Title: Me Before You
Author: Jojo Moyes
Reading Duration: 3 day
Pages: 4++
memang betol den penah baca buku ni.. dari start baca den dapat rasa familiarity dengan jalan cerita, tapi den tetap baca sampai habis jugak sebab den tak berapa ingat ending nya..
secara kasar Louisa a.k.a Lou perlu mengubah pendirian Will Traynor dalam masa enam bulan.. pada mula Lou ingat dye hanya perlu menjaga dan membantu Will dalam kelangsungan kehidupan seharian seperti memberi makan/minum, dek kerana Will lumpuh dari bahu hingga ke kaki, dan Will hanya dapat menggerakkan sedikit tangannya.. untuk keperluan lain Will dibantu oleh Nathan yang juga merupakan pembantu perubatan..
namun selepas terdengar perbualan antara ibu dan adik perempuan Will, barulah Lou tahu yang Lou sebernarnya berperanan menjadi peneman Will supaya Will tidak berseorangan bagi mengelakkan perkara bahaya terjadi kepada Will.. ini kerana Will pernah cuba untuk membunuh diri sebelum ini..
pada mula Will tidak menyenangi kehadiran Lou namun dari sehari ke sehari mereka menjadi rapat walaupon kadangkala Will ade mood swing.. selpas dua bulan, Lou merasakan dye perlu bertindak untuk mengubah pendirian Will.. pelbagai aktiviti dirancang agar Will dapat melihat dunia luar..
dapatkah Lou mengubah pendirian Will? dan dapatkah Will mengubah persepsi Lou tentang dunia?
jalan cerita serba ringkas tapi memberikan kesan yang mendalam.. sebab tu den de nanges sket masa kat ending..
