21 September 2015

Wish List Part 4 # 2015


lepas baca Shadow Spell baru den tau yang ade lagi buku dalam trilogy ni.. dan disebabkan Shadow Spell ialah buku kedua makanya den kono lah cari buku di bawah.. baru la tahu ape terjadi sebelum dan selepas, sebab den ado semasa nye jer..

Dark Witch
Shadow Spell
Blood Magick

updated 11 April 2016, den dapat beli dua-dua buku ni kat MPH Online



lepas tengok book preview BBW Penang, den pon telah menyenaraikan buku2 di bawah dalam wish list den.. konpem en.tunang bulat bijik mata kalo tengok wish list den nih.. huhu


dua buku ade preview kat BBW Penang.. so harap2 masa buat kat KL ujung tahun kang ade la buku ni lagi.. huhu

Book Review 2015 # 29 - Shadow Spell

Tittle: Shadow Spell
Author: Nora Roberts

Reading Duration: 1 day
(semalam den abis baca buku ni around kul 10.30pm)


buku ni merupakan buku kedua dari tiga buku dalam The Cousins O'Dwyer Trilogy

Shadow Spell menceritakan bagaimana dari sahabat bertukar menjadi cinta antara Meara dan Connor. mereka merupakan sahabat untuk bertahun lamanya.. tidak pernah ada perasaan cinta antara mereka.. namun terdapat petunjuk yang mereka menyukai antara satu sama lain, apabila Connor memberitahu betapa cantiknya Meara yang mempunyai paras rupa persis seorang gipsi, dan Meara pula memberitahu hanya seseorng yang mencintai begitu dalam sahaja boleh memahami..

buku ni bermula dengan kisah 3 yang pertama (Eamon, Brannough & Teagan).. juga bercerita mengenai kejahatan Cabhan, kemahuannya terhadap wanita dan kelemahan kuasanya.. lebih menarik apabila Eamon dan Connor mula berinteraksi disebalik tabir mimpi dimana mereka bercakap dan saling melindungi antara satu sama lain..

terdapat beberapa kali pertembungan sengit antara Cabhan dan Meara.. yang menariknya Meara tidak mempunyai kuasa dan Cabhan berpendapat sekiranya dia dapat menculik Meara maka Cabhan berjaya melemahkan 'the six' (Connor, Brana, Iona, Boyle, Fin, Meara)

dari semasa ke semasa the six mencuba pelbagai cara mencari jalan untuk membunuh Cabhan..

adakah the six berjaya membunuh Cabhan? so kenelah baca buku yer.. 

20 September 2015

Book Review 2015 # 28 - Something Borrowed

Tittle: Something Borrowed
Author: Emily Giffin

Reading Duration: 1 day
(start baca sabtu tengah hari, habis baca kul 11.30pm)


I LOVE THIS BOOK!!

dulu den ingat buku ni tak best.. bertahun buku ni dok terperap dalam box.. akhirnya den berjaya jugak membacanya.. gugel punye gugel baru den tau buku ni telah dimovie kan.. haha.. den nak try cari free download cite eh.. nak tengok best ke idak macam buku eh..

menceritakan bagaimana Rachel yang sentiasa mengalah kepada rakan baik nya Darcy.. tetapi adakah Rachel mengalah dalam soal cinta?

Rachel merupakan seorang peguam muda yang bekerja di Manhanttan.. kisah bermula pada malam hari jadinya yang ke-30.. Darcy seperti tahun sebelumnya akan membuat suprise party untuk Rachel (tapi Rachel memang dah tau yang Darcy pasti akan membuat suprise party seperti tahun2 yang lalu)..

malam tersebut selepas terlalu banyak minum, dan tanpa disedari (actually dengan sedar) malam Rachel berakhir ditempat tido dengan tunang Darcy iaitu Dex. secara kasarnya Rachel dan Dex saling mengenali antara satu sama lain kerana meraka belajar di universiti yang sama.. dan Rachel yang memperkenalkan Dex kepada Darcy..

