22 June 2016

Book Review 2016 # 68 - Dead Line

Title: Dead Line
Author: Chris Ewan
Reading Duration: 2 day
Pages: 3++


Daniel Trent ialah seorang negotiator, pakar tebusan dan rundingan yang sangat berpengalaman dan berkemahiran.. apabila tunangnya Aimee hilang, Trent sama sekali tidak mahu melibatkan polis kerana Trent sangat pasti yang Aimee telah diculik.. selepas membuat penyelidikan Trent pasti Aimee telah diculik oleh Jerome Moreau yang merupak seorang gangster yang banyak membuat perkara kotor.. plan Trent sangat mudah, tangkap Jerome and make him talk!

namun orang lain telah menculik Jerome terlebih dahulu dihadapan mata Trent sendiri dan daripada apa yang dapat Trent saksikan penculik Jerome adalah professional.. Trent merupakan seorang yang cepat untuk megadaptasi mengikut keadaan sekeliling, untuk itu tanpa perancangan awal Trent telah menawarkan diri sebagai negotiator.. kerana Trent perlu mendapatkan Jerome hidup-hidup untuk mendapatkan kembali Aimee.. namun bodyguard dan merangkap orang kanan Jerome, iaitu Ailantidak mempercayai Trent sepenuhnya..

dengan rahsia dan pembohongan yang menanti retak dikalangan penghuni rumah agam Jerome, Trent perlu bertindak.. dia perlu menggunakan segala teknik dan helah bagi membebaskan Jerome sebelum pemculik melakukan sesuatu yang boleh mengundang penyesalan..

dapatkah Trent membebaskan Jerome? dapatkah Trent menemukan kembali Aimee?

cerita ni banyak ciri-ciri suspen.. dan banyak tanda tanya yang membuatkan pembaca turut tertanya-tanya.. sampai ending pon dia buat den tertanya-tanya.. haha