29 January 2016

Book Review 2016 # 35 - Love From Paris

Title: Love From Paris
Author: Alexandra Potter
Reading Duration: 3 days (night only)


again Alexandra Potter novel telah menambat hati den.. Love From Paris ni adalah sambungan kepada Love Detective

setelah beberapa bulan menjalani hubungan jarak jauh dan hanya berkomunikasi melalui Skype, emails dan text akhirnya Jack akan datang berjumpa Ruby dan meluangkan masa bersama sempena birthday Ruby.. dan semestinya Ruby sangat teruja dan telah melakukan pelbagai persediaan untuk menyambut kedatangan Jack..

namun Jack terpaksa membatalkan rancangannya untuk datang berjumpa Ruby atas sebab panggilan kerja pada saat akhir.. lebih memeritkan Ruby hanya mengetahui perkara tersebut apabila Ruby tidak nampak bayang Jack keluar dari pintu departure di airport..  

mereka bertekak di telefon mengenai tindakan Jack yang tidak memberitahu awal tentang pembatalan kedatangannya dan Jack pula menyalahkan Ruby kerana tidak faham kehendak situasi dan bertindak seperti kebudak-budakkan.. akhirnya mereka mengakhiri perbualan dengan perasaan marah dan kecewa..

selepas pertengkaran dengan Jack, rakan karib Ruby iaitu Harriet yang kini bekerja dan menetap di Paris menelefon Ruby dan terus mengajak Ruby melawatnya di Paris untuk melapangkan fikiran serta meredakan perasaan kecewa.. Ruby yang dalam perasaan dilema terus membuat keputusan untuk pergi berjumpa Harriet..

Harriet ialah seorang tukang nilai barangan antik untuk syarikat lelongan.. selepas Ruby sampai Harriet telah mengajak Ruby untuk menemaninya berjumpa seorang peguam kepada client baru Harriet iaitu Xavier untuk pergi melihat barangan antik milik client Xavier.. sesampainya di apartment client Xavier, Ruby telah menemui sebundle surat lama milik Amanuella iaitu client Xavier.. setelah membaca sekeping nota daripada longgokan surat tersebut, Ruby terpanggil untuk mengtahui kesudahan nota tersebut..

nota tersebut berkisarkan tentang keinginan Amanuella untuk berkongsi rahsianya dengan kekasihnya  iaitu Henry.. namun atas sebab peperangan yang bakal melanda Paris pada tahun 1930 dan tentang ketegasan keluarga Amanuella tentang hubungan tanpa restu keluarga, hubungan percintaan Amanuella dan Henry terhenti di pertengahan jalan dengan penuh tanda tanya.. semakin Ruby galak membaca surat-surat milik Amanuella semakin galak untuk Ruby mengtahui apakah kesudahan dan jawapan kepada segala persoalan yang timbul..

dapatkah Ruby merungkai segala persoalan yang terbit? dapatkah Ruby mengetahui identiti Henry? dapatkah Ruby mengenali Amanuella? dan adakah hubungan percintaan jarak jauh Ruby dan Jack mekar kembali?

haa.. kenelah korang baca buku ni..tak rugi den beli buku ni dari Carousell dan tak rugi den tunggu dekat tiga minggu owner nak hantar buku ni kat den..

 den sangat puas hati dengan jalan cerita dan watak-watak dalam cerita nie.. dan yang paling penting happy ending untuk semua orang dalam cerita ni!

26 January 2016

Book Review 2016 # 34 - Inkspell (Inkworld # 2)

Tittle: Inkspell
Author: Cornelia Funke
Reading Duration: 2 day


Inspell ialah series kedua dalam Inkheart Trilogy.. 

Dustfinger berjaya memujuk Orpheus untuk menulis dan membaca dia kembali kepada dunia asalnya iaitu Inkworld. Orpheus juga telah menulis Farid kembali bersama Dustfinger namun Orpheus tidak membaca ayat yang akan membawa Farid bersama..

sebaik selepas Orpheus membaca pulang Dustfinger, mereka telah di datangi Basta bersama Mortola.. namun Farid berjaya melarikan diri daripada mereka.. Farid juga berjaya mencuri kepingan nota kepunyaan Orpheus yang di baca untuk menghantar pulang Dustfinger.. sementara Farid melarikan diri, Basta telah melaungkan kata-kata ugutan dimana beliau akan tetap mencari Dustfinger, Meggie dan Mo dan membalas dendam bagi pihak Capricon.. dek kerana takut dengan ugutan Basta, Farid telah pergi mencari Meggie..

