Title: The Magician's Nephew
Author: C.S Lewis
Reading Duration: 6 hour
Pages: 1++
Reading Duration: 6 hour
Pages: 1++
apabila Digory dan Polly telah ditipu oleh pakcik Digory iaitu Uncle Andrew menjadi sebahagian daripada bahan ujikaji, mereka berdua telah memulakan pengembaraan unik seumur hidup.. dan apa yang berlaku kepada mereka berdua apabila menyentuh cincin sihir, tidaklah dapat dibayangkan oleh mana-mana ahli silap mata..
dibawa masuk ke hutan antara dunia, mereka mendapati mereka boleh memasuki ke mana-mana dunia melalui kolam misteri yang terdapat didalam hutan tersebut.. mereka juga telah bertemu dengan seorang ratu yang jahat iaitu Queen Jadis didalam salah satu kolam misteri yang mereka masuk..
Digory dan Polly secara tidak sengaja telah terbawa Queen Jadis kembali ke alam nyata iaitu London.. keadaan menjadi semakin rumit apabila Queen Jadis telah membuat kecoh di tengah kota London.. dengan keadaan yang mendesak untuk membawa Queen Jadis kembali ke alamnya, Digory dan Polly sekali lagi dengan tidak sengaja telah membawa bersama Uncle Andrew dan pemandu kereta kuda bersama kudanya..
sekembalinya mereka ke hutan antara dunia, mereka telah memasuki dunia baru yang bakal dikenali sebagai Narnia..
dengan itu pengembaraan pon bermula.. buku ni den boleh kategorikan sebagai 'light reading'..
