31 May 2016

BBW Big Bad Box Sale Mines 2

ingat tak post den pasal BBW Mines 2 aritu? terlaksana juga impian den nak beli Big Bad Box BBW nih! haha

disebabkan den pemegang kad debit Hong Leong bank maka den dapat ler extra 5% diskaun.. lagi ler den suka sebab jimat sket duit den.. hihi

mula-mula den ingat nak beli box kecik jer tapi lepas tengok depan mata size kotak tu, maka den pon beli box besar jer.. banyak sikit buku buleh sumbat.. (tu yang sebenarnya)

tapi satu jer yang den rasa kecewa sikit, tempat BBW kali ni agak kecik dan pilihan buku tak banyak.. bahagian romance hanya ade 1, young adult pon ade 1, tapi general fiction ade banyak kalo tak salah 4/5 bahagian.. takpe, next time nye BBW (akhir tahun sebab tempat besar dan pilihan buku yang banyak!) den akan pegi hari pertama dan den akan beli 2 box besar! maka dengan itu marilah kita menabung start dari arini.. 

den tak pandai nak lelame merayau kat BBW nih, jadi selepas 2 jam setengah merayau, dibawah adalah hasil rembatan den :)


total buku 29 buah. belah kiri semua nya hard cover, belah kanan semuanya paperback dan bahagian atas campuran hard cover dan paperback..

kene ade seni nak menyusun buku-buku ni supaya muat dalam kotak.. kali pertama den susun, ade 5 ke 6 buah buku tak dapat sumbat, kali kedua semua buku berjaya disumbat, sampai rumah bila den nak susun balik dalam kotak ade 2 buku terbonjol sikit.. haha

modal rm94.90 (selepas 5% diskaun)
jumlah harga buku rm230 (kalau tak salah kire)
keuntungan rm135.10

berbaloi sangat-sangat den raso!!

buku-buku yang den rembat harga antara rm3, rm5, rm8, rm10 dan rm30

jom usha ape yang ade dalam box ni yer











tak tau ler bila den abis baca yang dalam box nih.. sebab nya yang den beli kat Carousell pon melambak lagi belum baca.. hahaha..

kalo den tak salah next month ade BBW kat Ipoh plak.. yang tu tetap jugak kene pegi.. hihi..
(kalau ade Big Bad Box Sale lagi ape salah nye kan..)

30 May 2016

Book Review 2016 # 62 - What a Girl Wants (A Girl # 2)

Title: What a Girl Wants
Author: Lindsey Kelk
Reading Duration: 1 week
Pages: 3++


buku ni bersambung dari sini.. selepas pulang dari Hawaii, Tess terpaksa menghadap kerenah teman serumahnya pula iaitu Vanessa.. Vanessa sangat marah kepada Tess kerana pergi ke Hawaii sebagai dirinya.. disebabkan itu Vanessa telah membuat laporan polis dan mengatakan Tess adalah seorang yang merbahaya.. dengan itu Tess telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap atas kesalahan menceroboh rumah sewanya sendiri.. lebih teruk apabila Tess ditangkap ketika sedang melompat keluar dari tingkap rumah nya..

selepas diselamatkan oleh Charlie untuk sekian kalinya, dan selepas Charlie meluahkan perasaan cintanya kepada Tess, Tess membuat keputusan yang dia memerlukan masa untuk membuat keputusan.. dengan itu Tess telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran kerja daripada Al di Milan.. bersama Amy sebagai pembantunya, mereka telah terbang ke Milan..

di Milan sekali lagi Tess diuji untuk membuat keputusan sama ada untuk menerima tawaran Charlie sebagai rakan business atau meneruskan kerjayanya sebagai photographer.. dan disebalik masalah ini, tess juga perlu membuat keputusan sama ada Charlie atau Nick..

seperti biasa Lindsey Kelk pandai bermain dengan drama.. setiap hari Tess tidak terlepas daripada drama dalam kelangsungan hidupnya.. dan Amy serta Kekipi sentiasa berada disamping Tess..

dapatkah Tess membuat keputusan wajar? adakah Tess memilih marketing sebagai kerjayanya atau memilih untuk menjadi photographer? dan siapakah pula cinta hati pilihan Tess?

pendek cerita, keputusan Tess bertepatan dengan tajuk novel ini..

happy reading guys! :)

24 May 2016

Carousell Book Hunting

kan den dah cakap den ni obses dengan buku!

tengok! den boli buku ni plak...

(tapi memang den nak sangat buku nih)


rm24 sekali postage

update 31 May - den tongah baca buku ni.. den raso macam dah penah baca buku ni dulu2.. tapi baca e-book la kan.. sebab ape den cakap macam tu, sebab masa tengok trailer, den ade rasa macam familiar sangat dengan jalan cite nye.. 

23 May 2016

Carousell Book Hunting

sebona nye la kan, den ni obses dengan buku!

mana idak nye hari-hari den browse Carousell nie, dan maka dengan itu terbelilah buku dibawah.. haha



dua-dua buku ni rm27 sekali dengan postage..

entah bila la nak baca nye.. 