Meggie, Mo dan Resa kini tinggal bersama dirumah Elinor bersama Darius. malah Mo telah membina bengkel bukunya sendiri dibelakang  rumah Elinor. kehidupan mereka kembali seperti biasa.. Resa kerap bercerita tentang keindahan dan pengalaman pahitnya semasa berada didalam dunia Inkworld kepada Meggie, itu pon selepas Meggie mendesak.. sejak dari itu Meggie telah memasang angan-angan untuk pergi ke dunia Inkworld dan merasai sendiri keindahan seperti yang diceritakan oleh Resa.. Mo sangat marah apabila Resa bercerita tentang Inkworld kepada Meggie seta angan-angan Meggie untuk pergi ke Inkworld..

Suatu hari Farid tiba dirumah Elinor membawa pesanan Basta.. Farid juga secara sembunyi memberitahu Meggie tentang kepulangan Dustfinger serta bagaimana Farid ditinggalkan sendirian.. sejak itu Farid cuba memujuk Meggie untuk membaca Farid masuk ke dunia Inkworld.. tetapi Meggie mempunyai agenda lain.. Meggie berasakan inilah peluang untuk dia masuk ke dunia Inkworld..

adakah Farid berjaya memujuk Meggie untuk membacanya ke dunia Inkworld? adakah Meggie ikut serta Farid ke dunia Inkworld? adakah keindahan Inkworld sama seperti yang diceritakan oleh Resa?

so korang kenelah baca sendiri buku ni yer..

20 January 2016

BookXcess Sale - Fiction Flash


starting 19 January - 21 January 2016
buy 3 fiction books, each price low as rm9.90

ONLY APPLICABLE FOR ONLINE PURCHASE

so hurry up guys!!





13 January 2016

BBW Book Sale & Book Preview - Maeps Serdang 2016


pembukaan tahun 2016 yang tak disangka-sangka!!

tarikh: 23 Jan - 1 Feb
masa: 9am - 11.59pm (1 Feb)

den raso kali ni pon BBW buat 24 jam.. 

tapi den raso den macam tak dapat nak mendatangkan diri jer sebab nye den berkemungkinan besar kene fly g Filipina 25hb tu.. tapi en.asben cakap kalau tak dapat pegi yang ni, pegi ler yang laen.. nampak gaya nye memang kene tunggu next BBW lah.. 

11 January 2016

Book Review 2016 # 33 - Going La La

Title: Going La La
Author: Alexandra Potter
Reading Duration : <12 hour

ternyata semua novel Alexandra Potter meninggalkan kesan!!

dalam masa seminggu Frankie telah kehilangan kerja, dihalau keluar oleh tuan rumah dan putus hubungan dengan Hugh selepas menjalinkan hubungan selama 2 tahun.. lebih perit apabila Hugh meminta perpisahan pada ulang tahun kelahiran Frankie yang ke-29..

sedih dan masih tidak dapat menerima kenyataan, Frankie sebulat suara untuk pergi jaoh dari Hugh (seperti permintaan Hugh 'I need space').. Frankie mengambil keputusan untuk menziarahi kawan serumah nya dulu, Rita yang mengejar impian untuk menjadi seorang pelakon di LA..

bermula dari kejadian di airport, sehingga pertemuan tidak diduga di sebuah parti (ajakan Dorian, jiran rumah Rita) Frankie acap kali bertembung dengan Reilly, seorang photographer.. mereka seringkali bersemuka tanpa diduga.. 

adakah Frankie berjaya melupakan Hugh? adakah Frankie sedia membuka hatinya untuk menerima cinta sekali lagi? adakah pertembungan tidak diduga antara Frankie dan Reilly berakhir dengan sebuah percintaan? 

jadi nye korang kene la baca sendiri yer.. memang tak rugi den beli buku ni kat BookXceess.. 

09 January 2016

Book Hunting - MPH & Carousell

sejak kenal Carousell ni memang jadi ketagih nak membeli buku.. harap-harap en.asben tak marah dengan kegilaan den nih.. meh cini den listkan total lost den dalam masa 3 ari (online purchase & Carousell)

online purchase
beli kat BookXcess, after discount each book rm16.11 plus weight-based shipping total lost rm58.46

CODs (find book thru Carousell)
dari kiri, no 1 rm18, no2 sampai no5 rm40 (termasuk cost CODs), last no6 rm3
semua nye dah deal minggu lepas.. 

buyer send thru post (find thru Carousell)
dari kiri, no1 rm12, no2 rm28 (new book, still in wrap), no3 rm17, no4 sampai no8 rm35

total lost RM194.46

nampak nye den kene poso dari beli buku sampai next BBW la jawabnye nih.. kang ngamuk lak en.asben (beliau tak tau lagi nih!)

