31 July 2015

Book Review 2015 # 25 - The Proposal

Title: The Proposal
Author: Tasmina Perry
Reading Duration: 4 days (on and off)


semangat den baco cito ni kasi abis malam tadi.. setel baca 11.30pm.. seb bek pagi ni sonang bangun tido.. haha

Buku ni menceritakan tentang kisah hidup Georgia Hamilton, seorang penulis berbakat. Kisah bermula apabila Georgia mengiklankan sebuah iklan mencari teman untuk menemani beliau pergi bercuti ke New York pada hari Krimas.

Amy Carrell seorang penari, secara tidak sengaja menjumpai iklan tersebut. Nak di jadikan cerita seminggu sebelum Krimas, boypren pujaan hati nya telah memutuskan hubungan dengan alasan beliau tidak sesuai untuk menjadi isteri kepada ahli diplomat. Ditambah pula rasa rindu pada keluarga Amy Carrel nekad untuk menjawab iklan Georgia Hamilton.

Sepanjang menjadi teman bercuti kepada Georgia Hamilton, Amy tertanya2 mengapa Georgia ingin melawat New York pada hari Krimas dan tidak ditemani ahli keluarga. Apabila ditanya Georgia hanya menjawab "It's complicated"..

Ikuti kisah ini untuk mengetahui kisah di sebalik "It's complicated"..

p/s: den tak expect ending dye mcm tu.. so kne la baca untuk tahu ending nye yer..

28 July 2015

Book Review 2015 # 24 - The Love Detective

Title: The Love Detective
Author: Alexandra Potter
Reading Duration: 1 day


I LOVE THIS BOOK!!

buku ni pasal Ruby Miller yang telah hilang percaya kepada cinta akibat kecurangan bekas tunangnya.. cerita berkisarkan suasana di India (mostly Goa dan Delhi).. dek disebabkan Ruby seperti hilang arah dalam penulisan akibat kepedihan putus tunang, Diana (ejen Ruby) telah mencadangkan supaya Ruby pergi bercuti..

selepas mendapat kiriman poskad dari adiknya Amy yang bercuti di India, Ruby terus membuat keputusan untuk pergi bercuti sekaligus meluangkan masa bersama adiknya.. selepas seminggu bercuti Ruby dan Amy bercadang untuk pulang ke London bersama.. namun Amy telah menghilangkan diri untuk berkahwin lari dengan Shine (instructor kelas Yoga)..

pengembaraan Ruby pon bermula dalam menjejak Amy.. selepas mendapatkan maklumat dari resort Ruby terus menaiki keretapi ke Delhi.. dalam perjalanan Ruby telah bertemu dengan Jack.. namun ini bukan lah pertemuan romantik yer..

sampai di Delhi Ruby telah kehilangan beg serta passport.. namun Jack sudi untuk menolong Ruby.. bahkan Jack sanggup berkongsi kereta sewa (kepunyaan Rocky) untuk membawa Ruby ke tempat yang dipercayai Amy berada.. banyak insiden yang terjadi dalam perjalanan Ruby dan Jack menjejaki Amy..

maka bermulah episod Ruby mengenali erti cinta sekali lagi.. adakah Ruby akhirnya percaya pada cinta? adakah Jack lelaki yang berjaya mengubah persepsi Ruby terhadap cinta? adakah mereka akhirnya menjalinkan hubungan cinta?

so kenelah baca sendiri buku ni yer..

i think dalam cerita ni ade Cupid (yang bernama Rocky) yang tolong this women (Ruby) to meet this guy (Jack) and help them to fall in love.. but then Cupid version India lah yer..

very lovely story.. that's why den boleh abis baco dalam 1 hari jer.. *wink wink*

pstt.. nak khoba ni, maso den baco buku ni den bayangkan watak hero eh ialah Branden Fraser.. sobab eh dalam cito The Mummy tu dio suko nyakat bini eh..