21 May 2016

Book Review 2016 # 61 - The Single Girl's To-Do List

Title: The Single Girl's To-Do List
Author: Lindsey Kelk
Reading Duration: 2 day
Pages: 3++


mungkin den pon patut buat macam Rachel Summer nih.. tapi den dah kawen jadi den tak leh ler buat macam tu kan? hihi so korang-korang yang masih single, boleh ler cuba idea dari nanges jer kan..

realiti takde orang buat macam ni kot tapi dalam novel ni, senarai aktiviti yang perlu dibuat selepas ditinggalkan kekasih adalah merupakan satu idea yang sangat bernas!

macam dalam novel ni, Rachel Summer telah dibantu oleh dua rakan karibnya iaitu Emelie dan Mathew untuk melaksanakan aktiviti baru bagi membantu Rachel kembali bersemangat selepas ditinggalkan oleh kekasihnya Simon.. aktiviti yang telah disenaraikan dinamakan 'Single Girl's To-Do List'..

19 May 2016

Carousell - Book Hunting

sebenarnya dah lame perasan ade buku ni kat Carousell, tapi asyik beli buku lain jer.. 
so, bulan ni den pejam mata jelah beli buku ni..
sebabnya Lindsey Kelk ialah one of the feveret writer den :)

rm21 include postage

rm20 include postage

so, lagi sekali wishlist den dapat ditunaikan..

18 May 2016

MPH Warehouse Sale


macam nak pergi, macam xleh pergi

sebab den nak nyimpan g BBW ujung bulan nih

ape-ape pon korang boleh legi yer

tarikh: 19 May - 29 May 2016
masa: 9am - 6pm
tempat: MPH Jalan Tandang

16 May 2016

BBW Mines May 2016


kali nie den berazam akan poei jugak BBW! (macam nak amek pekse lak)

sebab den nak boli box BBW.. pehtu den nak bubuh bebanyak buku yang den buleh sumbat dalam box tu.. den cuma bayar harga box jer nanti..


kate lah buku den harga rm10, den boli box A rege rm79.70
secara logic nye 7 buku dah boleh cover harga box.. tapi banyak lgi ruang tuk buku..
jadi nye memang berbaloi-baloi ler beli box.. 
tapi kene make sure buku nye beli banyak ler..

den akan pegi ari mula tu, 27 May sebab aritu besday den! :)
kire macam hadiah besday ler ni..

15 May 2016

Book Review 2016 # 60 - Mockingjay (Hunger Games # 3)

Title: Mockingjay
Autor: Suzanne Collins
Reading Duration: 2 day
Pages: 4++


Mockingjay berkisar tentang bagaimana Katniss menjadi ikon pemberontakan..

selepas sekali lagi terselamat daripada Quarter Quell, Katniss telah dilantik untuk menjadi ikon pemberontakan yang bermula di District 13.. disini Katniss dibantu oleh ketua Disctrict 13, termasuk Haymitch dan Gale..

namun disebalik kisah terselamatnya Katniss daripada Quarter Quell, nasib tidak menyebelahi Peeta kerana Peeta telah ditangkap oleh President Snow.. dimana Peeta telah diseksa untuk mendapatkan maklumat mengenai pemberontakan yang bakal dilakukan oleh District 13..

mampukah Katniss melaksanakan tugas barunya sebagai ikon pemberontakan? adakah Peeta dapat diselamatkan daripada cengkaman President Snow?

tapi bagi den la kan, Mockingjay ni kurang best sikit.. sebab ape? sebab jalan cerita agak slow, tak banyak aksi, dan cerita macam tergantung sikit.. yelah, tiba-tiba President Snow dapat ditangkap dan mati.. takde elaboration pon tang part nih.. 

14 May 2016

Book Review 2016 # 59 - Catching Fire (Hunger Games # 2)

Title: Catching Fire
Author: Suzanne Collins
Reading Duration: 2 day
Pages: 4++


Katniss dan Peeta masih tidak percaya yang mereka telah berjaya menjadi Victor dalam pertandingan Hunger Games sekaligus melonjak nama District 12..

ku sangkakan panas hingga ke petang, namun hujan ditengah hari.. haha.. tulah yang terjadi kepada Katniss dan Peeta.. selepas terselamat daripada Hunger Games, mereka sekali lagi terpaksa berjuang untuk hidup dalam Quarter Quell yang diadakan sekali dalam 25 tahun..

kali ini Tribute adalah dari kalangan Victor dan kini giliran Peeta pula untuk menggantikan Haymitch dan berjuang bersama Katniss.. perjuangan kali ini amat memeritkan kerana Katniss dan Peeta telah digambarkan sebagai pencetus dalam memulakan pemberontakan terhadap Capitol.. ini adalah bermula daripada tindakan Katniss berkongsi beri beracun bersama Peeta..

dapatkah Katniss dan Peeta selamat daripada serangan Tribute dari District yang lain? adakah rakyat Capitol masih percaya dengan kisah percintaan antara Katniss dan Peeta? terutamanya President Snow?

