Title: Harry Potter and the Half Blood Prince
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 1 week (night only)
Pages: 5++
kematian Dumbledore adalah berita yang paling menyedihkan dan memberikan kesan yang mendalam kepada Harry terutamanya.. dan pada saya, "Harry Potter and the Half Blood Prince" merupakan buku yang paling gelap kerana pemerintahan Voldemort mula mengambil tempat..
dalam buku keenam, Dumbledore telah membawa Harry kembali ke masa lampau untuk mengetahui lanjut tentang Voldemort dengan menyelami beberapa memori tentang Voldemort.. sepanjang beberapa kali menyelami memori Harry akhirnya dapat mengetahui tentang punca mengapa Voldemort berubah menjadi seorang yang suka akan keganasan..
dalam siri ini juga kita dibentangkan tentang sisi baru Draco Malfoy.. semenjak ayah nya Lucious Malfoy ditahan di penjara Azkaban, Draco mula menunjukkan sifat baru, dimana beliau tidak lagi memulakan kekecohan, malahan Malfoy dilihat seperti menjaohkan diri dari publisiti.. dan Malfoy mula berkawan dengan kawan baru.. Malfoy juga kerap tidak masuk ke kelas dengan alasan tidak sihat, malah Malfoy juga tidak terlibat dalam perlawanan Quidditch..
dengan penemuan baru tentang masa lampau Voldemort, Harry mula membuat penilaian dan salah satu penemuan yang amat mengejutkan ialah apabila mengetahui tentang kewujudan Horcuxes..
buku ni meninggalkan sikit kesan kat den terutama part kematian Dumbledore.. dan juga tentang kebanggaan Malfoy serta pengkianatan dari Snape!
lepas abis baca, den rasa sedih dan marah.. :(