26 July 2015

Book Review 2015 # 23 - As You Wish

Title: As You Wish
Author: Eloise James
Reading Duration: 1 day and a half
(24 July)


aye aye Captain! haha.. cite ni pasal pirate yang dah retired.. ade 2 part dalam buku nih.. 

part 1, cite macam mana retired pirate pikat balik isteri yang dye tinggalkan selama 14 tahun.. bayangkan dye p tinggalkan isteri yang baru dye kahwini pada malam pertama! dah tu balik2 tengok isteri dye dah ada anak 3 orang..

so korang kene la baca sendiri buku ni tuk tahu sebab ape dye tinggalkan isteri dye, dan macam mana isteri dye ade anak 3 orang.. short story tapi best!

part 2, kehidupan selapas dye berjaya pikat balik isteri dye.. kehidupan dye berkeluarga.. ragam anak2.. anak sulung beliau turut mengikuti jejak beliau yang suka dengan laut.. tapi bukan sebagai Pirate tetapi  Navy, Captain Barry of Deadulus (name kapal eh)..

kali ni berkisar kisah tentang Captain Barry yang berjuang untuk cinta zaman kanak2 dye.. lebih kurang macam cite bapak dye nak memenangi blik hati isteri dye.. cite anak dye nih sodih sket.. sebab banyak main perasaan.. iyerlah sebab kekasih dye ingat c Captain Barry ni syok dengan adik dye..

 so kena la baca sendiri buku nih tuk tahu dapat tak dye memenangi hati kekasih nye nih..

24 July 2015

Book Review 2015 # 22 - The Book of Tomorrow

Title: The Book of Tomorrow
Author: Cecelia Ahern
Reading Duration: approximately 4 days 


1st collection dari Cecelia Ahern yang den boli. next misson ialah untuk mendapatkan kesemua koleksi beliau. total 13 buku hokey.. klik sini tuk senarai penuh buku ni Cecelia Ahern Trilogy

Tamara Goodwin sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewah, kini dan selamanya.. Tamara tidak pernah untuk melihat atau memikirkan hal masa hadapan.. sehinggalah kematian bapanya secara mendadak dan meninggalkan dye dan ibunya bebanan hutang yang banyak sehingga memaksa mereka berpindah dan tinggal bersama pakcik dan makcik (adik ibu Tamara) di desa kecil..

hanya bergantung kepada travelling library sebagai tempat untuk menghilangkan rasa kebosanan, Tamara dengan tidak sengaja menjumpai buku besar berkulit dengan strap emas serta berkunci.. lebih menjadi misteri buku itu tiada nama pengarang atau pon tajuk..

rasa ingin tahu yang membuak2 membuatkan Tamara memecahkan kunci buku tersebut.. dan apa yang Tamara temui adalah sangat memeranjatkan..

apa yang Tamara lihat ialah tulisan tangan seperti tulisannya dan bertarikhkan esok hari.. dan apabila esok hari berlangsung seperti yang diceritakan dalam buku tersebut, Tamara beranggapan bahawa dye mungkin sudah menjumpai jalan penyelesaian kepada masalah2 nya..

dalam usaha Tamara mencari jawapan kepada masalah2 nya, Tamara mula belajar bahawa beberapa halaman tidak perlu diusik, dan Tamara mencuba untuk tidak mencampuri takdir yang telah ditetapkan..

p/s: buku yang den boli cover nye bukan macam ni..

20 July 2015

BBW Ipoh July 2015



ni tahun ke-2 BBW buat kat Ipoh. macam tahun lepas. en.tunang teman kan sebab den tak tau jalan ke sana.. haha.. ape yang menarik den raso banyak buku baru time nih.. harap2 kang masa buek kat KL banyak jugak lah buku baru.. jadi nye kene la nyimpan ongkos nye dari sekarang..

so inilah hasil rembatan!

p/s: xleh lelame dok citu sebab nanti makin banyak yang den rembat..