13 May 2016

Book Review 2016 # 58 - The Hunger Games (Hunger Games # 1)

Title: The Hunger Games
Author: Suzanne Collins
Reading Duration: 1 day
Pages: 4++


den tengok filem nye dulu baru den ade hati nak baca buku nye.. tengok filem macam best so den pon beli lah buku ni.. murah jer kat Carousell..

for your info, den baco buku ni tak sampai 24 jam.. hebat tak? kiki

The Hunger Games ni bermula apabila adik bongsu Katniss Everdeen iaitu Prim Everdeen yang berusia 12 tahun telah dipilih menjadi wakil untuk District 12 dalam acara Hunger Games.. selepas nama adiknya diumumkan, Katniss tergamam dan terus bertindak untuk menjadi pengganti adiknya.. 

bersama Peeta, wakil lelaki untuk District 12, mereka akan menentang 22 lagi wakil dari District 1 hingga District 11. dimana wakil District lain adalah bersaiz lebih besar dan kuat, dan ada diantara mereka telah dilatih sejak dari kecil hanya untuk menjadi wakil dalam Hunger Games..

dapatkah Katniss dan Peeta mengharungi halangan dalam Hunger Games?

12 May 2016

Book Review 2016 # 57 - Harry Potter and the Deathly Hollow (Harry Potter # 7)

Title: Harry Potter and the Deathly Hollow
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 1 week
Pages: 7++


okay ni series terakhir dalam Harry Potter.. banyak betol cabaran den nak ngabis bacakan buku ni..

okay kali ni Harry Potter memang bebetol kene decide ape yang dye perlu buat.. ade orang pertikaikan yang Harry sebenarnya hanya memperbodohkan diri sendiri dengan  mengatakan dye sedang dalam usaha untuk menyelesaikan  misi yang ditinggalkan oleh Dumbledore..

namun Harry tetap dengan pendiriannya dan usahanya dibantu oleh dua kawan karibnya iaitu Ron dan Hermoine.. namun pasti ade pergolakan antara mereka, kalo tak, tak meriah la kan.. hihi

banyak perkara sedih berlaku sepanjang pengembaraan Harry kerana setiap hari hampir ada sahaja kematian yang berlaku.. dan kematian tersebut pasti sedikit sebanyak berkait dengan Harry sendiri.. 

dan pastinya perkara gembira juga berlaku seperti perkahwinan Bill dan Fluer, pertunangan Lupin dan Tonks dan banyak lagi (kena la korang baca sendiri yer)..

namun adakah tindakan Harry untuk meneruskan misi Dumbledore merupakan tindakan yang bijak? 

03 May 2016

MPH Red Hot Sale


date: 3 - 8 May 2016
selected title only

BookXcess Mothers Day Sale


okay guys!

bookXcess buat sale lagi.. kali ni bersempena Mothers Day

3 - 13 May 2016
buy 2 get 3rd at 50%

Book Review 2016 # 56 - Harry Potter and the Half Blood Prince (Harry Potter # 6)

Title: Harry Potter and the Half Blood Prince
Author: J.K Rowling
Reading Duration: 1 week (night only)
Pages: 5++


kematian Dumbledore adalah berita yang paling menyedihkan dan memberikan kesan yang mendalam kepada Harry terutamanya.. dan pada saya, "Harry Potter and the Half Blood Prince" merupakan buku yang paling gelap kerana pemerintahan Voldemort mula mengambil tempat..

dalam buku keenam, Dumbledore telah membawa Harry  kembali ke masa lampau untuk mengetahui lanjut tentang Voldemort dengan menyelami beberapa memori tentang Voldemort.. sepanjang beberapa kali menyelami memori Harry akhirnya dapat mengetahui tentang punca mengapa Voldemort berubah menjadi seorang yang suka akan keganasan..

dalam siri ini juga kita dibentangkan tentang sisi baru Draco Malfoy.. semenjak ayah nya Lucious Malfoy ditahan di penjara Azkaban, Draco mula menunjukkan sifat baru, dimana beliau tidak lagi memulakan kekecohan, malahan Malfoy dilihat seperti menjaohkan diri dari publisiti.. dan Malfoy mula berkawan dengan kawan baru.. Malfoy juga kerap tidak masuk ke kelas dengan alasan tidak sihat, malah Malfoy juga tidak terlibat dalam perlawanan Quidditch.. 

dengan penemuan baru tentang masa lampau Voldemort, Harry mula membuat penilaian dan salah satu penemuan yang amat mengejutkan ialah apabila mengetahui tentang kewujudan Horcuxes.. 

buku ni meninggalkan sikit kesan kat den terutama part kematian Dumbledore.. dan juga tentang kebanggaan Malfoy serta pengkianatan dari Snape!

lepas abis baca, den rasa sedih dan marah.. :(