26 January 2016

Book Review 2016 # 34 - Inkspell (Inkworld # 2)

Tittle: Inkspell
Author: Cornelia Funke
Reading Duration: 2 day


Inspell ialah series kedua dalam Inkheart Trilogy.. 

Dustfinger berjaya memujuk Orpheus untuk menulis dan membaca dia kembali kepada dunia asalnya iaitu Inkworld. Orpheus juga telah menulis Farid kembali bersama Dustfinger namun Orpheus tidak membaca ayat yang akan membawa Farid bersama..

sebaik selepas Orpheus membaca pulang Dustfinger, mereka telah di datangi Basta bersama Mortola.. namun Farid berjaya melarikan diri daripada mereka.. Farid juga berjaya mencuri kepingan nota kepunyaan Orpheus yang di baca untuk menghantar pulang Dustfinger.. sementara Farid melarikan diri, Basta telah melaungkan kata-kata ugutan dimana beliau akan tetap mencari Dustfinger, Meggie dan Mo dan membalas dendam bagi pihak Capricon.. dek kerana takut dengan ugutan Basta, Farid telah pergi mencari Meggie..

Meggie, Mo dan Resa kini tinggal bersama dirumah Elinor bersama Darius. malah Mo telah membina bengkel bukunya sendiri dibelakang  rumah Elinor. kehidupan mereka kembali seperti biasa.. Resa kerap bercerita tentang keindahan dan pengalaman pahitnya semasa berada didalam dunia Inkworld kepada Meggie, itu pon selepas Meggie mendesak.. sejak dari itu Meggie telah memasang angan-angan untuk pergi ke dunia Inkworld dan merasai sendiri keindahan seperti yang diceritakan oleh Resa.. Mo sangat marah apabila Resa bercerita tentang Inkworld kepada Meggie seta angan-angan Meggie untuk pergi ke Inkworld..

Suatu hari Farid tiba dirumah Elinor membawa pesanan Basta.. Farid juga secara sembunyi memberitahu Meggie tentang kepulangan Dustfinger serta bagaimana Farid ditinggalkan sendirian.. sejak itu Farid cuba memujuk Meggie untuk membaca Farid masuk ke dunia Inkworld.. tetapi Meggie mempunyai agenda lain.. Meggie berasakan inilah peluang untuk dia masuk ke dunia Inkworld..

adakah Farid berjaya memujuk Meggie untuk membacanya ke dunia Inkworld? adakah Meggie ikut serta Farid ke dunia Inkworld? adakah keindahan Inkworld sama seperti yang diceritakan oleh Resa?

so korang kenelah baca sendiri buku ni yer..