari sekolah kerana melakukan magic diluar kawasan sekolah; kedua, Harry diberitahu tentang Order of the Phoenix, yang bertujuan untuk menjaga keselamatannya; ketiga, professor baru Dolores Umbridge yang mengajar subject Defense Against the Dark Art (dan bertambah teruk apabila mereka hanya membaca dari buku tanpa melakukan praktikal): keempat, apabila parut didahi Harry merasa sakit hanpir setiap hari dan Harry bermimpi tentang sebuah pintu yang sama pada setiap malam; kelima, apabila Harry diminta untuk belajar Oculemency dengan Snape!

sepanjang den baca buku nie, den rasa sangat menyampah dengan Umbridge! rasa nak tampar-tampar jer.. thanks to Centours sebab berjaya buat Umbridge kenal erti takut.. 

den berenti baca buku sebab kne tido jer, kalo lah tido tu boleh tangguh konpem lagi cepat den abis baca buku.. sebab ape? sebab buku ni best.. jalan cerita yang penuh dengan misteri dan suspen..

so korang kene lah baca buku ni yer untuk rasa sendiri betapa best nye buku ni..