Rachel dan Dex telah berjanji untuk tidak memberitahu tentang peristiwa mereka tidur bersama kepada sesiapa.. namun selepas itu Rachel terkejut kerana mendapati dirinya mula menyayangi Dex dan bertambah pelik apabila Dex juga mula menyukai Rachel, ditambah pula Dex tidak mempunyai perasaan serba salah terhadap tunangnya Darcy,

mereka mula berjumpa selepas waktu kerja dan meluangkan masa bersama malah tidur bersama tanpa pengetahuan sesiapa.. namun apabila September semakin menghampiri (bulan perkahwinan Darcy & Dex), Rachel perlu membuat keputusan.. sama ada beliau berjuang untuk mendapatkan Dex atau seperti biasa mengalah kepada Darcy..

so korang kenelah baca buku ni yer tuk tahu kesudahan cerita Rachel ni..

p/s: lamo bebona dah den perap buku ni.. beli nye May 2014.. last weekend bila takde ape2 nak buat tu yang cari buku tuk dibaca..

koleksi penuh Emily Giffin klik sini yer

16 September 2015

Book Review 2015 # 27 - How To Train Your Dragon

Title: How To Train Your Dragon
Author: Cressida Cowell
Source: Online

Reading Duration: 3 hour


haa buku ni den teringin sangat nak baca sebab ade book preview How To Steal Dragon's Sword kat BBW Penang.. lepas gugel menggugel den dapek tahu ade banyak buku dalam siri ni, cek cni yer How To Train Your Dragon Series..

jadi den amek pendekatan cari buku online jer.. tapi punyo lah susah nak mendapek kan buku ni yang free online reading.. macam2 keyword den guno.. selepas berhempas pulas den pon dapek cari buku ni.. ikutkan buku ni tuk bebudak tapi sebena nye cite ni best.. tapi den nak jugak! haha..

 cite ni bermula dengan training untuk menjadi seorang Viking.. Hiccup ialah anak kepada ketua kampung a.k.a ketua puak kat tempat bernama Berk.. kalo dah name nye Viking badan mesti la sado2 sume nye kan.. tapi yang kelakar nye Hiccup ni kecik dan kurus.. tak macam anak kepada seorang Viking pon.. maka nye semua orang pandang sebelah mata jer kat Hiccup ni..

first training untuk menjadi seorang Viking ialah dengan menangkap sendiri naga.. ko bayangkan bebudak kecik dah di suruh tangkap naga.. tapi jangan riso yer, tangkap naga kecik jer.. baby naga.. Hiccup berjaya tangkap seekor naga tapi tetap kene bahan dengan bebudak lain sebab naga yang Hiccup tangkap tu pon saiz nye kecik jugak.. sesuai sangat dengan Hiccup kate nye.. tambah pulak naga Hiccup takde gigi.. jadi dapatlah name nye Toothless (takde gigi)..

tapi Hiccup tetap sayang dengan naga dye.. training kedua ialah untuk ajar naga perkara basic seperti 'eat', 'seat', 'go', 'catch'.. yang menarik nya Hiccup boleh berinteraksi dengan naga.. bukan sahaja dengan Toothless tapi dengan naga2 yang lain.. training kedua ni sangat mencabar bagi Hiccup sebab Toothless ni seekor naga yang degil dan malas.. bayangkan Hiccup kene buat jenaka supaya Toothless mendengar arahan.. satu jenaka untuk satu tindakan daripada Toothless.. nasib baek lah Hiccup ni pandai buat jenaka..

hanya ade dua training sahaja untuk memilih siapa yang layak untuk menjadi Viking.. hari pemilihan pon tiba.. tapi ade satu peristiwa yang akan berlaku.. sesuatu yang tidak dijangka..

nak tahu ape peristiwa yang terjadi dan dapatkah Hiccup menjadi seorang Viking, korang kene lah baca buku ni yer..

BUKU NI MEMANG BEST!!

p/s: harap2 ujung tahun kang ade laa buku ni kat BBW.. tapi den dah usha dah kat MPH Online buku ni.. harga cecah gak 3 rat!!

14 September 2015

Wish List Part 3 # 2015


den nampak one of the buku dalam series nie dalam book preview BBW kat Penang ujung bulan ni.. disebabkan den suko sangat dengan movie nye, den harap BBW ade la bawak semua buku dalam series ni masa buek kat KL ujung tahun kang..


How to Train Your Dragon Series (by Cressida Cowell)
How to Train Your Dragon
How to Be a Pirate
How to Speak Dragonese
How to Cheat a Dragon's Curse
How to Twist a Dragon's Tale
A Hero's Guide to Deadly Dragons
How to Ride a Dragon's Storm
How to Break a Dragon's Heart
How to Steal a Dragon's Sword
How to Seize a Dragon's Jewel
How to Betray a Dragon's Hero
How to Fight a Dragon's Fury


yang kaler purple tu den dah baca e-book nye.. cek sini yer..

p/s: rasa nye den takdo lagi buku pasal cartoon ni.. tengok cover pon dah menarik..

08 September 2015

BBW Book Sale & Book Preview - Penang 2015


Date: 24 September - 4 Oktober 2015
Time: 10am - 10pm
Venue: Penang Times Square

more details klik sini yer Big Bad Wolf

updated on 21 September 2015

Book Preview