07 January 2016

Carousell


sebena nye den dah lame tau pasal aplikasi nie.. lepas install den pon browse dan den pon terjumpo lah 'Books' category, and you guess what?  ade banyak buku-buku pre-loved yang memang den teringin sangat nak beli dengan harga antara rm2 sehingga rm25.. sangat berpatutan hokey.. kalo pandai deal boleh dapat postage murah.. siyes den tak tau Carousell ni ade jual pre-loved book..

belek punye belek, search punye search ade lah beberapa buku yang den berkenan.. thanks tuk pengguna Carousell sebab prihatin dengan post den yang tanye pasal sesape yang ade jual buku Alexandra Potter.. 

tunggu next post yer, den list kan koleksi Alexandra Potter den yang den beli kat Carousell.. nampak gaya nya ade harapan tuk den penuhi impian nak ade koleksi Harry Potter & Twilight.. ade few seller yang den dah like posting dyeorang.. tapi buat masa ni den kene puasa dari beli buku.. kita akan cuba perrtimbangkan bulan depan yer.. hihi 

06 January 2016

BookXcess 10.10.10 Sale


sempena tahun 2016, BookXcess buat sale selama 10 hari.. pembeli akan dapat 10% discount bila berbelanja rm10 dan ke atas.. senang cite kalau harga buku rm10 dan keatas automatically akan dapat 10% discount..

actually ni first time den beli online kat BookXceess nie.. lepas hampir sejam belek-belek den pon terbeli buku nih..




payment pon senang.. guna direct debit jer.. kalo de credit card pon buleh jo bedal! haha.. yang rasa tak best sebab shipping dye guna weight based shipping.. makin banyak buku kita beli makin mahal jugak lah shipping cost nye.. nak kene beli bebanyak baru entitle free shipping gamaknye.. tak pelah, demi buku den bayar jelah shipping cost tu.. now tunggu delivery jer.. 

updated 8 Jan 2016 - buku den dah sampi dengan jaya nye! boleh la start baca..

Book Review 2016 # 32 - Dead Sexy

Title: Dead Sexy
Author: Tate Hallaway
Reading Duration: 3 day


actually buku ni den dah lamo abis baca sebelum amek cuti kawen lagi..

cerita berkisar tentang kehidupan Lacey Garnet, seorang pengurus kedai buku.. Garnet ialah seorang ahli sihir dan dye didampingi oleh dewi gelap, Lilith.. pendek cerita Lilith telah melakukan pembunuhan dan akibatnya Garnet hidup sebagai pelarian..

suatu hari Garnet didatangi oleh seorang ejen FBI yang bertanyakan tentang pembunuhan 6 orang Vatican yang berlaku beberapa tahun dahulu.. dalam keadaan panik, Garnet telah mempertimbangkan pelbagai pilihan bagaimana untuk melepaskan dirinya daripada siasatan FBI termasuklah menggunakan jampi cinta!

dalam pada masa yang sama, kekasih Garnet iaitu Sebastian seorang vampire berasa cemburu dengan bekas kekasih Garnet iaitu Parrish yang merupakan seorang vampire juga..

dalam kekalutan untuk melepaskan diri dari ejen FBI, Garnet juga perlu menyelesaikan masalah cemburu Sebastian terhadap Parrish..

adakah jampi cinta Garnet berjaya? adakah Garnet dapat melepaskan diri dari ejen FBI? adakah Garnet dapat mengawal perasaan cemburu Sebastian pada Parrish? so, korang kene lah baca novel ni yer..

Book Review 2016 # 31 - The Best Little Book Club in Town

Title: The Best Little Book Club in Town
Author: Various


lame sangat raso eh den tak hupdet blog nih.. maklum ler busy sket dengan preparation majlis kahwen den ujung tahun lopeh.. 25/12/2015 nikah, 26/12/2015 majlis belah den, 27/12/2015 majlis belah asben den..

buku ni actually den abeh baca sebelum majlis nikah.. dok tunggu mato nak lolap den baco lah buku nih.. dalam buku ni actually koleksi cerpen pendek.. ade jugak 2/3 cerpen di ambil dari novel lengkap.. 

senarai tajuk cerpen yang ade dalam buku ni seperti di bawah yer

Raising by Naomi Alderman
Needs Must by Elizabeth Buchan
Twelve Per Cent by Tess Callahan
A Remnant from the Past by Mavis Cheek
The Ammonite by Tracy Chevalier
Grit in My Eye by Lee Child
A Night Out by Helen Dunmore
The Promotion by Jane Fallon
Breakfast with Mr Gillyflower by Katie Fforde
The Bench by Esther Freud
The Whole Truth and Nothing But the Truth by Tess Gerritsen
The Coiled Serpent by Daisy Goodwin
The Safety Net by Sophie Hannah
Sweet Peas by Rachel Heath
The Naked Truth by Wendy Holden
Four Days to Christmas by Cathy Kelly
A Small Adventure by Santa Montefiore
Radio Waves by Jane Moore
The House on the Hill by Kate Mosse
Crocodile Shoes by Jojo Moyes
Quality Time by FIona Neill
Sunny Aspect by Elizabeth Noble
Grating Expectations by Adele Parks
Ritz by Jodi Picoult
The Wrong Category by Ruth Rendell
Black Rocky by Louise Sharland
The Rain in Spain by Catriona Stewart
The Anniversary by Alison Weir