20 July 2015

BBW Ipoh July 2015



ni tahun ke-2 BBW buat kat Ipoh. macam tahun lepas. en.tunang teman kan sebab den tak tau jalan ke sana.. haha.. ape yang menarik den raso banyak buku baru time nih.. harap2 kang masa buek kat KL banyak jugak lah buku baru.. jadi nye kene la nyimpan ongkos nye dari sekarang..

so inilah hasil rembatan!

p/s: xleh lelame dok citu sebab nanti makin banyak yang den rembat..


24 June 2015

Book Review 2015 # 21 - Split Second

Title: Split Second
Author: Catherine Coulter


ni 3rd crime book yang den boli.. boli sebab harga nye rm3 jer..

dua cerita dalam satu buku.. bak kata pepatah seiring dan sejalan.. hihi

buku ni menceritakan kisah FBI ejen Dillon dan ejen Lacey dibantu oleh ejen khas Lucy dan ejen khas Cooper untuk menangkap pembunuh bersiri yang terlepas. namun setelah meneliti kes tersebut mereka mendapati pembunuh bersiri tersebut mempunyai hubungan darah dengan pembunuh kejam terkenal yang telah meninggal dunia, iaitu Ted Bunny. maka pemburuan pon bermula..

pada masa yang sama ejen khas Lucy mendapat tahu daripada bapanya yang terlantar sakit bahawa datuk Lucy bukanlah dengan tiba2 menghilangkan diri 20 tahun dulu seperti yang digembar-gemburkan, tetapi telah dibunuh oleh nenek Lucy sendiri!

nekad untuk mengetahui kebenaran mengenai datuknya, Lucy berpindah masuk ke Chevy Chase, rumah nenek nya. namun apa yang dijumpai Lucy bukan hanya kebenaran tentang perkara yang berlaku bertahun2 dahulu tetapi, Lucy juga menjumpai sebentuk cincin pelik yang mempuyai kuasa..

nak tahu ape kuasa yang dimiliki oleh cincin dan misteri disebalik cincin tersebut, kenelah baca sendiri buku ni..

12 June 2015

Book Review 2015 # 20 - The Hunter

Title: The Hunter
Author: John Lescroart


2nd book pasal crime investigation.. beli sebab harga dye murah, rm3 jer.. haha


one day Wyatt Hunt menerima mesej berbuyi "How your mother die?".. sape yang tak terkezut kan tiba2 dapat mesej dari stranger then tanye macam mano mak kau meninggal.. bila call balik xde jawapan.. makin lah tambah suspen kan..

so Hunt pon start lah investigate pasal mesej yang dye dapat tu.. apparently Hunt ialah private investigator so xdelah susah sangat nak start "koje".. 

cerita ni best sebab banyak putar belit, which mean buat kita tertanye2 sape yang hantar mesej tu.. sape yang dye boleh percaya.. sape yang sayangkan dye.. sambil baca sambil berfikir.. 

so kene lah den baco sampai akhir tuk tahu macam mana mak eh meninggal dunia dan juga sapo yang hantar mesej tu..

quite interesting story.. sebab banyak elemen suspen.. den suko suspen2 nih.. =)

09 June 2015

Book Review 2015 # 19 - Sleep No More

Title: Sleep No More
Author: Iris Johansen


one day Sandra, ibu kepada Eve Duncan datang mintak tolong untuk mencari kawannya yang hilang iaitu Beth Avery. Eve dapat merasakan yang ibu beliau merahsiakan tentang sesuatu kerana ibunya bersungguh2 menyuruh Eve untuk mencari Beth dan ditambah pula keengganan Sandra untuk melaporkan kehilangan Avery kepada polis.

Selepas mengetahui yang Beth pernah ditempatkan di hospital sakit jiwa, Eve sangat terkejut kerana kehidupan antara Beth, Sandra dan Eve sendiri saling berkait.. dan dengan kehilangan Beth dari hospital telah mendekatkan mereka dengan bahaya..

so nak tahu ape misteri kehidupan antara mereka bertiga dan bagaimana Beth boleh lari dari hospital sakit jiwa, kene lah baca sendiri buku ni..

30 May 2015

Book Review 2015 # 18 - Fifty Shades Darker

Title: Fifty Shades Darker
Author: EL James


first of all kalo nak baca buku ni kene open minded betoi2 yer.. sebab banyak scene yang ghairah dan tahap sexual nye tinggi sangat.. tahap kedoktoran! haha

buku ni actually sambungan kepada Fifty Shades Grey (rujuk sini yer).. dalam buku kedua nie hubungan Anastasia dengan Christian pon asyik tenggelam timbul tapi dyeorang dah decide bebetol nak realisasikan hubungan dyeorang.. bukan macam hubungan Christian dengan perempuan2 sebelum nie.. pendek cerita dyeorang nak declare yang dyeorang ni boypren & girlpren laa..

tapi bukan nye senang dyeorang ni nak declare hubungan dyeorang sebab ade jer orang yang cemburu.. Jack Hyde, ex-bos Anastasia yang memang ade simpan perasaan tuk Anastasia dan Elena, bekas perempuan simpanan Christian.. 

both of them ni memang buat macam2 supaya hubungan Anastasia dengan Chritian tidak menjadi.. 

nak tahu ape kesudahan hubungan Anastasia dengan Christian kene la baca buku ni sendiri.. adakah sama seperti ending buku pertama? 

p/s: 27 August ni ade BBW kat Seremban.. den ingat nak apply cuti p terjah sana.. nak cari buku 1st and 3rd dalam series nie.. sekali cari buku2 yang lain.. next post den bagi list buku yang den nak cari yer..

klik sini tuk senarai penuh buku ni Fifty Shades Trilogy